Sunday, April 25, 2010

Gaji kau mesti banyak...

Selalunya bila kita jumpa orang yang suka bertanyakan hal berkaitan gaji ni kadang kadang kita pun serba salah nak menjawab. Tak jawab salah jawab pun salah. Ada masanya kita rasa soalan soalan itu patut disusuli dengan penampar. Antara soalan soalan yang selalu ditanya kepada daun ialah:
  • Dah lama kerja situ? Mesti dah banyak gaji kan.  (pangggggggggg).
  • You kerja apa? ohhhh mesti tinggi ni gaji you...(pangggggggg)
  • Kenapa tak tukar kereta? You kan gaji banyak. (pangggggggggg)
  • Tak kan u tak mampu beli, duit gaji simpan buat apa? tak boleh bawa ke kubur...(panggggggg)
  • Kenapa kolot pakai handphone ni lagi, esok gaji pergi beli, tak payah tunggu gaji pun boleh beli, u simpan duit pun buat apa? (pangggggggg)
Esok adalah hari gaji di office daun, maka hari ni daun dah lekatkan bil indah water, bil elektrik dan bil mpk di pintu peti ais. Ini bil utama yang perlu diselesaikan segera. Kalau nak dikira gaji daun, ini memang jatuh dalam ketegori miskin untuk penduduk kl tapi tak kisahlah janji daun makan kenyang dan tidur pun lena. Apa orang nak cakap suka hati lah. Kita orang makan gaji ni kan memang sama je nasibnya, pergi pagi balik petang dapat gaji bayar hutang.
hari gaji

 sehari sebelum gaji

Friday, April 23, 2010

Take a Break

Ada orang bertanya kenapa lama tak up date blog? Memang semenjak dua menjak ni daun agak busy, baik di office maupun di rumah, kepala pun buntu. Jadi ada baiknya daun berehat seketika, masa untuk berblog tu boleh digantikan dengan masa berangan angan. Jadi untuk kurangkan tekanan, berangan angan di sini juga boleh.
  • Pertama, bayangkan duit lebihan cukai daun hari tu rm 46.00 tiba tiba lhdn tersalah cetak menjadi rm 46,000. Mungkin daun akan pengsan bila menerima cek dari lhdn itu.
  • Kedua, bolehlah daun teruskan angan angan, duit itu nanti boleh digunakan untuk bercuti.uuuuuuuuuuu memang dah lama daun tak bercuti panjang, mungkin ini lah peluangnya. Mana tempat daun nak pergi. Sini pun ok juga.
  • Ketiga, lebihan itu boleh la daun guna untuk beli mesin basuh. Mungkin akan ramai lagi yang heran kenapa rumah daun tak ada mesin basuh, baik beli sekarang. Brand cap ayam pun tak apa asal ada.
  • Keempat, boleh juga nanti beli air cond. Itu pun hanya akan diguna bila ada orang datang saja, siapa yang pernah datang mengadu rumah daun tak cukup kipas. Mereka dah biasa duduk dalam air cond mungkin. daun orang kampung tak kisah, panas sikit boleh tahan.
Sudah, sudah...... jangan angan angan lagi, kalau ya pun income tax tersalah cetak, itu duit tidak halal, duit itu bukan kepunyaan kita, sila pulangkan. Sila terima kenyataan lebihan duit income daun hanya rm 46.00 saja dan syukur, syukur kepada tuhan tahun ini daun tak dikenakan income tax. Alhamdulillah.

Tuesday, April 20, 2010

Sungguh hairan

Daun pakai broadband celcom, dah lebih sebulan tukar dari rm 68 ke rm 98. Macam tak ada perubahan pun. Ingat pada 10 hb hari tu nak pergi maxis tukar, malangnya sampai hari ini masih tak berkesempatan. Setiap hari menahan sabar menggunakan broadband ni memangla bukan pengalaman manis. Agaknya customer service celcom pun dah menyampah dengar suara daun, asyik asyik suara ni saja yang komplen. Diorang pun macam malas saja nak layan.

Apa yang menghairankan, blogger lain semua pakai streamyx  agaknya, laju je mereka post, macam daun sorang saja ada masalah ni. Hiiiii gerammmmnya......

