Beberapa tahun dulu daun pernah membaca kajian yang di buat oleh Dr. Fazilah Kamsah berkenaan karektor individu mengikut bulan bulan kelahiran mereka. Boleh semak di sini. Kalau nak di ikutkan daun memang tak percaya benda benda ni, bagaimanapun boleh juga kalau setakat nak seronok seronok baca tu. Daun lahir di bulan jun jadi mari kita tengok sejauh mana kebenarannya.
JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan. - tak ada lah jauh manapun, daun hidup day by day basis. Esok lain cerita.
* Mudah ditawan kerana sikap baik. - tawan menawan ni seram pula daun tengok, tak ada dalam sejarah ni.
* Berperangai lemah lembut. - ohhh tidak, daun ala ala rock
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. -tak berubah pun
* Idea yang terlalu banyak di kepala. - ada ada tapi tak tau nak keluarkan
* Bersikap sensitif. - ini tidak benar
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). -ada masa tertidur juga
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera. - ya betul ada kain dua baldi kat rumah
* Bersikap suka menangguh-nangguh. -sama seperti di atas
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. -ya betul
* Cepat marah & cepat sejuk. - tak benar
* Suka bercakap & berdebat. -juga tak benar
* Suka buat lawak & bergurau. -juga tak benar
* Otaknya cerdas berangan-angan. - ternyata benar,angan angan tiap tiap hari
* Mudah berkawan & pandai berkawan. -ya ke?
* orang yang sangat tertib. -ohhh tidak
* Pandai mempamerkan sikap. -ya benar
* Mudah kecil hati. -ohhh tidak
* Mudah kena selsema. -tidak benar
* Suka berkemas. - selimut semalam tak sempat lipat
* Cepat rasa bosan. -tak benar
* Sikap terlalu memilih & cerewet.- tengok keadaan juga
* Kurang mempamerkan perasaan. - benar sekali
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. - alamak, ni no komen
* Suka pada barang yang berjenama. -tidak benar, brand pasar malam pun tak kisah
* Mudah menjadi eksekutif. - ya ke?
* Kedegilan yang tidak terkawal. - separuh benar
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.- ya, benar, rimas la orang puji puji ni
Daun minta maaf pada Dr. Fadilah, mungkin kajian dia tersasar jika mengambil daun sebagai sample.
eh ehhhh. kita lahir sama bulan la daun. ai 19...
ReplyDeletehint2 nak adiah nih. wakakakaa...
jah,
ReplyDeleteyu,ai dan tm kan gemini
jah lupa,
ReplyDeletekalau yu nak bagi hadiah ingat hari jadi agong, rumah ai tak ada mesin basuh lagi
mungkin juga benar tapi aku jarang ambil kisah
ReplyDeleteada bab benar ada bab langsung tak boleh pakai
ReplyDeleteDaun, saya dah check dah. Macam suma ttg saya tuh betul jer hehe.. funny gak bila baca ttg diri sendiri.. Thanks Daun for sharing
ReplyDeletesaya lahir bulan Februari .. Saya pulak banyak kebetulan benar dan sedikit yang sipi !
ReplyDeletefinaz,
ReplyDeleteu bulan mana?
en al,
nanti daun semak, boleh mengenali ni
hehe..malunya nak cakap..Ok2, I bulan August.
ReplyDeletefinaz,
ReplyDeletehe he u pandai silat ke? nanti i nak ready ni kalau kita jumpa
Salam ziarah, Daun, akak ada buat n3 pasal bulan kelahiran ni kat blog akak, jemput lah tengok...bila dikaji2, utk akak ada benarnya kajian Dr. Fadzilah tu sikit2..tapi orang lain tak tau lah.
ReplyDeleteannie,
ReplyDeletemungkin ia kena pada setengah orang dan tak kena pada daun.
ah-ah.. saya pandai silat.
ReplyDeletePandai silat gayung bila time mandi jer.. Tu pun skrg nih dah lama tak beramal dgn gayung sejak silat shower ternyata lebih ummpphhh..hehe..
finaz,
ReplyDeletehi hi
uik,
ReplyDeletejun je ke?
ogos mana?
lallalal
blue,
ReplyDeletesila lihat link