Sunday, May 22, 2011

Di mana mana

Hari ini sebelum sampai rumah daun singgah membeli char kuew teow di tepi jalan, masa tu selepas maghrib, brother yang berniaga tu membentangkan sejadah dan tikar di tepi keretanya. Sembahyang di tepi jalan, sudah lama tak nampak pemandangan macam ni.

"Minta maaf terpaksa tunggu saya"

Kemudian dia ketung ketang mengetuk kuali. Bukan senang nak mencari makan di kl ni, siangnya kerja office malammya menjual char kuew teow sampai jam 12 malam. Gigih mereka bekerja tapi tak lupa membentangkan sejadah sekejab. Orang orang macam ni patut kita tabik. Semoga rezekinya berganda ganda. Kalau la ada pemandangan macam ni ada di pasar pasar malam alangkah bagusnya.

Orang yang senang senang duduk kat rumah pula melengah lengah waktu.


Wednesday, May 18, 2011

Semua Boleh

Tadi daun ke Sg Besi, mengambil baju yang ditempah 2 minggu lepas. Semua ok, jahitan bagus, masa pun tepat seperti yang dijanjikan, harga berpatutan. Puas hati lah kira kiranya, tukang jahitnya orang bangla. Saja la tanya,
" mana belajar jahit?
"Bangladesh"
"Berapa lama belajar?
"Tiga tahun"
Sudah berapa lama tinggal Malaysia?
"4 tahun?
"Berapa lama baru boleh cakap Melayu?
"Tiga tahun?"
"Apa baju boleh jahit?
" Semua boleh, uniform, baju melayu, baju kurung, kemeja, F1,kebaya, jubah, semua boleh, apa apa boleh, kasi contoh saya boleh buat, saya tengok aa orang melayu satu saja boleh jahit, kalau orang lelaki jahit baju melayu saja, kalau perempun baju perempuan, dia tak boleh buat semua, kita semua boleh. Semua kita boleh jahit."

Panjang lebar dia beri jawapan dan jawapan dia itu ada betulnya. Ini kali pertama cuba orang bangla jahit, selalu orang melayu yang jahit, nun dekat medan mara, janji sebulan pergi sebulan tak siap, pergi lagi butang pula tak siap. Lain di suruh lain jadi, sakit hati berganda ganda. Sedang daun interview tukang jahit itu tiba tiba ada dua mamat tentera terjenguk jenguk.

" Errr, di sini ada jual resit kah?
" Ada"
" berapa satu"
" 10 ringgit"
" Kasi dua"

Lantas dia mengeluarkan dua resit kosong dan terima wang 20 ringgit, kita tahu sendiri apa mamat tentera itu nak buat dengan resit kosong dan tukang jahit itu pula memakai kopiah.

Pokoknya semua boleh.