Monday, April 19, 2010

Kerja kedua

Hidup di kl ni memang tinggi kos sara hidup berbanding di tempat tempat lain. Melihat kepada gaji posmen hari tu kita terbayang bagaimana mereka boleh menjalini kehidupan dengan kenaikan harga barang barang seperti sekarang. Maka ramai orang terpaksa bekerja di sebelah malam untuk menampung perbelanjaan harian mereka. Ramai yang memilih untuk membuka gerai di pasar pasar malam, menjual burger di taman taman berdekatan atau bekerja di restoran makanan segera.

Pizza Hut contohnya, selepas jam 6 petang biasanya ramai budak budak hantar piza yang kerja malam ni melapur diri, kebayakannya kerja memang nak menambahkan pendapatan, di samping tu dapatla makan free. Tiba tiba teringat daun masa muda muda dulu. Masih ingat lagi nombornya 7552525, sekarang tak pakai lagi nombor ini untuk order pizza, sekarang dah boleh order online. Kerja di tempat fast food gini memang seronok, kawan ramai, makan minum free, kerja sambil gelak ketawa tak ingat dunia. Pula rangkaian fast food ni berdekatan, dah muak makan pizza, order kfc dari jiran seberang jalan atau pun Mc D yang berdekatan. Zaman dulu dulu kita guna barter trade. Sekeping pizza besar bersamaan dengan 8 Mc Chicken gitu. Trade ini berlaku tanpa pengetahuan boss.

Bagaimanapun bekerja di fast food restoran gini tak sepenat berniaga di pasar malam, kebanyakan yang berniaga di pasar malam terpaksa prepare lebih awal. Kena beli barang barang dulu, susun barang, kemas barang satu hal lagi, contoh orang yang berniaga air yang macam macam jenis warna tu, modal tak seberapa sangat tapi untungnya banyak. Kalau musim panas memang laku, sekejab air semua dah habis. Kalau musim hujan pula yang tak habis tu tuang kat longkang saja. Nak bawa balik tak berbaloi, buat berat kereta saja. Balik rumah pula kena basuh dulu semua bekas tu, nanti bersemut.

Mereka ini memang kerja keras untuk mendapat pendatapan lebih. terpaksa berjaga malam, tidur beberapa jam sahaja, esok pula nak ke pejabat seperti biasa. Pasar malam sekurang kurangnya jam 11 malam dah clear, semua orang dah balik. Bagi yang bekerja di pasar lewat malam lagi teruk, seperti di Down Town Cheras atau di pasar seumpamanya di Setapak atau Kota Damansara sana, jam 10 baru nak mula, habisnya jam 3 pagi. Esoknya kerja seperti biasa, memang sah akan mengantuk di sebelah pagi tapi bagi yang dah biasa mereka tak kisah. Cari makan punya pasal mereka sanggup berjaga malam. Daun tak sanggup berjaga malam macam ni, tabik kepada mereka.

Saturday, April 17, 2010

Tax: Menjelang tarikh akhir

Lagi dua minggu tarikh untuk menghantar borang income tax. Sekarang lebih ramai orang menggunakan e filing. Kalau ada lagi orang yang degil masih belum buat e filing atau hantar secara manual tu, memang dia seorang yang sangat sibuk, mengalahkan calon kawasan Hulu Selangor. Seorang otai di office daun minta tolong, suruh daun buatkan e filing untuknya. Dia dah bagi siap siap ea form, daun cuma balik terus buat saja. Dia juga dah bagi anggaran tax yang dia bayar tahun lepas, mesti tak lari banyak.

Maka hari ini daun telah buat untuknya dan apabila sampai di page cukai yang perlu dibayar, daun telefon dia dan bagitahu tax yang perlu dia bayar adalah rm XXX, dia tak puas hati, banyak pula songelnya itu, ini, begitu begini, kenapa tahun lepas lagi sikit?, adakah daun telah isi figure dengan betul? Malas nak melayan kerenahnya, daun terus tanya soalan?
  • Do you want to proceed?
  • Maka panjang pula jawapannya, bla bla bla bala bala bala,....... sampai letih mendengarnya.
Maka, daun sign out, tak jadi submit, hanya print kiraannya sahaja, isnin nanti cerita, kalau tak percaya sila pergi sendiri ke lhdn. Kenapa jumlah taxnya banyak? Jawapannya seperti di bawah:
  • Semata mata nak harapkan potongan diri rm 8000 saja tak cukup.
  • Bahagian epf dan insuran tu cuba maksimakan hingga rm 6000. Simpan lapc yang diberi oleh syarikat insuran ( otai  ni tiada potongan untuk insuran)
  • Kalau ada beli alat alat sukan tu simpan resitnya, ini hingga rm 300 ( ini juga tiada)
  • resit beli buku max hingga rm 1000 ( sebiji buku pun tidak beli)
  • resit zakat semaksima mungkin (otai ni bukan muslim), bagi kita yang muslim sila bayar zakat pendapatan dulu sebelum income tax. Simpan resit zakat termasuk zakat fitrah.
  • pcb kalau ada dalam borang ea tu sila jangan buat buat lupa untuk isi dalam e filing. ( income tax ni kalau kita tak tulis dia buat tak tahu saja untuk tolak walaupun itu dah masuk dalam akaun diaorang.( yang ni ada ciput saja)
Ini adalah perkara perkara asas yang perlu kita ambil kira dan simpan resitnya sepanjang tahun untuk taksiran setiap tahun. Ada lagi beberapa potongan seperti pembelian komputer atau lain lain berkenaan kesihatan kita , tapi satu pun tarak.....maka sila jangan banyak komplen...bayar saja tax seadanya.

Sekejab tadi otai itu ada sms dia dah jumpa lapc insurannya, semalam kata tak ada, nanti daun nak cadangkan hari isnin sila isi sendiri e filing, nanti senang bila dah pencen nanti kalau tak ada orang nak tolong. Tiba tiba saja tanduk jahat daun sudah keluar.

Thursday, April 15, 2010

Fat to Lose

Dua hari ni di office daun ada buat ujian saringan kesihatan, dikendali oleh Yayasan Jantung Malaysia. Sambutan memang bagus, ramai yang nak tengok tahap kesihatan masing masing, walaupun ujiannya simple saja tapi boleh la sebagai petunjuk awal tahap kesihatan kita. Maka diistiharkan:

Glukosa : 5.7 mmol/l  (paras sesuai < 7 mmol/l kalau puasa)
Kolestrol : 3.47 mmol/l (paras sesuai < 5.2 mmol/l)
Nadi: 71
Tekanan darah : 98/60 mm.Hg (sesuai <120/80 mm.Hg) eh... rendahnya
Ukuran pinggang: tutttttt ( alamakkk)
Ukuran pinggul: tuttttt (alamakkk)
Berat: tutttt( eh ringannyaaaa)
Tinggi: tutttt ( eh  pendeknya)
Lemak: 30.7 % ( ada lemak juga ke?)
Indeks Jisim Tubuh: 21.3 (berat sesuai 18.5-24.9) ok dah ni

maka berdasarkan info itu ini pula result yang keluar

sila buat buat tak nampak

Jangan tak percaya fat to lose ialah 2.3 kg, entah dari mana pula figure ni keluar, agaknya 2 jam sebelum tu daun ada makan kari ikan, sebab tu lemak ada lebih. Itu la kan kita tak boleh kata orang yang kurus tak ada lemak, daun syak semua lemak itu ada kat perut, sebab hanya bahagian perut saja yang buncit. Menurut mereka daun kurang air, kurang senamam dan yang pasti tekanan darah rendah. Tekanan darah rendah ada beberapa sebab seperti pembuluh darah besar, jantung kecil atau volume darah tu kurang.

Maka semalam daun cuba ajak jiran main badminton depan rumah, konon nak exercise tapi dia kata tak boleh, malam dia kenyang sangat sebab dia masak sedap. Memang tak boleh bergantung kepada orang lain kan kalau nak bersenam. Kita lari setempat dalam rumah pun keluar peluh juga.

Wednesday, April 14, 2010

Susahkah menghafal ?

Bagi orang yang tidak pandai membaca tulisan jawi dengan lancar kita terhegeh hegeh bila nak menghafal satu doa. Nak baca pun lambat, nak hafal lagilah lambat, orang lain boleh hafal satu doa dalam masa yang singkat, daun mengambil masa lebih lama.


Tiba tiba terbayang bagaimana para hafiz boleh menghafal Al Quran 30 juzuk, tentu mereka bekerja keras,mempunyai kesabaran yang tinggi dalam mengulangi benda yang sama setiap hari. Sungguh terpuji usaha mereka. Sungguh kerdil kita daun berbanding mereka. Ada orang kata jangan makan kepala ikan, asam dan sebagainya yang boleh menyebabkan kita mudah lupa. Kari kepala ikan memang daun makan, asam asam tak suka tapi bukan itu sahaja yang menyebabkan kita sukar mengingat. Mungkin daun lupa bila umur dah meningkat ni memori kad kita makin tak berfungsi.

Menunggu pencen


Di office daun ada dua otai yang akan pencen, hampir setiap hari mereka bercerita tentang duit, duit dan duit. Berapa duit yang ada sekarang, duit epf, duit simpanan dan cara cara macam mana nak dapatkan duit selepas pencen. Umur 55 rasanya muda lagi untuk lelaki kalau duduk di rumah. Mereka telah siap ambil borang epf dan tak sabar sabar nak menerima duit selepas hari jadi yang ke 55. Tiba tiba company lanjutkan umur pencen setahun lagi.

Bagaimanapun tahun depan belum tentu macam mana lagi, mereka telah mengira hutang, dapat je duit nak settlekan hutang. Itu lah perkara pokok orang fikir bila dah pencen. Mengikut lapuran dalam akhbar beberapa tahun lepas, kita kita ni bila pencen akan menghabiskan semua duit epf dalam masa tiga tahun sahaja. Kalau dikira kira betul juga lapuran tu, menurut 2 otai ni, hutang memang dah sedia menanti, hutang rumah, hutang kredit kad, hutang kereta dan macam macam hutang lagi. Tolak sana tolak sini, tiga tahun lesap.

Makanya, selepas tiga tahun jika kita tak ada persediaan duit yang cukup, kita akan gigit jari. Melihat kesungguhan 2 otai ini mengira hutang dan merancang masa depan daun cuba cuba nak kira hutang juga tapi ada rasa seram di situ. Maklum la kita bukan kerja gomen ada pencen tetiap bulan nanti. Duit yang sejemput itu akan habis sikit demi sikit.

Saturday, April 10, 2010

Tersangkut di UPM

Salah satu perangai gila daun ialah suka mencuba perkara yang orang lain tak suka buat, contohnya menduduki peperiksaan SPA, ada orang kata dan tanya soalan ini:
  • Eh, boleh lagi ye umur macam kita kita ni apply kerja gomen?
  • Buat apa kau pergi exam, kau kan dah lama kerja swasta?
  • Rajin kau ya, nak baca buku, nak jawab soalan soalan sekolah semula.
Jawapan kepada soalan itu ialah senang saja.
  • Eh, mana ada tua lagi umur pencen kerja gomen kan 58 tahun. kan kan?
  • Otak daun dah lama berkarat, sesekali elok juga service, maklum hari hari tekan kakulator otak dah beku nak kira congak congak ni.
  • Tak la rajin mana, saja memeriahkan dewan exam tu, ramai apa orang tua baca buku sekolah.
Maka hari ini sekali lagi daun menduduki exam SPA, dah banyak kali pergi exam ni, tapi masih tak pandai pandai lagi jawab soalan terutama bab soalan matematik. Kali ini exam di MAEPS( Malaysia Agro Exposition Park Serdang), berdekatan Mardi HQ, ini lah pertama kali melangkah masuk ke MAEPS, beberapa hari sebelum daun dah datang untuk survey jalan dan kira jarak dari rumah. Tak jauh mana cuma 15-20 minit saja dari rumah. Malangnya pagi tadi jarak masa itu tidak seperti yang dijangkaan. Daun dah keluar sejam awal, konon bolehla rehatkan minda dulu sebelum exam. Sampai saja depan Milon, jalan tiba tiba tersangkut di situ, maka dengan kelajuan kura kura kereta daun merangkak rangkak. Mata asyik tengok jam saja.

Di radio juga ada orang memanggil memberitahu keadaan jalan ke tol UPM sangkut, ada pemanggil memberitahu di Mardi ada exam hari ni, sila ambil jalan lain. Di dalam hati daun ingat tak ada peluang la nak service otak hari ni, keadaan jalan yang memang menaikkan darah ni memang tak dapat dielakkan lagi, jalan ke UPM hanya selorong tu je, nak kiri tak boleh kanan tak boleh, Keadaan hujan pagi tadi memang menambahkan kesesakan. Daun pandang kiri kanan semua kereta menghala ke UPM terus ke Mardi semuanya masing masing cuba nak potong memotong tapi jalan yang sempit memburukkan lagi keadaan. Muka masing masing nampak kelat. Pada pagi tadi juga ada satu kereta rosak Myvy WPY XXXX betul betul dekat simpang UPM, kenapa dia tak rosak pada hari lain. Tanda tanya di situ.

Dari simpang ke UPM menghala ke Mardi memang tak ada tetamu lain, semua nak ke MAEPS, semua calon calon exam yang memang bersemangat tetapi dalam hati mereka menyumpah nyumpah dengan keadaan trafik yang macam semut. Exam bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 4.20 petang tapi pada jam 9.00 pagi simpang UPM pun belum lepas. Akhirnya jam 10.12 sampai juga di dewan A, bukan daun seorang saja yang lewat tetapi beratus ratus orang lain juga lewat. Ada juga rasa nak balik tapi alang alang datang bersesak elok cuba tanya boleh ke masuk dewan lagi. Beberapa orang ibubapa merungut rungut di tempat parking kereta dengan tindakan SPA memberi tempat yang tak sepatutnya menjadi pusat exam. Jumlah calonnya pula bukan sedikit berkumpul di sini.

Semua dewan nampak macam penuh dan calon calon asyik menjawab soalan masing masing, kami di arahkan ke Dewan D pula, semua yang sampai lewat tak payah ikut dewan di dalam borang tawaran, sila masuk ke Dewan D sahaja, maka berduyung duyung golongan sampai lewat  masuk ke dewan D. Sila ambil kerusi sendiri dan duduk di meja kosong. Exam juga di lewatkan kepada 9.30 pagi kerana ramai orang sangkut di UPM. Semasa orang lain sudah hampir habis menjawab kertas 1, daun baru nak mula. dalam pada itu ramai lagi calon calon yang baru sampai, disebabkan meja dah penuh, mereka hanya duduk di kerusi menjawab seolan, bayangkan menjawab soalan dengan menandakan A B C dan D dengan pencil 2B di atas paha. Kesihan mereka. Bilangan yang menjawab atas paha itu bukan 10 orang.

Pada masa ini daun terfikir, alangkah baiknya kalau ada kamera boleh ambil gambar, malangnya daun masih menggunakan handphone tanpa kamera. Apabila paper pertama telah habis, calon calon yang menjawab di atas paha diarahkan menarik kerusi dan menyelit di mana mana meja orang lain. Wah, exam gaya santai ni, pada masa tu, ada juga calon sempat membuka beg dan menyuap kuih ke mulut.  Suasana dewan sudah menjadi padat. Masing masing kusyuk dengan menjawab kertas sendiri. Jelasnya bukan dewan ini saja yang padat dewan dewan lain juga sesak, daun nampak banyak gerai gerai di luar menjual makanan menunggu.



Macam pesta pula bila waktu rehat, masing masing bercerita tentang kesesakan, gerai makan penuh di mana mana, bukan saja orang jauh yang lambat, orang yang dekat pun sampai lewat. Kes kelewatan ini difahami oleh para pengawas, mereka membenarkan semua calon mengambil semua kertas dan memberi masa tambahan kepada mereka. Peperiksaan berakhir sejam lebih lewat dari jadual. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, pada pendapat daun dewan ini tidak sesuai untuk tujuan peperiksaan, semua orang akan datang pada masa yang masa dan menumpu kepada satu jalan sehala saja, tempat ini memang bagus untuk pameran dan expo tetapi bukan tempat peperiksaan. Expo orang akan datang setiap masa, orang tu datang orang ni balik tapi untuk exam semua orang kena datang pada masa yang sama. Bukan ada kenderaan yang boleh sampai ke dalam dan bukan semua orang mempunyai kemudahan untuk sampai pada masa yang ditetapkan. SPA sila ambil perhatian.

Semasa perjalanan pulang daun melihat ramai orang menapak berjalan kaki menuju ke UPM, jarak yang jauh. Mengenang zaman muda muda dulu sebelum memiliki kereta daun memahami masalah mereka. Daun mempelawa 2 orang perempuan yang berjalan kaki dengan lajunya kalau nak tumpang. " Terima kasih, terima kasih" kata meraka. Seorangnya dari Kota Damansara transit di rumah kawanya di Sri Serdang, dia bersama 3 lagi calon lain pagi tadi menaiki teksi dari Komuter Serdang ke MAEPS menempuh kesesakan jalan dengan tambang rm 20, seorang dari Klang juga menaiki teksi pagi tadi seorang diri dengan tambang rm 30 ringgit. Apa nak buat bayar saja, kata mereka.

Setelah beberapa kali menduduki exam yang melibatkan SPA ini, daun ingin memberi nasihat yang mungkin berguna.
  • Sentiasa menyemak lawam web SPA untuk meklumat tepat kerana SPA pernah mengirim dua surat panggilan exam pada daun di pusat exam yang berlainan pada tarikh yang sama.
  • Membawa i/c dan alat tulis yang cukup yang cukup kerana menjawab 200 soalan objektif dalam masa 40 minit memang memenatkan dan tak sempat nak menajam pencil.
  • Sentiasa menyediakan salinan skrol ijazah, transkrip penuh dan sijil SPM yang disahkan kerana surat panggilan mungkin datang di saat saat akhir, kita mesti tak sempat nak buat persediaan.
  • Meninjau jalan ke pusat exam dari rumah sebelum hari exam untuk mengelak jalan sesak dan pilih jalan yang paling dekat.
  • Datang awal ke pusat exam, kalau tinggal di Rawang, sila datang 3 jam awal,boleh singgah sembahyang subuh di Masjid UPM sebelum ke MAEPS.
  • Usah pedulikan ucapan dari pengawas di hadapan, kita tumpukan kepada menjawab soalan sebaik dapat soalan. Sebagai orang dewasa kita sudah tahu mengisi borang dengan pencil 2B        





  • Sekian sahaja lapuran hari ini. Otak dah penat.




Friday, April 9, 2010

Aku, saya, gua dan mereka

Di sini, kita tak nampak orang, nak membahasakan diri macam ada yang tak kena, ada orang bahasakan diri mereka aku, saya, gua, ikut keselesaan mereka, yang perempuan ada yang lebih selesa bahasakan diri mereka akak, yang lelaki pula, pak cik ramai juga.

Dalam sehari daun membaca lebih kurang 40 entry gitu, tak de la banyak sangat. Kebanyakannya daun baca sepintas lalu, maklum masa terhad. Ada beberapa entry daun suka baca dan terus memberi komen walaupun broadband daun tersangat lembab. Orang orang ini daun sudah selesa dengan gaya mereka walaupun kadang kadang mahu saja lempar batu sembunyi tangan mengutuk mereka.  Memandangkan mengutuk itu perbuatan terlarang, daun mengelak mengutuk orang di blog.

Ada orang yang daun baca entrynya separuh jalan, kerana sudah tahu apa episod akhir yang nak disampaikannya. Jimat masa. Gaya penulisannya sudah sebati dengannya biarpun entrynya itu pendek atau panjang. Ada juga orang yang entry tak ada perenggan langsung, daun mudah semput, terus tak baca. Jahatnya.

Kalau tak ada idea nak menulis daun akan baca blog seseorang dari mula sampai akhir, setakat ini baru beberapa orang daun dah habis baca. Perbuatan yang membazir masa kan, tapi rasanya lebih baik dari meronda di jusco yang dah tentu menghabiskan duit.

Daun cuba mengurangkan masa membaca blog tapi sudah banyak kali percubaan ini gagal, mulai sekarang daun akan cuba mengurangkan masa membaca blog di rumah dan akan delete blog yang daun tak dapat nak memberi komen di blog mereka. Haraf maaf.

Tuesday, April 6, 2010

Pancit

Sabtu lepas daun ambil bahagian dalam treasure hunt  KL-Melaka. Ini pertama kali daun join aktiviti seperti ini. Agak memenatkan, jam 7 pagi dah terpacak kat parking office. Breakfast, ceramah dulu sikit sikit, jam 8 jalan. Sebagai orang yang pertama kali melalui pengalaman ni memang penat, membaca peta, mencari jawapan yang tak pasti, memandang kiri kanan sepanjang jalan, memang memeningkan. Sesat jalan itu perkara pasti, maklum lah lalu jalan yang tak pernah pergi sebelum ni, memang sah sesat, gelak pula sepanjang jalan tambah lagi penat.

Tujuan utama bukan nak rebut hadiah, sekadar nak suka suka, lagi pun dah lama tak gelak gelak macam ni. Memang tak menang pun, saguhati pun tak dapat. Pertengahan jalan mula terasa keletihannya. Pening, nak muntah, maklum selalu jadi driver hari tu jadi penumpang duduk sebelah. Malamnya memang pancit, memanglah kan dah tetua  ni bateri lemah. Lepas aktiviti makan terus tidur. Zzzzzzzzzzzzzzzz sampai pagi. Malas nak join rombongan ronda ronda bandar Melaka malam malam hari, tidur lagi bagus.

Sepanjang jalan dari KL ke Melaka melalui PJ, Cyberjaya, Nilai, Labu dan entah mana mana tempat lagi, tak tahu berapa banyak papan tanda yang terpaksa kita pandang kiri kanan untuk dijadikan jawapan kepada soalan solan berkaitan. Bagaimanapun ketika melintasi papan tanda ini, tarikannya sangat kuat, kena pula masa tu jam 1 tengahari. Perut pula tengah berbunyi, nak berhenti makan banyak lagi soalan yang tak dijawab, bimbang sampai lewat di hotel, nanti kena tolak markah. Terpaksalah dengan hati sayu kita merenung kedai ni dari dalam kereta saja dan salah satu jawapan kepada soalan itu kita letak nama papan tanda ni.

sila abaikan tanda gelap itu

Memandangkan kita tak dapat nak singgah di kedai ikan bakar malim itu pada hari sabtu, maka esoknya kami bertiga membuat treasure hunt sendiri mencari kedai itu on the way balik kl. Sesat sikit sikit akhirnya kami sampai juga ke kedai itu, mana tau nanti balik kl teringat ingat pula kalau tak singgah. Berhampiran epf menghala ke air keruh akhirnya jumpa juga. Bila berjumpa ini jadinya.

pasti tinggal tulang
erkkkkk.. alhamdulillah

Sebelum balik sempat juga merayap  di bandar melaka dan sempat juga  ke kapal yang tersergam tu, dah lama daun tak ambil angin.


siapa yang tak nampak daun dalam gambar ini mereka
golongan orang baik baik

Bagus ke sana?

Pada 1 April lepas genap setahun daun bekerja di sini. Macam cepat saja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun. Apabila kita melangkah ke tempat baru, macam macam perasaan ada. Seronok, takut, gembira, kompius dan kepala penuh tanda tanya. Betul ke keputusan yang kita buat ni? Kita juga akan di tanya oleh orang orang sekeliling macam macam soalan?

Orang company baru akan tanya:
  • Kenapa datang sini?  Mesti gaji tinggi.
  • Company dulu tak best ke?
  • Sapa tipu u datang sini?
  • Ada kerja kosong tempat lama?
Orang company lama akan tanya:
  • Best tak kerja sana?
  • Baik ke boss nya?
  • Increment bagus ke?
  • Ada kerja kosong tempat baru?
Kesimpulanya. Mana pun kita pergi orang masih tanya soalan yang lebih kurang sama. Orang tukar kerja kerana  macam macam sebab seperti jarak dari rumah, gaji lebih, benefit banyak, boss baik, kawan sekepala, tempat makan sekeliling dan lain lain. Pada daun kalau kita suka satu satu tempat kita akan tinggal lama di situ,walaupun gajinya ciput. Kalau kita dah mula bosan kita akan mula mencari tempat lain, cari kelainan, jumpa orang baru, tempat baru, boss baru dan cabaran baru.