Tuesday, January 19, 2010

Isnin - Hari Pecut

Pagi : memang daun pecut ke office, sampai 15 minit sebelum time.
Petang : 5.25 pm get ready. 5.30 beratur untuk clock out. 5.32 cabut.

Acara pecut bermula sekarang. Start enjin, masuk gear, jalan,...... kiri kanan, kiri kanan, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Besraya,  kiri kanan, kiri kanan, upacara menyelit memang happening di sini, cuaca bagus tak ada hujan, kiri kanan kiri kanan, akhirnya bila tekan brek depan gate jam menunjukkan 6.15 pm.

Campak baju dalam bakul, mandi, memandangkan shower rumah daun time ni memang sangat slow, paginya daun telah tadah air dalam baldi, mandi pakai cebuk lagi cepat, kali terakhir mandi cebuk ni 2 tahun lepas semasa sakit kaki. Apa nak heran, Presiden Sukarno pun mandi pakai cebuk walaupun bilik airnya moden. Beberapa minit je, kerbau pun kerbau lah, nak cepat. Pakai baju, capai beg, kunci pintu, start enjin keta. Tepat 6.30 pm, jalan.

Destinasi : Bangi.
Target sampai:  Sebelum maghrib.

Kiri kanan, kiri kanan, mana satu jalan mahu ikut, tol atau tanpa tol, jarak lebih kurang sama, Ahhhhhh, masuk je Silk Highway, terus tekan minyak, bayar tol seringgit, kiri kanan kiri kanan, sampai destinasi jam 7.02 pm. Baru park keta,perut terasa lapar. Ada seorang lelaki baru tongkat motor, mengeluarkan sebuku roti dari beg dan mengunyahnya di situ juga. Pedulikan perut yang berbunyi, ada urusan harus diselesaikan, minggu depan daun mesti beli roti bekal makan dalam kereta.

Urusan selesai jam 10.30 pm terus dengan kelajuan maksima ke gerai terdekat.

S: Apakah menu yang boleh siap paling cepat?
J: Semua cepat.
S: Nasi goreng kampung satu.

Agak terperanjat tak sampai 5 minit siap, terus pecut balik rumah, ketika jam menunjukkan pukul 11.45 malam daun baru selesai makan nasi goreng kampung sambil mengadap tv. Terasa penat dan tak larat nak on line, lambatnya makan, memang terdengar betul perut bernyanyi nyanyi tadi semasa memandu balik. Closing time 12.00 pm, daun tidur. Zzzzzzzzzzzzzz. tidur yang kualiti, bangunnya jam 6.00 am. Bermula hari baru.

6 comments:

  1. hehe..hebatnya journal Daun hari nih

    ReplyDelete
  2. sayapun suka nasi goreng kampung..pergh

    ReplyDelete
  3. Wah!! Sangat kagum 15 minit siap bersiap ... kalau pakai mack-up tambah 15 minit lagi :-)

    theRose

    ReplyDelete
  4. salam daun..akak muskil nih..kemana sampai camtu sekali..semua nak ekspress...

    ReplyDelete
  5. finaz,
    mana ada hebat daun cuma dah tukar mood monday dari blues ke rock

    sha,
    tapi daun suka yang ori, nasi goreng kampung ni banyak versi

    the rose,
    yang penting capai target, point a ke point b

    erna,
    ini hanya berlaku pada hari isnin

    mamai,
    masa itu emas

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan