Satu perkara yang daun paling mengelak ialah orang bertanya soalan ini.
Bila nak beli kereta baru ?
Dah beli kereta baru dah ?
Kau pakai kereta lama lagi?
Kereta xxx tu cantik, bila kau nak tukar ?
Apa masalah mereka ini ? Setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan. Mengapa menganggap minat kita sama dengan orang lain. Ini satu penyalahanggapan terhadap individu lain yang tak sepatutnya kita semat dalam minda. Bagi daun kereta hanya satu kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B. Sudah 11 tahun kereta ni berjasa, membawa daun kemana sahaja, dari utara sampai selatan, dari timur sampai barat. Cuma Laut Cina Selatan saja halangan untuk sampai ke Sabah dan Serawak. Setakat ini tak ada apa apa masalah.
Tidak ada niat lagi untuk menukar yang baru, kenapa nak beban? Pernah seorang kenalan bergurau katanya.
"Apabila kita membeli kereta baru, dimanakah kita nak letak, di luar garaj atau di dalam? Mestilah di dalam. Bagaimana dengan kereta lama? selalunya orang akan letak di luar. Lebih sayang yang baru dari yang lama. Begitulah juga jika kita kahwin baru, mestilah utamakan isteri baru, isterilama tua akan dibiarkan.
Sanggup kah? "
Semalam daun melawat seorang kawan yang beberapa bulan tak jumpa, salah satu soalannya, Dah beli kereta baru? Daun rasa nak lempang je. Abaikan dia. Minat dia kereta, minat daun lain.
Tidak ada niat lagi untuk menukar yang baru, kenapa nak beban? Pernah seorang kenalan bergurau katanya.
"Apabila kita membeli kereta baru, dimanakah kita nak letak, di luar garaj atau di dalam? Mestilah di dalam. Bagaimana dengan kereta lama? selalunya orang akan letak di luar. Lebih sayang yang baru dari yang lama. Begitulah juga jika kita kahwin baru, mestilah utamakan isteri baru, isteri
Sanggup kah? "
Semalam daun melawat seorang kawan yang beberapa bulan tak jumpa, salah satu soalannya, Dah beli kereta baru? Daun rasa nak lempang je. Abaikan dia. Minat dia kereta, minat daun lain.
Daun google gambar kereta terpakai, tapi kenapa gambar ni yang keluar, macam pelik je ni.
jangan lempang2 .. tak baik, tempeleng je !
ReplyDeletesy setuju sgt dgn Daun. Keta satu liabiliti unless kita blh beli secara cash. Pun begitu, depreciation nya sgt cepat. Bukan satu plaburn yg baik..
ReplyDeletep/s: actually saya minat Audi Q5. Bergaya u! Tapi nafsu lah tu hehe.. And nafsu jgn dilayan haha..
Daun...Bila dah beli keta baru..oang tanya lak..naper beli keta A..naper x beli keta B..so & so...jadik, trima ajer lah..lagi kita "mengelak"..lagi banyak soklan tuh datang..
ReplyDeleteJes face it..it doesn't hurt at all.
kena fikir mana satu antara kepentingan dan kehendak....ada gaya tapi papa nak buat aper
ReplyDeletelavendari,
ReplyDeletecakap je tapi kadang kadang risau juga takut tangan terlepas.
finaz,
menurut azizi ali, kalau kita tak mampu settle kereta dalam masa setahun maksudnya kita masih tak mampu beli
sha,
daun nak pakai kereta ni sampai pencen, daun kan setia
mamai,
sebab orang tengok daun tak bergaya la orang dengki he he
cita rasa masing2..ikut la kemampuan masing2 jugak..abaikan mereka tuh..menghasut jer..huhuhuh
ReplyDeletejalak,
ReplyDeletememang betul, sila abaikan mereka
daun..kete lama pun kete jugak kan..janji elok dan bolih bergerak membawa kita ke destinsi..apa lah yang orang sakit hati pada kete lama kan..banyak jasanya nya kete tu..selagi tak menyusahkan...kita jangan cari susah..
ReplyDeleteerna,
ReplyDeletedaun memang tak nak cari susah,sebab tu masih setia
macam la kalo kite beli keta baru..dewang nk tolong bayokan....ngeeee....
ReplyDeletebila ada niat nk tukar yg baru...cepat2 pike...buatpe nk tambah utang lagi...cukup2 lah....baik duit yg ada ciput2 tu...buat saving plak....
mama,
ReplyDeletedaun ni bukan jenis orang bergaya daun cuma ukur baju badan sendiri
heeeeeeeeee
ReplyDeletetu la pasal, i pun tengah bengan nih, semua dah a syik tanya2 , bila nak tukar kereta?
bila kereta baru sampai? nak naik kereta u nih.
ishhhhhhhhhhhh
jom kita lempang mereka sama2 nak
ekekkek
betul la, nak naik yang baru sila beli sendiri
ReplyDeletehi...
ReplyDeletesalam kenal...
daun tanya je...
'kenapa?? nak tolong bayar instalment ke...'
hehehe...
ibusinga,
ReplyDeletewah begitu garang ya nama ni, kalau ibu singa yang tanya mungkin dia orang lebih takut kot. he he
Auntie biasa pakai kete selama 20 tahun, tak de masaalah lansung kalau di jaga dengan baik. bila enjin dah uzur baru beli baru...kemenangan nya dpt simpan duit tiap2 bulan.
ReplyDeleteya, daun mahu pakai sampai pencen, boleh kan?
ReplyDelete