Monday, August 16, 2010

Tak bangun sahur ke?

Macam macam ragam.
  1. Ada orang jam 12.00 malam dah sahur, sebelum tidur mereka makan siap siap, tak payah bangun bangun lagi terus tidur sampai pagi. Pinggan mangkuk pun sekali je basuh.
  2. Ada orang tidur dulu, ikut yang sebetulnya, bangun awal pagi, jam 4 dah bunyi kelengkung kelengkang, selepas makan tidur balik, ada juga yang jaga sampai pagi . Pinggan mangkuk selambak, sekali lagi kerja cuci mencuci.
  3. Ada orang bangun juga, bangun sekadar meneguk air, ada juga yang dah siap siap letak gelas tepi bantal, konon jaga je teguk air lepas tu tumbang balik.
  4. Ada orang langsung tak bangun sahur, malas nak bangun, kalau dah pejam mata tu jangan harap nak buka selagi tak pagi.
  5. Ada orang senang terjaga waktu orang sahur tapi tak lalu nak makan, sekadar pusing meja lepas tu tidur balik.
terbabas ke?

Dulu masa kecik kecik daun termasuk dalam kategori no 5, kemudian bertukar jadi no 1 dan sekarang bila daun sudah berani mengaku muda tua dengan sendiri dia bertukar menjadi no 2.

Bukan kerja senang nak bangun pagi masak atau panas apa yang ada, besar pengorbanan tu, nak pula kena kejutkan orang yang liat yang bangun. Kalau bangun tengok bola tu laju pula, tapi bangun sahur amat susah. Cabaran bulan ramadhan bukan setakat berpuasa saja tapi melayan orang makan sahur pun satu dugaan.

Sunday, August 15, 2010

Tidur di waktu pagi

Semalam hari Sabtu, seperti hari hari sebelumnya daun bangun sahur jam 5.00.  Panas apa apa yang patut, makan apa yang ada. Selepas subuh setelah selesai urusan cuci mencuri, mata mula layu, bantal macam memanggil manggil. Jam baru 8.00 pagi, apa lagi terus melelapkan mata, hari kerja memang tak ada peluang ni. Petang kita bergegas balik, paginya bangun lebih awal. Ini masa untuk balas dendam. Tup tup terjaga jam 11, memang merugikan. Ada juga daun terbaca, tidur di waktu pagi memang tidak baik, kita akan jadi malas dan tidak bersemangat. Waktu pagi sepatutnya dimanfaat dengan macam macam aktiviti lain bukan tidur.
macam memanggil manggil

Hari ini selepas urusan cuci mencuci selesai daun cuba untuk tidak tidur, selepas merayau rayau blog orang ,  terlena juga ketika menonton ceramah di tv. Tak lama, tak sampai sejam. Ha ha. Susahnya melawan panggilan bantal ni.

Friday, August 13, 2010

Patuhi undang undang

Rata rata kalau masuk blog orang semua cerita pasal puasa dan makan. Apa menu semalam, apa menu hari ni, apa menu esok, semuanya pasal makan makan dan makan. Memandangkan hari ni Jumaat, berdekatan office daun apa pasar siang yang menjual semua benda, kain baju, kasut, makanan dan macam macam lagi. Daun pergi tak sampai setengah jam, selepas beli kek susu kegemaran terus belah. Kalau lama lama pusing kan banyak pula benda yang berkenan. Bukankah undang undang (rekaan sendiri) mengatakan beli tidak lebih dari dua jenis kuih saja sehari.

Ini juga kesukaan.

Dua hari berpuasa ni belum ada lagi kuih atau makanan yang masuk tong sampah, semuanya habis licin. Semalam pun hanya beli sejenis kuih sahaja, tepung pelita.  Lauk pun sejenis saja, jangan banyak banyak, balik rumah tambah apa apa yang patut, sayur balik masak sendiri ( kedekut ke?) Sayur sayur yang kat kedai ni kadang kadang cincai je dia orang masak, tambah tambah sayur berdaun. Ada lagi rasa berpasir kalau tak basuh bersih.

Bukan semua orang yang menjual di gerai tu berniaga setiap hari, ada yang berniaga bila bulan puasa saja atau itulah pertama kali mereka berniaga.  Masak ala ala kadar saja, sedap tak sedap habis juga, ramai orang yang tak sempat sampai rumah sebelum maghrib terpaksa la beli. Ada juga orang yang setiap hari beli kedai, tak kira sempat ke tak sempat sampai rumah sebelum azan, bulan puasa dapur tutup.

Memandangkan daun telah menetapkan undang undang jangan membazir di bulan puasa, maka daun tidak meronda pasar ramadhan dari hujung ke hujung. Cukup setakat beli satu dua balik. Jangan toleh toleh, esok kan boleh datang lagi.


Thursday, August 12, 2010

Kenapa membazir?

Sehari sudah kita berpuasa, semalam daun sempat singgah di pasar ramadhan berdekatan rumah, alhamdulillah office daun membenarkan kita balik setengah jam awal, tapi macam mana nak balik kalau kerja belum habis lagi, kena juga tunggu jam 5, siap solat asar baru boleh berlumba dengan mereka yang juga balik awal. Cuaca pun baik kalau tidak jangan harap dapat berbuka puasa di rumah, selalunya azan berkumandang di tengah jalan.

Di pasar ramadhan terlalu ramai orang hingga nak tengok pun tak nampak apa, nak berjalan pun sesak. Daun telah menetapkan undang undang yang sama seperti juga tahun tahun lepas:

  1. Jangan membeli lebih dari 2 jenis kuih. Semalam beli satu saja.
  2. Jangan membeli lauk lebih dari 2. Semalam beli satu saja.
  3. Jangan membeli apa apa air yang berwarna warni di kedai. Tak beli apa pun. Daun memang pantang minum ais di bulan puasa.  Minum air buat kat rumah saja.
jangan beli nanti kenyang tak makan

Peringatan juga

  1. Selalu ingat apa yang ada kat rumah sebelum membeli, kat rumah dah ada sedikit sebanyak yang boleh di makan dengan segera, roti, kurma dan lain lain. (bunyi macam kedekut )
  2. Masak di rumah lebih baik. Setelah beli sejenis kuih dan satu jenis lauk terus balik tanpa toleh kiri kanan lagi.
Maka,

Tidak membazir pun, semua dimakan habis hingga kenyang dan tidur seawal jam 11 malam. Semalam semasa tengahari daun sempat mendengar tazkirah di surau, ustaz kata, syaitan tak dapat menggoda kita bila kita berpuasa tapi akan mengacau kita bila kita kekenyangan. Memang betul, bila dah kenyang tu tak dapat nak buat apa apa lagi. Perasaan malas tiba tiba datang. Selepas cuci baju satu bakul terus mata menjahit jahit. Zzzzzzzz

Wednesday, August 11, 2010

Puasa dan Makan

Berapa banyak kita boleh makan? Setiap orang ada muatan yang berlainan. Selera yang berlainan. Semalam, sempena menyambut puasa seorang kawan belanja daun di Hotel Equatorial, setelah beberapa kali tangguh akhirnya kita berempat berjaya juga sampai ke hotel yang berdekatan saja dengan office. Kalau bayar sendiri memang tak datang la, tak mampu. Perut daun bukan besar manapun , memang tak sesuai kalau makan buffet.

makan makan dan makan

Sebulan bulan puasa ni semua hotel memang ada promotion buffet ramadhan, dah bertahun tahun tak berbuka kat hotel, semakin kita tua rasa semakin selesa makan di rumah saja. Lain la kalau terpaksa datang sebab orang belanja. Sekali makan semalam 4 orang dah rm 300 ++, itu rm 70++ sorang. Kalau bayar sendiri memang rasa rugi, tapi kalau orang bayar apa nak buat, terima kasih saja. Dua kali round daun dah menyandar.


makan makan makan lagi

Bagi orang yang boleh makan 10 round tak ada masalah, mereka boleh pusing berkali kali. Muatannya besar, boleh kumpul banyak banyak. Mungkin juga mereka boleh memperbesarkan selera bila melihat makanan yang banyak, sama seperti bila kita berpuasa, tengok semua makanan sedap, semua nak beli, semua nak makan. Kalau boleh makan semua ok la, kalau esoknya buang dalam tong sampah, tentu membazir.

Hari ini kita akan lihat ramai orang berpusu pusu balik cepat, berkejar ke pasar ramadhan, baliknya semua jari penuh plastik. Sama seperti tahun tahun sebelumnya.

Friday, August 6, 2010

Kerja Kerja Kerja

Kebanyakan orang yang kerja pejabat cuti pada hari Sabtu tetapi masih banyak lagi syarikat yang bekerja pada hari Sabtu, itu kira ok la lagi sebab memang setiap minggu pejabat mereka beroperasi 6 hari seminggu.  Bagaimanapun malang bagi orang yang pejabatnya bekerja 5 hari seminggu tetapi pada hari Sabtu dia terpaksa pergi juga ke pejabat, kalau tak pergi, hari isnin nanti nak angkat muka pun tak sempat.

bila nak habis ni?

Kerja, kerja, kerja, kita mengeluh bila kita banyak kerja, kita juga mengeluh bila tak ada kerja nak buat. Sepatutnya kita bersenang senang di rumah pada hari Sabtu tetapi kita terpaksa melupakan agenda lain kerana terpaksa melangkah kaki dengan berat hati ke pejabat.  Kasihan mereka, tentu tidak mempunyai masa rehat yang cukup, fikiran pun tak tenang. Kalau duduk di rumah teringat kerja di pejabat, kalau duduk di pejabat pula teringat kain baju banyak di rumah.

Syukur, daun tidak termasuk dalam golongan yang terlalu sibuk ini, Sabtu Ahad masih lagi sempat terbaring depan tv, sebaik keluar dari pejabat pada hari Jumaat semua masalah atau kerja di pejabat di tinggalkan di situ, tunggu Isnin buka hari baru. Hari ini habis hari ini sahaja. Sudah jadi sejarah. Bukan semua orang bernasib baik begini, orang sibuk balik rumah pun masih teringat ingat apa seterusnya, apa seterusnya. Walaupun badan mereka di rumah tapi fikiran masih di pejabat.

Thursday, August 5, 2010

Susahnya berdisiplin

Hari ni 5hb, bila dah bayar hutang hutang semua ada la tinggal ciput je duit, dua ari lepas radiator pula rosak, keta yang dah tua memang gitu, kalau cakap kat orang, mesti dia orang suruh tukar keta baru. Ini memang sengaja nak menghancurkan niat daun untuk menyimpan.  Setiap kali kita nak memulakan untuk menyimpan duit ada saja halangan yang datang.

kalau tak tukar kan harus berasap tengah jalan

Itu adalah salah satu contoh alasan alasan yang kita berikan bila kita gagal ke bank untuk menyimpan duit. Halangan untuk menyimpan ini datang bila bila masa, ada masa dia datang sebelum gaji lagi.  Orang yang gagal dalam berdisiplin memang akan berkata begini :

Macam mana nak simpan duit? Baru nak simpan je ada saja benda yang perlu dibayar.

Memang susah nak menabung seperti tabungan paksa macam epf tu, dapat gaji memang dah bersih. Daun pernah juga tanya kat bank kalau buat standing instruction berapa pula charge? Kalau satu transaction rm 5, setahun dah rm 60, rugi tu bayar kat bank rm 60 buta je. Kalau buat quarterly, rm  20 je, tapi jauh sangat jaraknya, berapa pula nak simpan sebulan. Kalau simpan sendiri, memang alamat setiap bulan ada saja alasan tak dapat simpan. Sampai hujung tahun depan pun belum tentu boleh mula.

Disiplin memang payah, kecuali ada semangat yang kuat, orang lain simpan dulu sebelum belanja, kita amalkan terbalik, belanja dulu dah nak habis baru teringat nak simpan. Macam mana?

Sunday, August 1, 2010

Idea ?

Dah lama tak menjenguk blog, dah bersawang dah kot. Akhir akhir ini memang masa terhad, tapi orang lain pun ada masa 24 jam juga tapi mereka lebih bijak mengatur ruang. Agak hairan juga bagaimana mereka boleh laju up date blog, pula tu ada macam macam idea. Daun masih tak ada modal nak sembang di sini, dah lama tak up date ini, tak tau nak tulis apa.