Monday, May 31, 2010

Selera Terhenti

Daun bukan tak pernah makan masakan indonesia, ada juga sekali sekala. Bagaimanapun kadang kadang kita tertipu apabila semakin ramai orang yang menjual ayam goreng rempah di gerai gerai berpakaian sebiji macam orang melayu, muka sebiji macam orang melayu, tudung elok, baju ok la juga, bagaimanapun bila keluar je suara, bunyinya indon. Ok, tak apa lah lagi tu, bagaimanapun bila melihat je di sebalik gerai tu, dia memakai seluar yang singkat sampai mencecah lutut, terus selera terbantut.

Ada juga yang pakai baju kurung elok, tudung elok, muka cun, cakap memang la sah dialog indon, itu daun ampun kan lagi tapi melihat saja hidungnya bertindik, kukunya bercat hitam, terus selera tersekat. Ohhh, fesyen apakah ini...tak jadi la beli, balik rumah goreng telur lagi selera.

Kadang kadang tu terpaksa juga beli satu, sebab dah tak boleh undur, sudahnya masuk tong sampah..


lalu ke makan bila teringat kukunya gini

Sunday, May 30, 2010

Gula Habis !

Pagi tadi daun ke mini market, beli barang sikit sikit. Belum apa apa lagi  tempat gula sudah kosong, yang ada hanya tanda ini.

GULA HABIS

Sapa la yang datang beli gula sampai habis ni, atau pun tuan kedai sorok, tapi tak kisah la rumah daun ada lagi dua kilo tak usik, itu pun tahun depan belum tentu habis. Kita sama sama tunggu la tak lama lagi akan keluar berita tv, orang sorok gula ditangkap, sama macam tahun tahun lepas gitu juga. Tak serik serik mereka ni nak untung cepat.

Friday, May 28, 2010

Naik Naik Naik, Semua Naik...

Tengok je paper hari ni daun terus terbayang apa akan jadi ye, tahun depan ni..langkah jimat cermat macam mana lagi yang harus kita buat...
  • Gula. Nasib baik daun bukan penggemar minuman manis manis atau pun makanan manis manis, betul ke ni? betullll.... gula dua kilo bawa dari kampung masa kenduri hari tu tak habis habis lagi, yang pasti harga minuman akan naik kalau tak pun milo yang kita order kat kedai tu rasa macam air sejuk je.
  • Petrol. Sah la makin sardin lagi la kl sentral yang sedia sedia sardin tu. Pagi pagi petang petang, nak nak hala ke KLCC tu, bagaimanapun daun lebih selesa berkenderaan sendiri, daun tak suka menunggu, lagi pun semput la nak kejar mengejar train ni.
  • Gas. Nak kena beli dapur minyak tanah ni, tak pun dapur arang, hari hari bakar ikan masin dua ekor cukup la, kepala simpan petang. Dapur kayu sah tak sesuai untuk orang kl ni, nak cari kayu kat mana?.
  • Tol. Dulu boleh juga letak nama samy velu, sekarang tak boleh lagi. Nak marah sapa lagi, makin ramai la orang beli motor, cuba tengok kedai motor sekarang sesak je orang.
  • Hospital. Bayaran rm 1 tu pun ramai orang tak bayar, keluar ward gitu je, apa lagi rm 3, ramai lagi yang lari ni.
  • Pendidikan. Ini tak reti la pula macam mana, cikgu cikgu mesti lagi faham, apa yang free yang tak ada lagi tu?

Monday, May 24, 2010

Pertama kali

Semalam daun ada dijemput ke kenduri kahwin, maka jam 12 lebih daun dah gerak, singgah dulu di masjid berdekatan sementara tunggu kawan kawan sampai, jam 2.30 kita pun masuk dewan beratur di meja makanan. Tiba je giliran kita, lauk lauk dah licin, yang ada hanya kuah dan air sirap serta kek kecil kecil tu.

Daun tengok ada juga tetamu ambil nasi dan kuah je makan, kasihan mereka datang jauh jauh. Pihak caterer pula kata dalam 15 minit lagi lauk lauk akan sampai.   Timbul tanya tanya. ????????? Kenapa la caterer ni lalai tunggu sampai bekas tu kontang baru nak bertindak, baru jam 2.30 petang. Kemudian sedikit ayam goreng merah sampai setengah jam kemudian dan terpaksa dicatu. Tuan rumah mesti dah goyang orang ramai lagi datang.

Daun hanya diberi seketul kecil ayam goreng tu, tambah kuah sikit dah, nak komplen pun tak guna, makan je la apa yang ada. Kesimpulan dari kisah ini:
  • Sila datang kenduri seawal 12.00 tengahari, orang buka meja je terus serbu.
  • Kalau kenduri anak sulung memang saudara mara dan kawan kawan datang lebih ramai dari yang dijemput, kita pun terkejut.
  • Berhati hati memilih caterer, mereka yang kedekut memang masak ciput je, bayar mahal tu.
  • Sila makan di rumah terlebih dahulu untuk mengelak perut berbunyi.
  • Jangan menambah pening tuan rumah dengan bertanya jumlah tetamu yang dijemput.
Sudahnya kita singgah di kedai mamak selepas tu.

Sunday, May 23, 2010

Menanti Hari Esok

Esok daun dah mula kerja, cuti dah habis, dah tak boleh nak berangan angan lagi, maka hari ini daun dah terbayang bayang:
  • Wajah boss yang sentiasa nampak macam busy garang

  • Kerja yang menanti kalau tak bukit pun mungkin busut maka daun akan jadi macam ni

  • Kawan kawan yang bertanya "mana ole ole aku ?"
Ada ke? Macam tak de je

Saturday, May 22, 2010

Masakan Melayu di Melbourne

Senangkah mencari makanan kita di Melbourne? Ada orang tanya, maka daun senaraikan salah satu kedai makanan halal yang daun kunjungi. Restoren Che Nor, sempat lah dua kali menjamu selera di sini. Che Nor orang Singapura yang minat memasak, kebanyakkan masakannya ala ala Johor gitu, Che Nor buka restoren bukan sebab nak cari untung semata, lagipun hanya dia sorang yang memasak, lebihnya Che Nor hanya ingin menghabiskan masa tua dengan membuat benda yang dia suka disamping bersedekah. Kalau mampu apa salahnya. Kalau kita demam ke atau tak lalu makan boleh je telefon Che Nor, suruh dia masak bubur nasi, bukan semangkuk, tapi Che Nor akan masak satu periuk.

menu di dinding tunjuk saja mana satu.

alamat kedai che nor

Di sini makan di restoren sangat mahal, puratanya satu pinggan AU $ 10, kalau nak convert duit Malaysia lebih kurang rm 30 sepinggan. Mati kita kalau hari hari makan restoren. Bagaimanapun tengok lah banyak mana sepinggan tu, memang tak boleh habis, daun perut kecil, terpaksa tapau, dua kali pergi dua kali juga tapau separuh bawa balik makan di rumah, heran bagaimana orang lain boleh habis.

Che Nor, ini makan dua untuk orang, tak boleh habis ni

banyaknya nasi goreng ni

mee rebus pun seperiuk tu


mee hoon goreng pun sebukit

Masakan Che Nor semua sedap sedap, maklum orang suka memasak memang gitu, memasak dengan sepenuh hati. Orang suka datang sini sebab dalam restoren Che Nor ada surau untuk sembahyang, senangkan. Bagaimanapun bukan hari hari makan restoren kalau berjalan, ada masa kita bawa bekal berhenti berkelah di mana mana, lagi jimat.
entah kenapa nasi lemak ni sedap, ini pinggan yang kedua.
Alhamdulillah.....

Thursday, May 20, 2010

Pengotor

Ada orang kata kalau nak tahu seseorang itu pembersih atau tidak cuba lihat bilik air di rumahnya, tandasnya dan tempat mandinya. Jika bersih tempat ini maka pembersihlah penghuninya. Semalam sebaik sampai di lcct daun terus ke tandas yang pertama kita jumpa sebelum kita cop pasport.

