" mak cik nak beli yang mana?"
Alamak, dah tua rupanya daun, seorang promoter berumur awal 20 an, memangil daun makcik. Abaikan.Setiap kali menyikat rambut juga bila ternampak uban, terdetik di hati, dah semakin tua la. Abaikan.
Banyak lagi tanda tanda kita beransur ansur tua, cuma kita tak sedar antaranya:
- Semakin ramai orang muda bersalam mencium tangan kita, selalunya daun akan menarik cepat cepat, tak payahlah cium cium tangan.
- Kita merasa serba salah nak memangil seseorang, orang ni lebih tua ke lebih muda dari kita. Apa nak panggil ni?
- Kita semakin berhati hati mengeluarkan kata kata, bimbang akan menyingung orang, bimbang nanti orang kutuk, dah tetua pun tak reti budi bahasa.
- Semakin ramai orang bertanyakan pendapat konon kita banyak pengalaman. Ini daun selalu kena.
- Stamina meronda supermarket semakin kurang, beli apa yang patut terus balik.
- Semakin loya memandang majalah mangga, tak nampak apa faedahnya.
- Semakin ramai orang menjemput ke majlis agama. Pergi jangan tak pergi, mudah mudahan.
- Ramai orang orang pencen dan nak pencen mendaftar menjadi kawan. Bagus ni boleh berkongsi pengalaman.
Assalamualaikum, betul tu daun, kita tak rasa sebenarnya umur meningkat, tapi bila dah ramai orang panggil makcik barulah tau kita nih dah tua sangat...
ReplyDeleteTerutamanya bila jawab telefon yang tertera kat skren telefon tu nama anak,tiba2 kat hujung sebelah sana ada suara manja panggil nenek..hehehe...
waalaikumussalam,
ReplyDeletelipis, selalu memang macam tu sedar sedar dah bongkok
ekekkekekke
ReplyDeletecam terasa2 gak la nih
ekekeeke
jiwa masih muda
heeeeeeee
aku sentiasa sedar yang diri ini semakin tua
ReplyDeletebiru,
ReplyDeletesama sama la kita
mamai,
daun kadang kadang terlupa
saya tambah lagi.
ReplyDelete. semakin banyak jemputan kenduri kawin anak (bongsu) kawan,
. semakin kerap jemputan kenduri khatan anak/cucu kawan.
. semakin malas nak naik ke tingkat atas (kalau rumah dua tingkat)
. semakin awal terbangun pagi. kadang2 tu pukul 4 pagi dah terkebil2.
. dll
al lav,
ReplyDeletedaun setuju,yang dua atas tu belum lagi, yang dua bawah tu ya sudah berlaku..
daun..dah ditentukan tuhan..yang muda akan tua..tak bolih nak lari dah kan..akak pun camtu gak.makin kerap terjaga malm..cuma lom merasa menantu je..
ReplyDelete1. uban? Daun, cepat pergi color rambut. Natural color is nice. Biar tua janji still presentable ok!
ReplyDelete2. Panggil nama jer Daun. Org kata lebih mesra sbb tak terikat sgt.
3. Awak patut gi shopping dgn saya hehe baru tak rasa penat haha..
tapi dlm ketiga2 perkara diatas bab colorkan uban tuh yg paling penting tau. Buat ok. Saya selalu gi Salon kat Mutiara Complex Jln Ipoh. Mesti awak tahu kan. Nama kedai dia Ice Blue. Hasil kerja yg sgt tip top. Kalo awak gi sana terus jer jumpa Alice ok!
erna,
ReplyDeleteya la, kerap juga terjaga malam, agaknya suruh kita bangun sembahyang tahajud
finaz,
dulu teringin la nak colour rambut tapi sekarang biar je, sila rujuk n3 daun bulan sept 2009-uban ke?