Sunday, January 31, 2010

Tidur

Sebulan sudah berlalu, orang tidak lagi kekok kekok di tahun 2010, tak ada lagi orang silap menulis cek hari bulannya 2009. Sekejap sahaja masa meninggalkan kita. Di tahun ini daun perasan sedikit perubahan, selalunya daun jarang tidur petang di hari minggu, lain pula sejak akhir akhir ini, mungkin kah ini tanda tanda............

Tidur petang bukanlah hobi daun. Ada orang pantang ada masa luang terus berdengkur walaupun di kerusi pejabat, dalam lrt, dalam kereta, menunggu di kaunter bank dan di mana mana. Mereka begitu mudah menutup mata dan mengeluarkan bunyi dengkur yang tak merdu. Ada orang, lepas lunch, tidur adalah wajib, ada juga orang, balik kerja sempat lagi lena sekejab. Tidur di siang hari keutamaan bagi mereka.

Mungkin disebabkan jadual daun pada hari isnin sekarang padat, maka hari ahad daun perlukan rehat. Hampir lupa esok adalah cuti wilayah, bolehlah daun bangun lewat setengah jam. Tak perlu tergesa gesa. Selalunya kalau hari kerja daun dengan sendiri akan bangun awal, manakala kalau hari cuti body clock daun agak kurang berfungsi,  bantuan alarm clock perlukan dan diletakkan dalam jarak yang tak tercapai oleh tangan.

Bagaimanapun akhir akhir ini daun akan terjaga lebih awal dan terkebil kebil, apakah ini tanda tanda ..........

Entah mengapa daun akan terjaga awal sebelum orang azan. Dulu di zaman jahiliah, semasa daun tinggal di Kampung Baru, masjid dan surau sekeliling, suara orang azan sambung meyambung serentak dari surau surau dan masjid berdekatan, malangnya daun tidak terjaga, daun hanya terjaga bila alarm clock berbunyi. Begitu juga bila daun tinggal di rumah lama, surau dan masjid juga dekat, azan begitu kuat tapi daun hanya bergantung kepada alarm clock, bunyi je alarm, daun akan terjaga. Malang kan. 

Suatu hari di rumah lama daun bangun pagi kerana jalan jalan akan di tutup di sekitar KL atas sebab sebab tertentu, semua orang berlumba keluar awal, sebelum subuh sudah ready pakai baju. Baru daun sedar kuatnya bunyi azan di kawasan itu. Sesampai saja di office daun cerita pada kawan kawan betapa kuatnya azan di kawasan rumah daun yang mana sebelum ni ini daun tak pernah sedar. Kawan daun gelak kuat katanya telinga daun di tutupi syaitan, daun tidak kecil hati, tapi suara perlinya itu masih terngiang ngiang hingga sekarang.

Agaknya selari dengan meningkatnya usia syaitan itu semakin hilang di telinga.

9 comments:

  1. alhamdulillah
    semakin kita berusia , kita boleh berubah menjadi lebih baik

    ReplyDelete
  2. alamak! saya dr sekolah dulu kalo org bukak pintu bilik pun dah boleh terjaga... adakah itu tanda2saya sudah tua 'sebelum waktunya' tududududu (ceh...cam lagu Sheila Majid lak hehe..)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah lah sis kalau senang bangun pagi


    maaflah kalau lari topik tapi nak minta tolong kamu vote entry saya yang bernombor 19 di blog www.denaihati.com

    lebih mudah nak faham sila click entry ini dan harap sudilah vote entry no 19 saya tu..

    terima kasih yer n promotelah dkt member2 sama suruh vote entry saya

    ReplyDelete
  4. kl,
    nak jadi baik bukan senang

    finaz,
    tidur ayam la tu

    hans,
    ni kena baca dulu

    ReplyDelete
  5. aku pun x tido ptg
    skang neh plak lepas lunch mesti mengantuk
    tanda2 apakah?

    ReplyDelete
  6. tidur biar cukup...tak cukup tidur - susah juga...

    ReplyDelete
  7. ah fat,
    kalau ngantuk tu jangan tahan tahan tidur je

    sonata,
    daun memang cukup tidur

    ReplyDelete
  8. salam...

    akak tak biasa tidur siang, kecuali tak sihat atau letih sangat atau boring tahap gaban kot...

    kalau tidur malam, pagi mesti jaga tepat2 jam 6
    sebab sebelum tido dah niat, nak bangun solat dan kerja
    so, tak ada msalah sangat
    tapi, kdang2
    terjaga juga waktu tengah2 malam
    kerana susuatu?

    hmmmmmmmmm
    ada apa dalam fikiran kita

    ReplyDelete
  9. tak ada apa apa dalam fikiran daun

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan