Saturday, January 2, 2010

Tutup fail Buka fail

Hari pertama di tahun baru, aktiviti dimulakan dengan membasuh 2 baldi baju. Apa beza semalam dengan hari ni, semua lebih kurang sama je, daun masih lagi membasuh tangan, memberus baju sambil sambil mengenangkan tahun 2009. Tak tahu berapa kali lalu depan kedai elektrik, tak tahu berapa kali meneropong mesin basuh, sampai hari ni belum beli beli. Waktu membasuh baju adalah waktu relax bagi daun. Masa ini juga membasuh minda.

Tahun 2009 daun telah membuat sedikit perubahan, meninggalkan company A dan join company B, memang  secara kasarnya tiada banyak beza tetapi di sini daun mempelajari beberapa benda baru, mengenali kenalan baru dan situasi baru, semua itu ada kelainannya. Mengutip pengalaman, yang baik kita ikut yang buruk kita tolak. Di mana mana pun mesti ada lebih dan kurang, terpulang kepada kita mengendalikannya.

Tahun 2009 juga daun mula berjinak jinak dengan blog, mengenali tanpa melihat wajah, wah... ada bagusnya juga. Kenapa dari dulu daun tak melibatkan diri?  Mungkin 2009 ni daun mempunyai lebih masa lapang agaknya atau dulu daun leka dengan banyak perkara lain.

Hari ini daun dah mengumpul semua resit 2009 untuk income tax bulan April nanti. Yang tak ada lagi hanyalah EA form dan Lapc insuran. Menunggu masa saja, dah boleh kira berapa jumlah yang kena bayar, memang berbeza dengan tahun lepas, bukan sebab ada atau tak ada bonus tetapi sebab jumlah potongan telah kurang kerana:
  • Tahun 2009 daun tak membeli banyak buku.
  • Potongan PCB juga tak ada kerana undang undang income tax tetiap tahun bertukar, tahun ni sesapa yang join company baru tak di potong PCB, jaga jaga lah bulan April nanti, banyak nak kena cover.
  • Jumlah bayaran zakat daun lebih sikit dari tahun lepas.
  • Simpanan di tabung haji pun ciput je bertambah.
Hari ini daun dah buka fail baru, 2010, seperti tahun tahun sebelum, semua resit resit akan di campak di sini. Pada 31/12/10 nanti akan dikira kecuali jika daun meninggal dunia sebelum tarikh itu. Daun bukan orang yang suka mereka azam setiap tahun baru, tak guna pun ada azam tetapi tak berazam. Harapan daun 2010 nanti income tax daun akan negative. Kenapa nak bayar tax banyak banyak? nanti bila kita baca paper banyak kes kes rasuah, pembaziran sumber, bangunan runtuh, duit hilang, barang hilang, kita sakit hati. Jadi daun akan mengambil langkah dari peringkat akar umbi seperti berikut:
  • Daun akan membeli lebih banyak buku, jumlah maksima potongan kan rm 1000
  • Walaupun kedua ibubapa daun dah tak ada, daun masih boleh menyumbang kepada saudara terdekat yang ada pertalian darah. Mengikut ustaz bahagian zakat mereka ini juga boleh di kira dalam potongan pendapatan zakat. Alhamdullillah. Baik banyak bayar zakat dari banyak bayar tax.
  • Membeli peralatan sukan? Maksima rm 300 ... ini akan di fikir kemudian, daun jarang bersukan pun.
Selamat melalui tahun 2010 dengan penuh semangat semoga lebih manfaat dari tahun sebelum.

10 comments:

  1. hehe
    bijak tax ni
    jgn lari tax sudah

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum daun

    wah , dah siap nak kira tax ya..
    nampak bersistem je daun ni ya..

    ReplyDelete
  3. kapten,
    macam ganjil je dah biasa panggil ah fat ni...
    daun tak pernah lari tiap tahun ada submit walaupun rm 10

    kl,
    tak de bersistem sangat, semangat je lebih

    ReplyDelete
  4. aku 31.12 tu hari br pi bayar zakat pendapatan. selagi tak habis tahun tak pergi bayar. keji sungguh!~

    ha ha.



    .

    ReplyDelete
  5. tm
    memang orang malaysia gitu, daun pun pergi 30.12 he he

    ReplyDelete
  6. Daun awk nih mesti org bujang kan? Anyway, kalo dah kawin nti jgn lupa belikan mesin basuh kat wife ok. Sian dia nanti tgn dia kasar.. hehe

    Saya & suami pun buat mcm awak buat dlm bab bersedia byr tax & zakat. Of coz kalo duit yg ada tu dichannel kan ke zakat lebih baik dr ke income tax..

    ReplyDelete
  7. finaz,
    daun gelak 6 harkat baca ni....

    ReplyDelete
  8. masih belum buka fail lagi baru lagi...dalam situasi bercuti sekarang nie

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum, kehidupan yang teratur gayanya..Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. mamai,
    cuti la esok boleh start

    lipis,
    waalaikumussalam,belum teratur ada orang lagi perfect.

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan