Thursday, January 14, 2010

Customer Service Kita

Selalunya bila daun membeli breakfast pagi pagi orang yang menjual kuih selalu minta duit kecil bila kita bagi note rm 10.00

Duit kecil tak ada ke?

Bila daun membeli makan tengahari orang yang menjual makanan selalu akan tanya perkara yang sama bila kita hulur note rm 50.00


Duit kecil tak ada ke?

Ini bukan sahaja berlaku pada kedai makanan, kedai tudung, pasar jual buah buahan, kedai jahit, kedai air kelapa dan macam macam kedai lagi. Selalu sangat mereka mengelak untuk bersusah payah menyediakan duit kecil ataupun mereka malas nak menukar baki banyak banyak, semua nak cepat.

Bagaimanapun tak pernah pula bila daun ke kedai hardware cina, bila kita terhulur note rm 50 untuk beli wall plug rm 1.00 satu atau white tape 50 sen satu, mereka tak membantah, terus menghulur baki tanpa meminta duit kecil. Pernah  juga bila daun ke kedai phostatat, bayaran 70 sen je, tak ada note kecil, hulur note rm 50, pun mereka tak banyak cakap, terus bagi baki. Betapa mereka memikirkan keselesaan pelanggan, ini lah yang dipanggil  mesra,cepat dan betul. Macam pernah dengar slogan ini.

Daun pernah membaca buku Ang Wang Seng: Rahsia Bisnes Orang Cina beberapa tahun lepas, Mr Ang mencatatkan sudah menjadi kebiasaan peniaga peniaga melayu tidak mempunyai wang kecil untuk menjelaskan bayaran baki pelanggan. Mereka mengharapkan hasil perniagaan yang diperolehi hari ini sebagai modal perniagaan.

Seorang peniaga perlu mempunyai sedikit sebanyak modal sebagai pusingan perniagaan. Mereka perlu menyediakan wang kecil atau modal sebagai tukaran wang besar yang dihulur oleh pelanggan. Peniaga cina atau India jarang mempunyai masalah ini, sebab itu keyakinan pelanggan terhadap mereka tidak tercacat.

Secara psikologinya, pelanggan mahukan service yang cepat dan cekap. Kita tidak mengeluh atau menunjukkan rasa meluat atau tak senang bila pelanggan menghulurkan wang besar. Pelanggan adalah raja. Pelanggan adalah pelaris. Bukan tangkal atau ibu duit yang diambil dari mana mana orang yang mengaku bomoh. boleh menarik ramai orang datang.

10 comments:

  1. sebab tu orang melayu susah nak maju nak ada duit syiling pun susah

    ReplyDelete
  2. what u said is very true..
    Saya jarang terkena maybe sebab jarang membeli hehe...

    ReplyDelete
  3. Sangat betul pendapat Daun itu.....


    ....bukan setakat tak ada duit kecil....nada suara dan memek muka juga tak mesra pengguna langsung. Seolah-olah kita yang bersalah kerana'membeli barang dia'!!!

    ...selalu kat Bazar Ramadhan macam ni....tentunya orang kita lah...

    ....kalau pergi pasar tani, dah memilih barang dan penjual mengatakan "Tak ada duit keciklah kak....akak jalan-jalan dulu lah...nanti ada duit kecik akak datang sini"

    Jawabnya....bukan 'jalan jalan dulu' lagi lah....JALAN TERUS TAK DATANG DAH!!

    Kalau 10 pelanggan di layan macam tu.......errr...siapa yang beli jualan dia?

    ReplyDelete
  4. Kemudahan menukar wang merupakan satu elemen yg penting dlm perkhidmatan pelanggan..peniaga "kita" jarang sekali memikirkan "keselesaan" pelanggan dlm berurusniaga..kesukaran dibebankan kpd pelanggan..kesannya, perniagaan tidak mendapat sambutan..

    ReplyDelete
  5. mamai,
    banyak perkara kecil dipandang tak penting

    finaz,
    selalu selalulah membeli boleh banyak pengalaman menguji kesabaran

    xiinam,
    kat pasar malam sini ada seorang jual tudung tak pernah senyum dan ayat jalan jalan dulu tu memang daun akan jalan terus juga,banyak kali dah buat gitu

    ReplyDelete
  6. sha,
    benar sekali peniaga banyak nak senang dia je

    ReplyDelete
  7. setuju sangat. yang kadang2 saya naik angin tu, katalah kita beli barang harganya RM8.70 dan beri duit RM10 .. dia boleh tanya duit kecik tak de ke ? ish .. kecik je saya tengok penjual tu !

    ReplyDelete
  8. lavendari,
    tu memang selalu kita lalui hingga
    kita menyampah menyampah dan menyampah dengan peniaga macam ni

    ReplyDelete
  9. Bila di tanya duit kecik tak de, sebennornya dia nak cakap, "Kayanya awak." he he he.

    ReplyDelete
  10. gerau,
    sikit sikit orang cakap kita kaya geram betul..

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan