Sunday, July 19, 2009

Mengenal daun bidara


Ada orang dah kenal dan ada yang belum kenal daun ini. Ana pun baru setahun jagung mengenalinya. Menurut pakar daun ni ada 2 jenis. Satu yang durinya lebih keras dan daun lebih kecil dan sebaliknya. Cuba lihat gambarnya betul betul,yang di kiri berdaun lebih panjang dan yang kanan berdaun lebih kecil. Kalau belum dapat buat perbandingan mari kita tengok satu satu. Selalunya kalau kita tengok di nursery, mereka akan tut kan kedua-dua pokok ini kerana bidara yang berdaun kecik lebih kuat akarnya berbanding yang berdaun besar.
Apa kegunaan daun ni? Daun ini digunakan untuk memandikan jenazah dan juga untuk mandian perubatan bagi mereka yang mengalami saka atau sihir. Dimana nak dapat daun ni? Daun ni ada di Darul Shifa' Bangi dan selalunya ditanam berdekatan dengan surau di kampung-kampung. Dulu ada pokok ini di hadapan Giant Taman Permata tepi MRR2 tapi sayangnya telah ditebang oleh DBKL. Khabarnya dulu ramai yang datang mengambilnya di situ. Sekarang yang tinggal hanya tunggulnya saja.