Beberapa hari tak jumpa tandas yang ada paip memang seksa, kita terpaksa menggunakan tisu basah memanjang memang tak selesa, dah tu terpaksa bawa botol air untuk ke tandas. Bagaimanapun memang mengecewakan bila daun membuka pintu pintu tandas di lcct ini, kesemuanya mempunyai pemandangan yang tak sanggup dilihat.  Tisu bertaburan, pampers pun ada, tuala wanita yang menggelikan, lantai yang basah. Tong sampah yang melimpah. Oh tidakkkk.


Ini ialah tandas yang paling bersih daun jumpa di situ.

Nak tak nak terpaksa pergi ke tandas yang kedua di tempat menuntut bagasi. Pemandangan yang hampir serupa. Bagaimanapun terpaksa juga masuk. Tak kan nak tahan sampai ke rumah. Bagaimana agaknya pandangan orang luar bila sebaik sahaja mereka sampai ke Malaysia mereka jumpa tandas yang sebegini. Sungguh mengecewakan. Agaknya Tony Fernandes tak pernah masuk ke tandas di sini. Dia tentu sibuk promosi tiket.  Air Asia memang sesak, ramai penumpang transit di sini. Tambang yang murah menarik mereka untuk singgah di Malaysia sebelum meneruskan perjalanan ke negara negara lain. Tahun lepas untung selepas cukai Asia Asia rm 549 m berbanding Mas rm 4XX m.

Tandas awam kat mana mana pun kebersihannya memang tak seperti yang kita harapkan, cuba tengok tandas awam dekat jalan tar tu atau mana mana tandas awam sekitar kl yang memang memerlukan duit sebelum masuk. Siap ada orang jual tisu di depan. Kenapa dia panggil tandas awam kalau kena bayar? Daun jumpa tandas awam di Melbourne yang memang betul betul awam, tak perlu duit untuk masuk dan tisu pun free.

bersih di dalamnya

Tandas ini sesuai untuk lelaki, perempuan dan orang orang cacat. Cukup luas, kita cuma perlu tekan butang untuk buka pintu, tekan butang juga untuk tutup, kemudian speaker akan memberitahu kita ada maksima 10 minit untuk menunaikan hajat, seterusnya lagu lagu merdu akan berkumandang. Tekan butang juga untuk tisu, dia akan keluar sendiri. Tiada bayaran. Setelah selesai tekan butang pintu terbuka dan tertutup. Memang canggih,memang bersih, cuma ada daun daun luruh di luar kerana sekarang musim luruh.

p/s  daun pergi cuci tandas sekarang.

Friday, May 14, 2010

Sepanjang jalan kenangan


Kita pergi pasar sekejab, ada ke jual ikan gelama kering? Musim sejuk gini makan ikan masin lagi sedap, pasta, pizza daun kurang lalu.

Nak upload sekeping gambar ada 20 minit tunggu ... tak jadi la gini.... membazir masa... nanti balik kl la up load lagi cepat....

Kita cuci mata

Kita jalan jalan dan cuci mata sekejab, bukan selalu dapat bercuti, lupakan pasal balik nanti kena makan mamee lagi. Kosongkan minda, layan.............
.
.
.
.
.
.
.
Adoiiiii.......lembab betul pakai netbook ni, nak upload gambar lamanyaaaaaaaaa..... tak larat lah tunggu...

Wednesday, May 12, 2010

Boleh ke percaya?

Dalam marketing atau apa apa tanda pengenalan kepada sesuatu barang, label adalah penting, maka hanya dengan lihat label sahaja kita boleh tau apa kandungan atau rupa barang itu. Orang akan ingat apabila melihat kali kedua atau seterusnya.

betul ke ejaannya ni, ahh belasah la tapi orang kelantan panggil budu

Ada lagi barang yang daun labelkan seperti serunding, keropok segera, dan keropok tak segera


Kelam kabut last minit packing, akhirnya semua dah ready, kotak, beg dan lain lain, maka kita timbang kut kut nanti kena tambah duit


dalam perjalanan kita makan mamee.. boleh?


Busy memanjang kan, kepala pun dah weng weng, macam tak percaya akhirnya daun dapat bercuti


Maka seminggu ni tak jengok blog....ye ke..boleh percaya?

Sunday, May 9, 2010

Lari dari perangkap


Semalam daun singgah di Jusco, seorang dengan beg hijau tahan, chess set yang sama yang telah memerangkap daun tahun lepas, kali ini bukan rhb tapi sbb.

kak,.... free, free, percuma ni, ambil satu.
maaf, saya tak mau kad kredit,

terus belah

p/s .. daun tak sempat nak ke rhb tapi dah call customer service, cakap dengan lemah lembut, ala ala pelakun terbaik.

"saya ada terima statement dua keping, satu rhb tesco(visa), satu money travel (master) tapi saya tak pernah terima kad,(sebenarnya ada terima ) perlukah saya bayar tax rm 50 x 2 ni?"

bla, bla, bla, tung tang tung tang.

"ok , nanti kita cancel kan bayaran ini, sebab puan tak terima kad."

"ok,Terima kasih." jadi saya tak payah la pergi ke bank untuk cancel."

Teknik mengayat ini boleh dipelajari tapi kadang kadang dia datang semula jadi.

Friday, May 7, 2010

Pening Pening Pening

To Do List
1.xxxxxxxxx
2 xxxxxxxxx
3.xxxxxxx
4.xxxxxxx
5.xxxxxxxxxx
6.xxxxxxxxx
7.xxxxxxxxxx
8.xxxxxxxxxx
9.xxxxxxxx
10.xxxxxxxx
11.xxxxxxxxxx
12.xxxxxxx
13.xxxxx
14.
15.
16.


Pening pening pening

Thursday, May 6, 2010

Perjalanan yang sia sia

Tadi setelah beberapa hari menangguhkan untuk mengambil barang di rumah anak saudara daun, maka selepas maghrib daun telah bertolak ke rumahnya. Memang hujan agak lebat tapi memandangkan masa amat terhad sekarang terpaksa pergi juga. Kalau semua benda nak buat pada hari sabtu atau ahad memang tak sempat.

Sebaik sahaja melepasi tol upm kawasan itu agak gelap, ada selekoh di situ dan selepas selekoh hala ke kl balik dan ke jb, kalau kita tak bersedia dari awal memang akan tersalah jalan. Semasa daun hendak masuk ke laluan yang betul tiba tiba lampu kereta di depan nampak putih, bermakna dia mengundur. Keadaan hujan memang tak nampak dari jauh, secepat kilat daun pusing stering ke kiri masuk jalan ke kl, kalau tidak nyaris melanggar kereta itu.

Ohhhh, selamat.... ini memang perbuatan bahaya, mengundur ke belakang di selekoh kerana tersilap jalan memang kerja gila, membahayakan nyawa orang, malam pula tu. Jangan fikir diri sendiri saja. Tak pasal pasal daun terpaksa masuk kl balik. Hujan yang sangat lebat hingga sukar melihat signboard menyebabkan daun terlepas simpang ke sungai besi, terpaksa jalan terus. Highway mana boleh suka suka hati u turn, entah macam mana daun dah sampai ke jalan ke kerinci dan melalui tol, seterusnya ke jalan bangsar. Terus daun telefon.

" Aku tersilap jalan ni termasuk simpang lain sekarang dah jauh nak u turn, hujan lebat pula tu, esok la datang."

" Ok , tak apa, lain kali pun boleh"

Bunyi dia macam dia tak memasak tunggu daun datang. Kesimpulannya akibat tersilap jalan itu daun kena bayar tol rm 1.60 + rm 1.30 untuk balik semula ke rumah.  Akhirnya masuk seremban melaka highway sampai balik rumah. Memang membazir masa kan. Jam menunjukkan 9.00 malam, malam ni memang sah tak masak, untuk memanaskan malam yang panas sejuk ni, daun behenti kedai beli sup ekor. Dah.

Tuesday, May 4, 2010

Biar betul..ni

Lebih kurang setahun lalu daun ke pc fair di KLCC, tujuannya nak beli broadband yang jalan macam siput ni. Entah bagaimana daun termakan pujuk salah seorang agen kad kredit RHB yang ada kat situ. Selalunya daun tak layan orang orang yang bagi barang free gini, mereka memancing kita dengan macam macam barang free tapi dengan syarat isi borang kad kredit. 

Mulanya daun tak mahu tapi tertarik pula dengan chess set yang dipamirkan di situ. Memang cantik. Maka daun isi borang tu dan angkat set tu balik. Mereka bagi yang baru, dalam kotak dan belum dibuka. Apabila sampai di rumah di dapati set itu ada pecah sikit. Nak pergi semula ke KLCC semata mata nak tukar set tu memang tak berbaloi, maka daun ambil keputusan campak kan saja dalam tong sampah. Kalau plastik ok di simpan tapi set kaca ni bimbang bahaya pula.

Tidak lama kemudian daun terima surat kuning dalam post box, menandakan ada barang yang perlu daun ambil di pejabat pos, daun telefon tanya mereka kata surat dari rhb. Daun biar saja, tidak lama kemudian daun terima surat kuning kedua dalam post box menyuruh ke pejabat pos lagi, daun biarkan juga. Tidak berapa lama kemudian dari terima surat dari rhb beserta dengan kad. Daun tidak buat apa apa dan tak pernah guna kad itu. Tidak pernah bawa kad itu kemana mana. Selepas itu tiada lagi surat dari rhb.

Hari ini daun terima surat, bil rm 50 perlu dijelaskan. Ini sah tax. Daun sangka daun hanya ada kad pbb yang perlu dilangsaikan segera, rupanya ada satu lagi menyorok dan muncul tiba tiba. Esok daun akan ke rhb menyelesaikan masalah ni.

Pengajaran dari cerita ini, kadang kadang kita lupa apa kita dah buat hingga la satu hari baru kita sedar bila ada orang mengingatkan. Kalau tak di potong dengan segera tahun depan rm 50 itu akan datang lagi.

Kredit kad, nyah kau, .... tak mahu lagi.

Monday, May 3, 2010

Lepas Satu Tugasan

Rasanya macam dah sebulan tak up date blog, memang akhir akhir ni daun busy, konon maka hari ni baru berpeluang menjengok sana sini. Hari ni juga memang rasa nak pergi merayap kat jusco tapi cuaca yang cukup panas hari ni macam tak sesuai pula, baik duduk rumah basuh baju. Kepala pun macam nak berasap, bahang tengahari memang tak boleh tahan.

Hari panas gini memang bagus untuk jemur kain tapi rimas bila kita berada dalam rumah yang tak mampu beli tak ada air cond, bahang panas itu membawa hingga ke malam, maka mula lah daun berangan angan alangkah bagus jika sekarang :
  • Salji tiba tiba turun di sini. Memang angan angan ni gila tapi cuaca panas ni elok kita bayangkan benda benda sejuk. Baru nyaman sikit.

 

  • Tiba tiba daun mendapat hadiah harijadi yang paling diperlukan pada masa sekarang. 3 biji air cond paling canggih jenama LG. Memang tak boleh belah angan angan ni  sebab kali terakhir daun mendapat hadiah hari jadi adalah lebih 10 tahun lepas itu pun key chain saja.


  • Shower di rumah daun menjadi sangat besar dan laju. Memang seronok mandi lama lama musim panas ni. Shower sekarang tekanan air rendah maklum lah air free di negeri Selangor, rasanya mandi gayung lagi puas hati.

Angan angan ni bukan apa, cuma saja saja nak sedapkan hati, sejukkan badan, lama lama berpanas boleh berasap juga. Naik pening kepala kita, agaknya daun perlu ambil cuti, sibuk memanjang tak boleh juga, kalau selalu sangat berangan angan gini agak bahaya, sudah sampai masa berehat sekejab, hari ni rasa ringan sikit kepala sebab satu tugasan sudah selesai, tapi cuaca panas malam ni membuat daun pening, tambah tambah pula tadi daun hentam buah durian. Memang bertambah panas.