Sunday, September 26, 2010

Diam Diam Di rumah

Hari ini memang tak ada aktiviti, beberapa hari busy, hari ni lepak memanjang, baru ada masa jenguk blog , musim raya ni tak ramai orang up date, hanya baca beberapa blog tak larat nak tinggal jejek. Nasib baik TM ada sebut pasal peti ais, dah lama peti ais kat dapur tu tak cuci, operasi mula dari pagi, mengemas rumah, cuci baju yang sebakul, mengadap tv dan makan. Open house? ooo hari ni tak ada ke mana mana, malas nak keluar rumah, nak melawat jusco pun hujung bulan, ramai orang di mana mana, baik duduk di rumah.

Tuesday, September 21, 2010

Rumah Terbuka

Memang musim dah sekarang, sana sini open house, gitu la kalau duduk di bandar ni, memanjang je orang buat open house, sepanjang bulan syawal. Sebulan beraya. Kalau kat kampung paling paling pun seminggu je beraya lepas tu semua macam biasa. Puasa enam macam mana? Dah cukup ke? Ingat orang tua dulu dulu hari raya kedua dah start puasa enam. Pergi juga menziarah tapi tak makan, puasa, genap hari ketujuh mereka menyambut raya puasa enam. Baru boleh makan siang tapi masa tu dah tak ramai orang ajak makan makan dah.

Sekarang bila kita duduk di bandar, suasananya lain, orang berebut nak buat rumah terbuka, niat nak puasa enam asyik tertunda, hingga lah habis bulan syawal. Rumah terbuka ni lebih terasa bila kita tinggal di flat, kata la satu blok ada 50 rumah, tiap tiap hari ada saja orang buat rumah terbuka. Akan terdengar orang kata "
esok datang rumah no xx, lusa rumah no xx, dua hari lagi rumah no xx. " Wah meriah kan hari hari makan free, tetapi jangan lupa sampul rayanya juga banyak kena sediakan. Letak seringgit satu pun jadi la. Janji ada. 

kesian sapa dapat sampul ni

Sepanjang bulan ni juga melawat lawat rumah orang, tahun lepas datang lain langsirnya, tahun ni lain pula. Barang rumah pula ada saja yang baru, dan dan tu juga teringat rumah kita 5 tahun pun sama je langsirnya. Di larang membazir. Tapi tak pa la rumah kita bukan ramai pun orang nak datang kalau ada orang datang pun orang sama je.  Tak heran la, kalau mereka kutuk pun tak apa, maafkan mereka.

Sunday, September 19, 2010

Raya Orang Kampung

Dah seminggu kan kita menyambut hari raya, ramai orang dah balik kerja semula. Tahun ini daun hanya mengambil cuti tiga hari saja. Sehari sebelum raya, masa tu orang ramai dah balik kampung, maklum cuti sekolah dah mula, macam tak percaya pula bila sampai kat tol Gombak, sunyi macam hari biasa, apa lagi pecut hinggalah ke Kuala Lipis baru nampak kereta beratur. Baru rasa macam nak raya esok.

tak ramai pun orang

Di kampung ada kenduri sikit, biasa la orang kampung masak cincau cincau je, ala ala kadar. Esok pagi pagi selepas sembahyang subuh orang surau datang makan makan, kita jamuan dulu, berapa ramai yang pergi surau seramai tu la yang datang. Kenduri  cukur jambul. Kat kampung kenduri selepas subuh adalah perkara biasa. Kalau kat kl buat selepas subuh mahu haru biru. Kemudian baru la kita ke masjid sembahyang raya. Kat masjid biasa masing masing bawa serba sikit makanan, ada jamuan ringan layan diri selepas sembahyang. Kenyang kan jam baru pukul 9 lebih dah dua kali makan. Kemudian baru masing masing melangkah melawat tanah perkuburan.

tukang kacau bukan tukang masak

Sepanjang hari pertama daun makan banyak jenis makanan, akibatnya daun lapan kali ke bilik termenung. Hari kedua baru acara menziarahi bermula dari pagi hingga ke malam, hari ketiga rehat, hari keempat daun sudah balik kl. Mengenangkan ramai orang orang sejati kl tak berpeluang raya di kampung daun angkut setengah guni buah dokong singgah office sekejab, nasib tiba kl sebelum jam lima petang, kasihan mereka hari raya ke empat dah kerja. Semua jiran ada buah ni, jual pun tak laku, seringgit je sekilo kat tepi jalan tu. Hari hari kelima daun masih cuti, hari mencuci baju, hari ke enam baru daun mula kerja.


sana sini dokong

sapa tak kenal dokong?

Wednesday, September 15, 2010

Lamanya Hilang

Lama kan menghilang, ada beberapa sebab daun tak sempat untuk up date kebelakangan ni:
  1. Kesuntukan masa, ada sahaja kerja yang nak dibuat, pagi, tengahari, petang, siang malam asyik sibuk memanjang.
  2. Ada idea tapi tak tahu nak mula, ada masanya idea tu datang bila tengah memandu, sampai rumah dia dah hilang.
  3. Malas melayan broadband yang bergerak macam semut. Kadang kadang kita naik menyampah tapi apa nak buat, terpaksa sabar sahaja.
  4. Lebih banyak up date dalam mimpi, memang ingin memulakan up date setiap hari tanpa henti tapi semua tu hanya angan angan, tak pernah jadi kenyataan sampai sekarang.
  5. Sudah menukar tabiat membaca, dalam bulan puasa kurangkan membaca blog, lagi pun ramai orang tak up date, sekarang lepas raya kononnya nak mula balik.
Harap esok boleh up date lagi.

Thursday, September 2, 2010

Singgah Sebentar

Dulu, daun pernah menjengok ke rumah orang orang tua, itu la sekali. Bukan senangkan menjaga orang orang tua ni. Memang tabik kepada pekerja pekerja yang sabar melayan kerenah mereka ini. Orang tua tak sama macam budak budak, cakap dengan mereka pun kena berdiplomasi, takut terluka atau salah faham. Pula ada yang dah kurang pendengarannya, cakap perlahan bukan dengar, kena tinggi sikit suara baru dia angguk angguk. Ada juga yang dah tak berupaya, terpaksa berkerusi roda, semuanya memerlukan bantuan orang lain dalam setiap aktiviti mereka. Payah mereka menempuhi hari hari tua. Tak sampai hati nak melihat fenomena ini.

Bulan puasa ni, kita tengok banyak hotel hotel atau syarikat syarikat menaja majlis berbuka puasa bersama sama mereka yang tak bernasib baik seperti ini. Banyak juga bantuan lain mencurah curah datang ke rumah rumah kebajikan, kebanyakan orang memilih bulan puasa untuk bersedekah. Bagus la, sekurang kurangnya ada juga bulan orang mengingati orang orang susah. Bulan ini daun berpeluang melawat rumah anak anak yatim, inilah pertama kali menjejakkan kaki. Suasananya lain sedikit dari rumah orang orang tua, sebab kanak kanak semuanya cergas, mereka semua dalam peringkat membesar, keadaannya sama seperti melawat asrama asrama sekolah, cuma yang kurang, mereka tiada ibubapa. Tiada kasih sayang keluarga.

rumah mereka

tempat mereka

Bayangkan kalau setiap hari ke sekolah kemudian balik ke sini, di sini rumah mereka, di sini  asrama mereka, di sini tempat berteduh, tempat makan dan segala galanya. Tak ada suasana rumah, suasana bergaduh dan bermesra adik beradik, suasana makan minum bersama ibu bapa, semuanya hanya kawan kawan yang berlainan peringkat umur sekeliling mereka. Bila cuti sekolah atau hari raya mereka akan pulang ke rumah saudara mara terdekat.  Suasananya mesti tak sama.  Sedihkan.

Bulan ini ramai orang datang memberi bantuan, baik dari segi kewangan atau apa apa keperluan seperti makanan, pakaian, selimut, cadar, telekung, sejadah, peralatan sekolah dan macam macam lagi. Maklum mereka bergantung hidup dari derma orang ramai. Sumbangan bulan ini sekurangnya kurangnya dapat bertahan untuk jangka masa setahun.

Bulan lain sumbangan tak selebat bulan puasa. Gembira mereka bila orang datang memberi bantuan. Kita kadang kadang tidak tahu apa keperluan mereka yang kurang sehingga kita sendiri melihat. Setengah setengah barang memang mereka angan angan nak dapat tapi tak semua mereka berpeluang menperolehinya. Apabila hajat mereka tercapai, riak muka gembira memang terpancar. Anak anak ini bukan sahaja memerlukan barang keperluan tapi juga kasing sayang. Sedihkan. Siapa yang tak sedih bila mereka mendengar mereka mengucapkan terima kasih. sambil berdoa,

" Ya Allah yan tuhan kami, berkatilah hidup mereka yang telah memberi kami makan."

Di hari hari terakhir bulan puasa ini, ramai orang berpusu pusu ke kedai pakaian, tempah biskut dan sebagainya. Kita gembira, kita lupa ada orang tidak bernasib baik seperti kita. Ramai juga yang mendapat bonus, kegembiraan mereka berganda. Belanja mereka lebih besar. Mulanya daun rasa kecewa kenapa la tahun ni daun tak dapat bonus raya, tetapi bila difikir fikirkan, singgah sebentar diri kita di tempat mereka yang kurang bernasib baik. Kita tidak sesusah mana. Syukur........