Tuesday, January 12, 2010

Monday dan Blues

Apakah kaitannya monday dan blues ni? Bad mood pagi pagi atau tak cukup lagi cuti dua hari? Pagi pagi isnin muka masing masing monyok bila masuk lift, ada setengah tu tahi mata kering masih ada, maklum lah mandi kerbau. Mana sempat belek muka. Nasib baik ada cermin dalam lift. Boleh juga jeling jeling dulu sedikit sebanyak, itu pun kalau tak ada orang, tapi kalau ada orang pun peduli apa, kebanyakan orang buat gitu dalam lift.

Kenapa hari ini orang baru nak memulakan banyak perkara? Ada yang  baru nak tengok baju dan seluar, sesuai tak colour ni? tie ni pasal senget? baju apasal ada dua garisan di lengan? poket seluar ni dari minggu lepas nak jahit koyaknya masih belum berjahit lagi. Masa ni la semua baru teringat. Monday morning, semua nak buat. Semua kelam kabut macam tak cukup masa.

Hari ini daun sampai office 5 minit sebelum masanya, ngam ngam gitu. Bukan tak boleh datang awal, bukan salah sesiapa, jalan jam. Alasan yang tak akan diterima oleh boss. Jam dan hujan adalah dua reason yang selalu diberikan kepada boss oleh sesiapa saja. Bagi boss daun hujan dah berlaku beratus tahun, begitu juga jam. Tiada alasan. Bermulanya hari isnin minggu ini, daun ingin menukar taraf blues itu kepada rock. Biar lebih rancak, isnin jadi hari yang sangat dinanti nantikan.

Bagaimana nak jadikan hari ini rock? hari ini daun half day, tengaharinya ke bank, Muamalat oh muamalat kenapa lah tak pernah nak hantar statement. Setiap tahun daun terpaksa pergi bank ni pada awal bulan januari untuk mendapatkan statement tahun lepas. Betul jimat belanja bank ni, tak pernahnya nak hantar statement kat customer. Kita pula yang kena minta mereka print setahun sekali, sabar je la. Cuba tengok Public bank, setiap 6 bulan sekali, mereka akan hantar statement kepada customer. Bank macam ni la yang dapat award tiap tiap tahun.

Balik rumah siap apa yang patut, basuh kain memang kewajipan, petangnya, sejam sebelum maghrib daun dah bertolak ke  Bangi, ada urusan di sana, balik ke rumah pukul 11 lebih, rasa lapar pula perut, kenapa lah kosong je peti ais ni, tak ada apa benda pun nak makan, yang ada hanya buah rambutan. Masih ada masa nak melayan blog, layan sekejab. Ok, jadi hari ini berjalan dengan pantas, bukan blues.

10 comments:

  1. haha funny! u're ROCK!
    p/s: oh! esok pegi beli something then simpan kat rumah ok. So kalo lapar then ada 'something' utk dimakan...hehe

    ReplyDelete
  2. mari kita tukar monday blues kepada monday rock ! hehe

    ReplyDelete
  3. minggu ni aku keje ptg
    isnin aku relaxxxxxxxx

    ReplyDelete
  4. monday hari baru nak start kerja tu yang tak ada mood

    ReplyDelete
  5. elakkan blues setiap hari isnin :) terus saja follow sini...:)

    ReplyDelete
  6. finaz,
    awalnya bangun, pukul 5 daun masih pejam mata...
    p/s hari ni pun belum sempat beli apa apa balik hujan, tapau nasi lemak je

    al lavendari,
    daun rasa u tiap tiap hari rock.. he he

    ah fat,
    ada masa tak best kerja shift ni

    mamai,
    u boss yang bersemangat kan kan kan

    baincardin,
    terima kasih sudi follow blog merapu ni

    ReplyDelete
  7. isnin memang dangdut
    make up pun tak bersemangat
    hehe

    ReplyDelete
  8. Pak Man kalau hari Isnin....keroncong!

    ReplyDelete
  9. pak man,
    keroncong perut sebab tak sempat makan atau keroncong lain?

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan