- Bila lalu tol tangan kurang sampai nak hulur. Juru tol terpaksa hulur tangan mereka lebih panjang. Kesian mereka.
- Bila nak ambil tiket parking yang auto kalau silap kira jarak, siap kena buka pintu keta dulu keluar ambil tiket. Kesian mereka
- Terpaksa menggunakan bangku kecil untuk membasuh bumbung kereta. Kesian mereka.
- Terpaksa anjak seat pemandu paling depan kalau tak kaki tak sampai tekan pedal. Kesian mereka
- Bila reverse keta, lebih selesa memandang cermin belakang, cermin sisi kiri kanan dari memalingkan muka ke belakang. Kesian mereka
- Terpaksa terjongkit jongkit mengambil barang dari rak tinggi. Kesian mereka
- Terpaksa turun dulu untuk tongkat motor. Kesian mereka
- Seat di Istana Budaya memang bukan tempat yang sesuai. Kesian mereka
- Terpaksa membongkok di kaunter bank untuk bercakap dengan cashier. Kesian mereka
- Kurang sampai nak bergayut dalam lrt. Kesian mereka
- dan lain lain lagi.
Thursday, January 28, 2010
Orang pendek
Rata rata lelaki Malaysia mempunyai ketinggian kurang dari 6 kaki, jarang orang tinggi lebih dari 6 kaki, kalau adapun boleh bilang jari je. Salah sorang nya Hanif Basri 6 kaki 3 inci mengikut lapuran akhbar beberapa tahun lepas. Orang perempuan pula lagi lah, rata rata dalam 5 kaki 3 inci atau 160 cm gitu, bagaimanapun ada orang yang lagi pendek. Orang yang lebih tinggi tidak tahu apakah kekurangan orang pendek. Mereka mempunyai beberapa kesulitan yang orang lain tak sedar. Di sini daun dengan rendah diri mendedahkan kekurangannya. Kalau nak gelak 6 harkat pun daun tak kisah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tapi mereka masih mampu berusahakan pendek bukan penghalang
ReplyDeleteheeeeeeeeee
ReplyDeleteramai orang yg pertama kali jumpa saya akan kata:
tinggi juga u erkk..
heeeeeeeeee
lalalallaa
mamai,
ReplyDeletesetuju...
blue,
duduk tak sama rendah berdiri tak sama tinggi
huhuhuhu...
ReplyDeletecik daun punya tinggi...
ade nam kaki tak..
pendek ada kelebihan owh
ReplyDeletekalau dah tua pun still nampak muda
aujinz,
ReplyDelete6x2
hans,
memang daun perasan muda lagi
Tinggi saya 5 kaki 3 inci...
ReplyDeleteDa kerana susah mencari yang tinggi...
Dapat suami 5 kaki 3 inci juga....
....tak bolehlaaaa pakai tumit tinggi kalau jalan dengan dia....
terima seadanya
ReplyDeleteTerpaksa membongkok di kaunter bank untuk bercakap dengan cashier. Kesian mereka
ReplyDeleteyang ini saya kurang faham !
daun,
ReplyDeleteaku dah gelak lebih 6 harakat dah! Sapa kata org tinggi tak dak kelemahan...selalu kena buli tau! Asyik aku je yg kena ambik benda2 yg tak tercapai dek ketinggian org lain. Sesekali nak main jongkang-jongkit pun payah sbb kaki terlebih panjang..he..he..he..
biar org pendek jgn akal turut pendek hehehe
ReplyDeletepsst - saya pernah jumpa Hanif Basri semasa dia melawat projek saya bersama Datuk Bandar Shah Alam dan rombongan
xiinam,
ReplyDeletemesti nampak cikgu yang lebih tinggi
ah fat,
ya begitulah
en al,
selalu kaunter ada dua lubang, satu lubang di atas untuk muka kita tersengeh kat situ untuk bercakap denagan cashier dan satu lubang lagi di bawah untuk hulur duit dan apa apa dokumen, kalau orang tinggi dia tak banyak bongkok kan badan dan sengehkan gigi kat lubang bawah tu, berdiri tegak pun boleh nampak semua.
ina,
orang pendek selalu tergantung kakinya, boleh jadi lenguh lenguh betis kalau duduk tempat tinggi
yb,
harap harap akal daun tak pendek
p/s daun hanya tengok dia kat tv saja, dia memang lebih tinggi dari semua polis pengiring