Sunday, January 3, 2010

Persiapan

Tetiap kali masuk tahun baru hari pertama kerja, sah jalan jam gila. Daun berazam berharap tahun ini daun akan bangun awal setengah jam dari biasa. Bersiap awal, keluar awal, sampai awal, makan awal, baca paper awal, buka blog awal start kerja awal, pendek kata semua awal.

Kalau semuanya awal banyak perkara dapat diselamatkan, contoh, kalau lewat mesti tak sempat nak berhenti beli karipap tepi jalan yang 3 seringgit tu. Lewat sah lah kena beli sandwich kat office yang harganya rm 3.50 sebab yang paling murah, rm 2.50 dah habis awal. Kuih sepotong rm 1.20 itu pun alahai kecilnya. Rugikan.

Pagi pagi daun tak lalu makan banyak, tu pun karipap 3 biji kadang kadang tak habis, bukan besar mana pun. Perut kecil, bagaimanapun kalau ada pulut, ikan masin dan kelapa muda parut tiba tiba perut boleh menjadi besar, dasar perut cap kampung memang gitu.


 orang kampung daun suka ni

Apa persiapan menghadapi jam teruk esok ni?
  • baju dah gosok
  • beg dah siap
  • petrol dah isi
  • alarm berfungsi
  • breakfast- akan bawa bekal sandwich je, paling cepat dan jimat
Ya, rasanya itu saja, harap harap setiap hari boleh buat persiapan macam ni, selalunya baju, pagi baru kelam kabut nak gosok, beg,esok pagi juga capai apa yang patut, petrol, selalunya pagi isnin la dia habis. Ini bukan azam baru, ini gaya baru 2010 saja.

9 comments:

  1. Oooo awak ni Daun.., time management sangat bagus..tiptop ok ThumbUp utk awak..hehe

    Dulu masa kerja (eh actually sampai skrg) saya pegang satu benda jer "START YOUR DAY WITH FULL DETERMINATION AND YOU'LL END YOUR DAY WITH FULL SATISFACTION..."

    ReplyDelete
  2. di kedah ni dah mula keja hari ni di tahun baru. sessi persekolahan juga bermula hari ni. perjalanan ke ofis lancar je pagi tadi, alhamdulilah

    ReplyDelete
  3. finaz,
    daun nasib tak pitam tengok timetable finaz

    kenari,
    cuba la lalu mrr2 esok pagi

    ReplyDelete
  4. hehe.. turn saya lak gelak 6 harkat

    ReplyDelete
  5. itu la lumrah yg duduk di bandar kan....

    saye je nk gi keje tk yah nk risau psl jem ke...ape ke...start motor...pecut...jln lengang....heehehe....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, orang bujang yang berdikarilah u ni daun...syabas...

    ReplyDelete
  7. waalaikumussalam
    lipis, bujang mestilah berdikari

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan