Saturday, December 25, 2010

Anjakan Paradigma 2011

Macam bagus saja tajuk ni, bunyinya pun boleh tahan, selalu dengar orang politik cakap kat tv tapi nak melaksanakannya cukup payah. Setakat cakap saja memang senang. Ada kena mengena dengan azam baru ni, walaupun azam tahun 2010 ada juga yang terbabas. Syukur azam utama daun sudah hampir 99  % complete. Maka semalam daun belanja kawan kawan, table for four, ramai ramai tak mampu.

Beberapa hari lagi, pejam celik pejam celik, kita akan menjejaki tahun 2011, tak sedar masa berlalu, umur meningkat, orang sudah bercakap pasal azam, pencapaian dan macam macam lagi. Sebagai orang yang tak berazam tinggi tiap tiap tahun, agak senang nak mengukur apa yang tercapai apa yang tidak. Seingat daun pada tahun lepas daun ingin mengurangkan jumlah income tax seboleh mungkin ( macam banyak sangat income). Kononnya tahun 2010 ni beli banyak buku, nak dapat rebet tax, malangnya masa membaca tahun ni terhad, yang ada pun tak terbaca.

Salah satu lagi azam yang terbabas, daun masih gagal nak datang awal setengah jam lebih awal ke office, ada saja kerja rumah nak buat pagi pagi. Jadi tahun depan azam ini mesti diutamakan dulu, perkara yang susah nak buat tu la yang patut kita beri perhatian. Anjakan itu memang payah, tambah tambah kita dah bertahun tahun buat perkara yang sama tiba tiba nak ubah buat perkara lain.

Orang selalu cakap kita mesti jadi lebih baik dari semalam, kalau nak mengukur dari tempoh sesingkat itu memang tak ada perubahan pada diri daun, rasanya semalam sama saja dengan hari ini, tapi secara keseluruhannya tahun ini memang jauh lebih baik dari tahun lepas. Perubahan memang tak nampak dalam masa sehari, tetapi nak melakukan perubahan itu mesti hari hari, macam meniti tali.

gajah pun boleh,... kita?

Thursday, December 16, 2010

Syukur apa yang ada

Hari ini semasa singgah di Shell mengisi minyak, daun saja saja tanya Bangla yang tolong mengisi minyak tu.

Sini berapa bayar satu hari kerja?

30 ringgit 12 jam

Penat tu, kerja 12 jam, berdiri pula tu, lepas tu bukan ada peluang tengok fb atau blog.  Kesian mereka. Tujuan tanya tu bukan apa, hari ini ada adjustment gaji, disebabkan ciput saja dapat, maka elok kita tengok mereka yang lebih rendah dari kita, insaf sikit, kalau kita bandingkan dengan mereka yang lebih dari kita sampai bila bila kita akan rasa sedih.



Sunday, December 5, 2010

Rawatan Altenatif

Hari ini daun mengikut seorang kawan ke Beranang, tempat ubat patah, seliuh semua, pernah pergi sekali dulu, lama dah, lima tahun lepas, kes sakit lutut. Kali ini pergi sebab nak tahu tempat, dulu pergi orang bawa, kita duk sebelah saja dah tak ingat jalan. Sampai lebih kurang kul 12 gitu, tunggu tunggu ada lah pukul dua baru dapat giliran, orang agak ramai, datang dari jauh jauh, macam macam sakit ada.

Ini lah masa daun nak interview orang, sakit apa ? sakit apa? Ada yang sakit tangan sebab kemalangan, wayar dah rosak sikit, tangan susah nak gerak. Ada yang senget mulutnya, tanda awal stroke, cakap pun senget senget. Ada yang sakit tonsil, yang patah memang ramai. Tunggu tunggu sambil berborak, sedar sedar dah pukul dua.

Alang alang meneman orang yang sakit, daun pun tumpang sekali, jari kaki yang patah tiga tahun lepas masih lagi kadang kadang terasa ngilunya. Dia bagi ubat sebungkus, upah seikhlas hati, dah boleh balik. Lima minit je.

Ada orang langsung dia tak percaya rawatan altenatif ni, mati mati dia kata hospital saja yang boleh sembuhkan penyakit. Ada pula orang, bomoh yang tak betul tu la yang dia percaya. Selagi tidak menyalahi undang undang dan tak salah dari segi akidah kita sebagai orang islam apa salah kita cuba. Ikhtiar selagi kita mampu.

Thursday, December 2, 2010

Ada udang di sebalik batu

Tadi ada sorang kawan yang baru daun kenal tak sampai setahun, dia telefon, katanya nak bagi buku yang daun suruh belikan. Bagusnya dia, sanggup singgah di sini sekejab semata mata nak bagi buku itu. Katanya dalam perjalanan ke tempat lain, sementara dia berada di kawasan berdekatan boleh la, apa salahnya.

Jam satu bila daun sedang merayau rayau beli makan tengahari tiba tiba dia call dah ada depan office. Sah la dia yang menunggu dengan bmw, sebagai orang yang tak minat kereta daun tak peduli berapa siries tu, nampak macam 7, maka selepas masuk dalam keta borak seminit dia kasi buku, lepas tu dia mula keluar fail, tadi ada pergi hantar dokumen kat client, bla, bla, bala bala... rupanya dia orang unit trust.
berapa ya harga ni?

Pendekkan cerita suruh daun melabur dalam unit trust, salah orang kut , dia ingat daun duit  banyak, cite pula pasal epf, bla bla, bala bala. Akhirnya, tutup cerita tak payah kasi borang, duit daun kat epf pun ciput, tak layak lagi. Bla bla, bala bala cite pula pasal income kalau invest berapa, berapa tunjuk account orang lain, gitu gini, income dia pula gitu gini, boleh bayar keta tu.

Dong dang dong dang habis dua puluh minit borak dalam keta, di tangan daun masih memegang sebungkus nasi yang menunggu untuk di makan. Sekian terima kasih. Cari la orang lain, daun antara orang orang tak berduit nak invest.