Sunday, November 29, 2009

Makan Organ Dalam

Dulu masa kecil, paling suka hati ayam, hati lembu kurang suka, makan juga, tapi tak sekerap hati ayam. Bagaimanapun sejak mendengar cerita seorang speaker semasa berkursus lebih kurang sepuluh tahun lepas, tahun 1999/2000 gitu,keinginan memakan organ-organ dalam telah kurang. Kata speaker tersebut emaknya umur 70 lebih, seumur hidup tak pernah dapat penyakit.

Makan memang dia jaga betul, kurang makan yang berdaging, banyak makan sayur dan buah-buahan. Kalau makan daging semua lemak-lemah dibuangnya. Tak kira ayam ke lembu. Kulit ayam pula semua dibuang sebelum dimasak. Organ-organ dalam langsung tak disentuhnya. Anak anak pun diajar begitu.

Makanan segera paling dielakkan, dia jarang makan diluar. Wah... mendengar cerita speaker tu...ana terus bersemangat untuk ikut jejak langkahnya. Lagipun maggi memang ana tak suka dari dulu, tak payah la offer. Bab organ dalam ni pula, banyak kalau nak disenaraikan. Boleh ke kalau nak skip semua?
  • Hati
  • Jantung
  • Paru-paru
  • Perut
  • Hempedal
  • Buah pinggang
  • Jantung
  • Buah pinggang
  • Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
  • Telur ikan.

Banyak tu,

... fikir fikir, ....boleh... skip semua ni.... Jangan makan! Habis cerita. Lagipun ana suka makan ikan dari daging lembu atau ayam, lembu import tak suka, lain rasanya, maklumlah orang kampung. Kambing tak payah kasi, tak lalu. Cuma tak boleh elak kalau hari Raya korban, dua tiga hari memang tak ada lauk lain, daging, daging, daging dan daging. Terpaksa juga makan organ dalam sekali setahun.

Banyak blog memperkatakan tentang pertembungan antara sains dan islam tentang organ dalaman ini. Salah satunya dari bujangsusah tapi tak ada disertakan hadis yang mengatakan larangan memakan organ dalaman ini. Satu hadis yang ana jumpa ada di blog umaralfateh

“Dihalalkan untuk kita (umat Islam) dua jenis bangkai dan dua jenis darah, adapun dua jenis bangkai itu ialah ikan dan belalang, manakala dua jenis darah itu ialah hati dan limpa.” (Hadith riwayat Ahmad 2/97, dan Ibn Majah, Kitab al-At’imah, bab al-Kabid wa al-Tihal.

Hati mempunyai banyak kelebihannya tapi ia juga menyumbang banyak cholesterol. Panjang nak cerita di sini. Broadband pun mengada ngada kejab ada kejab putus. Tunggu la esok bayar. Sila baca tulisan Dr.Umaralfateh,yang pasti ana hanya makan organ dalam ni setahun sekali bila musim Raya Haji sahaja.

Friday, November 27, 2009

Raya di sini

Tahun ni raya jatuh pada hari jumaat, ada tiga hari masa, jumaat, sabtu dan ahad. Tak ambil cuti. Ana mengambil keputusan "stand by" tidak balik kampung. Berdasarkan alasan alasan berikut.

  • Cuti hampir habis, sekarang dah hujung tahun.
  • Sekarang musim hujan di Kelantan.
  • Radiotor kereta rosak, dah service 2 hari sebelum raya, meragam lagi ke?
  • Roadtax kereta expire 29hb, bagaimanapun semalam berjaya renew.
  • Tak ada orang marah kalau tak balik. Kedua ibu bapa telah meninggal dunia.
  • Kawan ana kata kalau balik pun menghabiskan boreh aje. Dia gurau sebenar tu.

Jadi hari ni ana pergi sembahyang raya di sini. Surau dekat taman ana cepat sangat, sebelum pukul 8 pagi dah sembahyang. Banyak kot lembu nak disembelih selepas ni. Pergi surau taman sebelah, suraunya lebih besar...ramainya orang...melimpah limpah sampai keluar. Bahagian perempuan Alhamdulillah ada ruang, lagipun orang perempuan selalu bawa kelengkapan yang cukup,sejadah kain semua. Tikar tikar yang terbentang diluar semua dah penuh orang,ramai yang bentangkan sejadah atas rumput, yang tak bawa sejadah, sekadar melihat je orang sembahyang.

Memang selalupun, sembahyang raya haji cepat daripada sembahyang raya aidilfitri, kambing yang bertanduk pusing pusing dah ready beberapa ekor untuk disembelih, sedang berehat di tepi surau. hari ni hari kambing, esoknya baru sembelih lembu, ada tujuh ekor sedang menunggu. Jadi apa aktiviti hari ni selain daripada mendobi, makan dan menonton tv?

Wednesday, November 25, 2009

Banjir dan Banjir Kilat


Banjir kita dah biasa dengar, bagi orang pantai timur, banjir memang dah biasa. Bagaimanapun orang Johor, orang Kedah, orang Penang dan lain lain negeri pantai barat pun dak merasa siksanya bila banjir melanda. Cuaca sekarang dah tak mengenal negeri, tak mengenal masa lagi, semua dah bertukar tukar. Siksanya menjadi mangsa banjir ni hanya orang orang yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu. Kalau setakat menonton tv, membaca di suratkhabar, tak cukup untuk menyelami kesusahan ini.

Di KL ni menjadi mangsa banjir kilat dah biasa. Pengalaman pertama dulu kat Kg Baru, lama dah. Masa tu era Mahathir. Sungai Kg Baru disempitkan dan putra lrt Kg Baru tengah dalam pembinaan. Balik office, sesampai je kat jalan masuk Kg Baru orang sangat ramai. Air dah melimpah sampai Jalan Raja Abdullah. Unit DBKL dah sediakan bot untuk balik ke rumah memasing. Kg Baru tenggelam. Itu lah kali pertama ana naik bot dalam bandar. Nasib duduk rumah flat, sesapa yang duduk rumah bawah tu memang kesian.

Seorang kawan ana yang baru beli kereta sanggup meredah air paras pinggang nak menyelamatkan keretanya. Malang, tak sempat. Dah tenggelam. Harus dia mandi dettol malam tu. Bayangkan air longkang semua bercampur. Bunyi alarm kereta riuh rendah di mana mana. Menjelang tengah malam air surut. Masa untuk menimba air dalam kereta keluar. Mencuci rumah dan kereta memang memenatkan. Sesapa yang rumah bawah,tilam bantal semua kena tukar, belum kira lain lain lagi,kusyen, carpet, pakaian, kabinet dapur pun rosak.

Esok bila kita pergi melawat kawan yang rumah bawah, kita gelak separuh hari, entah macam mana buah epal yang dalam peti ais dia boleh ada dalam longkang. Hebat betul kuasa air. Ini bencana alam. Dia datang dalam sekelip mata. Bila bila masa tanpa diduga.

Tuesday, November 24, 2009

Sotong kering

Memandangkan hari ni ada kawan hantar email pasal sotong kering, di sini ana sertakan untuk bacaan. Memang dah tau pasal sotong ni, tapi kekadang makan juga.

Gambar atas, ialah sotong kering. Kalau dibakar atau dimasak sambal, sedap oooo!!! Sedarkah anda, selalu makan sotong kering lebih merbahaya dari merokok. Dalam mazhab Hanafi, sotong adalah haram dimakan. Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat .
Ini dipetik dari kosmo tak tau la bila datenya:
Oleh NIZHA PERIASWAMY nizha.periaswamy@kosmo.com.my PEGAWAI penyelidik CAP, Hatijah Hashim menunjukkan sotong kering yang didakwa dicemari kadmium di pejabatnya di Pulau Pinang semalam.
GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal. Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam. Menurutnya, selain sotong kering, makanan laut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya. CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan. Dah lama ya tak baca utusan pengguna ni, dulu selalu nampak kat kedai buku, sekarang entah ada ke tak. Persatuan Pengguna yang paling aktif adalah dari Pulau Pinang, banyak juga buku buku keluaran persatuan ni di kedai kedai. Kita je yang tak nak beli dan baca.

Sunday, November 22, 2009

Menjelang hujung tahun

Antara tabiat ana yang masih ada sampai sekarang adalah mengumpul duit siling. Apabila sampai di rumah perkara pertama adalah memasukkan duit siling dalam tabung. Berat la nak bawa duit siling. Simpan di rumah je. Akibatnya bila tabung dah penuh, terpaksa kira dan hantar ke kedai untuk ditukar. Kebanyakan kedai runcit sekitar taman ni dah kenal muka ana. " Kalau nak tukar hari hari pun boleh,besok boleh bawa lagi."
Penat sebenarnya mengira duit siling ni, dua hari cuti ni tak de kerja lain, memandangkan insuran kereta akan expire dua tiga hari lagi, terpaksa mengira sampai habis. Cukuplah untuk renew tahun ni. Bertahun tahun mengira duit siling. Dah naik malas dah. Mulai tahun depan tak mahu lagi menabung duit siling. Dah tetua ni tak upaya lagi nak membilang. Menyimpan duit kertas mungkin lebih ringan tetapi kurang selamat, sebab selalu buka bila hujung bulan. Macam mana tu?

Friday, November 20, 2009

Hujan


Dah beberapa hari hujan, hujan,hujan dan hujan. Sebagai seorang yang tak menggunakan mesin basuh, keadaan ini agak parah. Rumah ana dah penuh kain. Kiri kanan semua kain. Sekeliling kain. Macam mana ni masih boleh lagi bertahan. Kain yang besar besar je hantar dobi. Tak muat tempat nak jemur dah, rumah ana maklum la kecil je. Ruang sempit. Hanger semua berguna.

Kalau hujan ni tak ada ingat lain, hujan mesti lebih lapar, nak nak kalau hari cuti. Apa lagi yang boleh di makan ni, kalau ada goreng ubi keledek pun sodap.



kalau lapar habis ni

Tapi kalau kat kampung kurang laku sikit. Ubi kayu rebus la lagi best. Ada orang suka makan dengan kelapa parut, ada suka makan dengan sambal ikan bilis, tapi orang Kelantan simple je, makan cicah gula. Teh O secawan. Ahhhh.... nikmatnya Malaysia.

gambar curi.

Ni makan sambil tengok drama Nur kasih sah habis sepinggan. Esok ana plan nak pergi cari ubikayu sikit. Sah dua tiga hari ni hujan lagi.

Monday, November 16, 2009

Lambaian Kaabah


Semalam seorang kawan ana telah berlepas ke Mekah, dia register tahun 2005,itu pun pergi dengan pakej. Keutamaan kepada orang yang berumur, kalau register dengan ibubapa atau mereka yang lebih berumur, peluang lebih cepat. Confirmation baru terima minggu lepas.Kelam kabut siap barang barang.

Lusa seorang lain kawan akan menyusul, dia lagi tergesa gesa, confirmation 13 hb, pergi 18 hb, macam mana tu, dari tahun lepas menunggu nunggu, dapat tak dapat,dapat tak dapat. Tuhan menduga kita, kesabaran kita,persiapan kita. Ana nampak dari tahun lepas dia dah pakai stokin. Tutup aurat. Harapannya tahun lepas dapat, tapi gagal,tahun ni last minit dapat juga. Alhamdulillah. Kita bila?

Dulu zaman datuk ana, tahun 196o an, ke Mekah dengan kapal laut, naik di Pulau Pinang. Pergi 15 hari balik pun 15 hari perjalanan, sempat lagi belajar tentang haji di atas kapal. Berbulan lamanya tinggalkan rumah, berpisah dengan keluarga masa tu memang menyedihkan, maklum dulu tiada alat komunikasi macam sekarang. Pergi ke Mekah seolah olah kemungkinan besar tidak akan berjumpa dengan keluarga lagi. Mungkin akan meninggal di sana. Suasana pilu bila orang azan masa nak turun tangga, saudara mara ada yang hantar sampai Pulau Pinang dan dapat title Haji Pulau Pinang.

Dulu tiada beg roda macam sekarang, dulu barang barang letak dalam kotak besar yang di buat sendiri, takut kotak pecah dan barang-barang bertaburan, mereka membuat jala, disarungkan ke kotak untuk senang angkat juga. Banyak lagi datuk ana cerita, tapi dah tak ingat sebab masa tu ana kecik lagi.

Friday, November 13, 2009

Kesetiaan

Lain orang lain tafsirannya,tentang kesetiaan,yang bukan hanya terhad kepada kasih sayang, tapi banyak lagi melibatkan perkara lain yang tidak kita sedari. Mengapa pemikiran kita terbatas kepada perasaan sahaja, sedangkan di sekeliling kita kebanyakannya berkaitan dengan kesetiaan.

Bulan ini genaplah sebelas tahun umur kereta ana, tidak terlintas sedikit pun niat untuk menukar kereta lain. Warnanya,seatnya,masih sama. Walaupun ramai yang mengutuk,ana buat tak kisah,prinsip ana sangat mudah:

  • Siapa pakai ?

  • Siapa bayar ?

Kenapa perlu pening kepala memikirkan untuk memuaskan hati orang? Sedangkan jawapan kepada dua soalan di atas adalah diri kita sendiri. Berapa ramai orang menyuruh tukar kereta lain,tanpa memberi sedikitpun sumbangan,mereka mengharapkan hati mereka puas, mata mereka senang melihat. Adilkah? Mereka tidak sedar kesetiaan ada disini.

Orang yang lama tak jumpa selalu bertanya nombor telefon ana, "berapa nombor? " " nombor sama dengan dulu... tak pernah tukar." " betul ke?" Mereka curiga atau tidak percaya, mungkin salah satu. Mengapa perlu tukar benda yang tak perlu. Mereka tidak sedar ini juga kesetiaan.

Thursday, November 12, 2009

Nombor ekor

Ana tak tahu pasal nombor ekor, orang selalu sebut 4D, jack pot dan entah apa lagi, ana hanya melopong tak tahu. Bagaimanapun sejak berpindah office dan duduk berdekatan dengan peminat 4D, sedikit sebanyak terdengar perbualan mereka.

" Hello, hari ni cabut, mahu angkat ke?"

" boleh kirim? ini nombor, ini duit"

"kalau kena ni nak angkat motor sebiji"

"8733, eh, itu nombor motor aku tapi terbalik"

"3987. satu hari fikir nombor ni, orang lain yang kena"

Itu adalah antara perbualan kaki nombor, pagi pagi sesampai je office tak ada topik lain, nombor,nombor,nombor. Hanya nombor, agenda lain kurang penting. Beli dan harap akan naik nombor tu. Kaki nombor bukan saja orang bukan islam, muslim pun sama tergila gila nombor. Bulan puasa pun berani pergi beli. Puasa lain kira nombor tetap jalan. Nasihat pun tak ada kesan apa apa.

Hari ini salah seorang daripada mereka dari pagi tersenyum gembira. Nombornya naik. Siap tanya " U mahu makan apa? I mahu belanja, I tahu u mesti tak mau. tapi I mahu tanya juga"
Minta maaf ya duit menang nombor tak payah belanja, terima kasih je. Beberapa tahun dulu ana pernah pergi ke rumah seorang kenalan, dia baru masuk rumah baru. Sedang sedang borak, dengan selamba dia bagitahu, sofa cantik yang ana sedang duduk tu, harga 3k tu, dia orang beli menang nombor. Macam mana tu?

Lamaaaa dulu, masa ana kat Alor Star tunggu bas nak balik KB dalam pukul 8.00 gitu, ana lepak lepak dulu tunggu masa, lepas magrib kedai kedai dah tutup kat Alos Star. Kebetulan dekat stesen bas tu ada kedai toto. Tetiba sebuah kereta berhenti depan kedai toto, heran mana nak pergi pak cik ni, dia pakai baju melayu dan kopiah. Buka pintu keta dengan kain pelikat nya dia menuju ke kedai nombor tengok white board yang ada depan kedai toto, ana tak faham apa, cuma nampak nombor nombor je kat white board tu. Lepas seminit pak cik tu terus belah.

Gila nombor tak kenal siapa.

Tuesday, November 10, 2009

Jom join kita

Tadi ana terserempak kawan yang ada la 4 ke 5 tahun tak jumpa.

" eh, dulu bukan kah...... kerja mana sekarang?"

Itu adalah dialog biasa apabila jumpa kawan lama hilang.

" Mana kad... kasi ..nanti boleh calling calling..."

Seperti biasa ana menjawap " no lama la.. mana ada tukar" Nombor hp ana tetap sama sejak celcom ditubuhkan. Tak pernahpun tukar...celcom je tak pernah nak bagi diskaun.

Buat apa sekarang? Lama tak nampak... tak buat sales lagi ke?

Penat ya menjawab soalan ni.."Dah pencen.."

"Kenapa tak nak buat lagi.. kita dah maju sekarang.. jom join kita..."

Larikkkkkkkkk....

Begitulah perbualan bila lama tak jumpa kawan kawan sales dulu. Kira kira dekat setahun ana mengundur diri dari sales. Penat rasanya. Memula slow dulu, lama lama baik diam terus, bukan senang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Dah biasa ada duit dalam account tetiap bulan... sekarang tak ada lagi ..kering juga rasanya. Bagaimanapun mengenangkan faktor umur,masa,tak sesuai dah rasanya berada dalam bidang sales lagi. Kasi lah peluang pada orang memuda pula.

Biarlah ana simpan je sesijil tu semua, travel dah tak larat sekarang, letih la jam, bayar parking,baik duduk rumah je. Kalau ada orang datang kedai ana ni ada la rezeki.

Monday, November 9, 2009

Letih Menunggu

Hari ini ana ke Putrajaya, jabatan imigresen, ini lah pertama kali ke imigresen Putrajaya, dulu senang je dekat Wilayah kompleks, sejak 2005, bila Putrajaya di buka, cawangan Wilayah Persekutuan di Kompleks Wilayah dah pindah ke Damansara. Cuma ada cawangan kecil ada kat Wangsa Maju jauh juga. Senang senang cerita pergi lah Putrajaya dekat sikit dari rumah. Kononnya kalau nak ke pejabat kerajaan mesti pepagi. Maklumlah lama menunggu. Itu ini ,begitu begini, pukul 9 lebih juga baru keluar rumah,pusing pusing cari rupanya kat presint 2. Tawaf 2 kali baru jumpa. Nak renew passport, siapkan dulu:
  • dua keping gambar

  • satu i/c photostat

  • passport lama

  • isi borang

Baru dapat nombor giliran. Jam pukul 11.01 pagi, tunggu sejam lebih sikit baru panggil, sejam menunggu memang seksa. Kenapa la Putrajaya ni bagi ruang sempit je untuk orang buat passport. Kerusi ada 40 je,(Siap bilang tu), yang datang beratus sehari. Orang melimpah keluar. Bahagian pekerja asing,pembantu rumah luas pula ruangannya. Tak faham apa yang diberi keutamaan susun atur mereka.

Bayaran untuk 5 tahun rm 300, memang mahal, sekarang kalau nak murah ambil 2 tahun je rm 100, bukan selalupun ana pakai passport ni. Ingat dedulu rm 60 je. Tahun bila entah, masa Anwar Ibrahim jadi menteri kewangan dia naikkan rm 300, kononnya hanya orang yang berduit je yang pergi luar negara. Ana tak nampak betul pun idea dia tu, bayangkan orang Malaysia yang pergi haji setiap tahun lebih kurang 25 ribu orang, mungkin separuh darinya tak pernah pergi luar negara pun, untuk pergi haji sekali kena rm 300. Kaya kan imigresen.

Lepas sejam menunggu, baru dia panggil, cap jari gitu gini,buat bayaran, baru dapat resit. "Tarikh kutipan 09/11/09 : 2 jam selepas waktu bayaran" Masa tu pukul 12.06 tghari. Tunggu lagi,..... baik pergi makan dulu ...lah.. pusing pusing kedai.

Pukul 2.25 baru dapat passport. Akhirnya. Lega lama menunggu berakhir. Baru nak keluar bangunan hujan turun dengan lebatnya, setengah jam...belum berhenti... adoiiiiiiiiiii....tunggu lagi..

Saturday, November 7, 2009

How to say 'no'

Di dalam entry yang lepas ana ada bercerita tentang guarantor Bank Rakyat. Bagaimana ana menolak harapan seorang kawan. Susah sekali untuk mengatakan 'no'. Bagaimanapun perkataan 'no' itu telah menyelamatkan ana dari terjebak dalam permainan ini. Berapa ramai guarantor yang terpaksa membayar hutang orang lain, sedangkan peminjamnya buat tak kisah atau melarikan diri. Pergi cari kat rumah dah pindah, kahwin pun tak jemput. Ghaib begitu saja.

Berikut adalah kata kata cantas yang boleh melemahkan harapan kawan yang datang untuk minta kita jadi gurantor:

  • aku dah jadi guarantor si A, kau tak nak kenal dia, tengok muka aku pun dia tak berani sekarang, kau nak jadi macam tu?-cakap dengan suara yang kuat walaupun sebenarnya menipu.

  • Aku sangup putus kawan daripada menjadi guarantor kau.-cakap dengan suara yang kuat walaupun menipu

  • Aku memang tak layak jadi guarantor kau,sebab aku sangup hantar kaki pukul kalau kau tak bayar -cakap dengan suara yang kuat walau pun menipu

  • Aku sanggup bayar iklan besar letak tepi jalan minta orang jadi guarantor kau- cakap dengan suara yang kuat walaupun menipu.

Memang gerenti kata kata cantas ini akan melemahkan semangat orang, bagaimanapun kata kata sahaja tak menjadi mesti dengan muka yang garang.


Thursday, November 5, 2009

Guarantor Bank Rakyat

Beberapa tahun lepas ana pernah didatangi oleh seorang kawan. Dia datang membawa hajat yang besar.

"aku nak minta tolong kau, jadi guarantor aku kat bank rakyat,aku nak pinjam duit dalam 10k, aku nak buat business sikit, kau jangan risau aku akan bayar... bla bala bla......."

Lama ana termenung, dia tambah lagi" aku tak akan lari kau jangan risau"....ana masih termenung, tanya serba sikit,tapi masih belum buat keputusan ya atau tidak. Ihhhh budak ni, ana tau rumah sewanya, rumah kampungnya,familynya,ligat kepala fikir itu ini,jika ya macam mana, jika tidak macam mana. Susahnya nak kata "NO" pada seorang kawan.

Kisah kawan naya kawan jadi guarantor dah banyak berlaku,akan berlaku dan terus berlaku. Akhirnya ana buka mulut " Minta maaf la, tak dapat nak minta tolong kau, kau cuba minta orang lain"

"ok, tapi kau jangan cakap kat orang tau aku datang jumpa kau minta kau jadi guarantor, tolong jangan bagi tau orang ya"

La gitu pula permintaan dia. Kalau betul dia nak pinjam kenapa nak sembunyi sembunyi takut orang tau...Tengok dalam paper company A hutang rmXXX, company B hutang rmXXX,
siar besar besar,Mara pun siar nama orang tak bayar hutang, apa nak malu dah kita nak hutang.

Sekarang sudah berapa tahun ana tak jumpa dia, mana entah hilang, kerja kat mana, tinggal kat mana. Hilang betul.

Tuesday, November 3, 2009

Blackout


Semalam semasa ana masuk parking lebih kurang pukul 9 gitu tetiba aje blackout. Satu taman tetiba gelap. Dah lama dah tak blackout kat taman ni, mana lilin simpan kat mana entah. Masa ni juga la ada jiran baru nak pergi kedai cari lilin. Blackout je terus pergi dapur nyalakan api gas dulu, cerah sikit. Memang dah tabiat agaknya,lilin simpan di dapur. bekalan lilin sempat la 2 tiga hari. Masa ni mana ingat lighter kat mana, walaupun tak merokok lighter,mancis semua ada. Senang.

Apa benda yang boleh buat dalam gelap ni selain daripada membaca blog, nak post entry,blackout, no idea. Bateri pun boleh tahan berapa lama je. Baca setengah jam mula rasa mengantuk, dalam lebih kurang sejam baru lampu terang semula..

Terfikir apa lagi barang barang perlu masa kecemasan yang tak ada lagi dalam rumah ana. Buat masa ni cuma ada seperti berikut:
lilin

fire extinguisher

parang kontot

Apa lagi?... cuba bagi cadangan...

Monday, November 2, 2009

Diskriminasi status

Kita selalu dengar tentang diskriminasi, selalunya yang sering terjadi ialah diskriminasi kaum dan jantina. Jarang terdengar diskriminasi status ni, ia cuma dirasai oleh orang bujang. Orang berkeluarga selalu mengambil kesempatan menidakkan keperluan orang bujang. Sebagai contoh,
" engkau kenapa tak cukup duit, makan bukan banyak pun, bujangkan" Orang berkeluarga lupa orang bujang juga ada keperluan lain, selain dari makan. Sama seperti orang berkeluarga, ada bil yang hendak dibayar. Rumah,kereta,bil air,bil elektrik,telefon,mantainance, semua bagai lah. Mana ada beza. Ada ke bank bagi diskaun untuk orang bujang? Sama je.

Contoh kedua, " kau bujang, nah ambil aku bagi dua biji je, itu pun belum tentu habis" Kenapa orang berkeluarga dapat sebakul, bujang dapat 2 biji je. Mana aci, orang bujang juga nak makan sebakul, tak pun boleh bagi jejiran atau kekawan. Kita mungkin seorang tapi ada orang kiri kanan.

Contoh ketiga, " untuk kau tak de, ni untuk orang ada anak je" Selalunya hanya orang berkeluaga yang dapat hadiah atau saguhati apa apa. Bujang tengok melopong je. Mana keadilan?, ada ke hukum macam ni?

Contoh keempat, " buat apa nak datang rumah kau , bukan ada apa pun" Rumah orang bujang jarang mendapat perhatian, kononnya tak meriah, Tak ada barang apa nak makan, peti ais tak penuh, sedangkan orang bujang selalu buang barang sebab expired tak habis nak makan. Nak beli sikit tak sampai hati.

Contoh kelima " disebabkan kau bujang, rasanya kau yang patut contribute paling banyak" Sekali lagi menjadi mangsa, kononnya duit kita paling banyak dan tak ada tempat nak tabur. Kejadian ini biasa berlaku time raya. Banyak keluar dari masuk. Akaun kita tak balance. Negative.

Kenapa diskriminasi?