Wednesday, June 30, 2010

Separuh Masa

Hari ini 30 hb June, bermakna sudah setengah tahun, apa yang kita dah buat dalam masa 6 bulan ini ? Adakah lebih baik dari 6 bulan lepas? Kenapa tiba tiba tanya soalan ini ? Apa yang daun tak puas hati ? Memang cepat masa berlalu kita buat buat tak sedar. Tinggal lagi separuh masa.

Daun bukan peminat bola, tak menonton pun piala dunia ni, tapi kita semua tahu jarak separuh masa ini diguna untuk menukar strategi kalau perlu, membaiki atau mengatur taktik baru. Lupakan separuh masa pertama, tumpukan pada separuh masa kedua. Yang pertama telah menjadi sejarah, kita hanya boleh mengenang dan mengambil ikhtibar, yang kedua akan datang, kita kena perbaiki.

Enam bulan yang kedua, kita mendapat peluang yang sama, siang dan malamnya sama tetapi hasilnya akan lebih baik jika strateginya lebih mantap.

Sunday, June 27, 2010

Pause

Ada masa kita kena melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu.  Bukan senangkan.  Kita mempunyai sumber yang terhad tetapi kehendak tidak terbatas. Kita kena membuat pilihan, memikirkan kos melepas, itu ini begitu begini. Kalau fikir banyak banyak pun membazir masa je. Bukan semua perkara kita boleh buat dalam satu masa.   Adalah lebih baik menumpukan kepada satu perkara hingga berjaya daripada mengambil dua perkara tetapi tidak dapat fokus kedua duanya. 

Berhenti sekejab

Terpaksa pejam mata, mungkin kali ini rezeki kita hanya setakat ini, mungkin di masa hadapan kita boleh sambung balik apa yang terhenti. 

Thursday, June 24, 2010

Suatu Waktu di Penjara Pudu

Penjara Pudu yang telah dirobohkan itu banyak menyimpan sejarah. Dulu masa dia dibuka untuk lawatan pada tahun 1997 daun bersama kawan ada pergi melawat. Terasa insaf bila berada di dalam tembuk besi itu. Memang mereka tak jumpa orang lain kecuali warden di situ saja. Waktu melawat pula terhad, banyak peraturannya. Grill pula bukan macam grill zaman sekarang, sangat kukuh buatannya, seolah olah boleh tahan seratus tahun lagi. Bunyi grill dibuka sudah menakutkan. Sangat kuat.

Tandas pula banyak yang terbuka, kalau nak buang air besar terus duduk saja, berbaris di situ. Mandi ada yang pakai kolah besar, cebuk satu, dua, sabun, tiga, empat, lima. Siap. Sungguh cepat. Mereka tidak menikmati kehidupan seperti orang biasa lagi. Tidur di lantai simen gitu memang sangat sejuk.

Daun ada beberapa keping gambar lama, tapi tak ada scanner, gambarnya pula banyak muka daun, memang nampak macam banduan kalau disiarkan di sini. Keputusan untuk menutup penjara pudu dibuat kerana pihak bandaraya terpaksa mengikut arus pembangunan. Adalah tidak sesuai lagi banduan banduan menjalani kehidupan dikelilingi oleh bangunan bangunan tinggi. Mereka boleh melihat bangunan tinggi hanya dengan mendongak kepala. Orang orang sekeliling juga boleh memerhati mereka dari atas. Proses hukuman sudah tidak sesuai lagi di tengah tengah bandaraya.

Sunday, June 20, 2010

Maggi oh Maggi

Dulu masa kecil kecil daun memang tak makan maggi, langsung tak ada selera, masa kat asrama pun daun tak makan, orang bagi free pun daun tak mahu apa lagi beli, masa tu kawan kawan kalau hari cuti pukul 10 pagi dah rendam maggi, rindu kata mereka. . Dalam locker mereka memang ada stok. Maggi bukan makanan yang baik untuk kita, semua orang pun tahu, bukan elok pun makan makanan segera macam ni.


Berpuluh tahun daun tak makan, bagaimanapun sejak setahun dua ni entah macam mana tekak daun boleh menerima maggi. Entah bila mulanya daun tak ingat, mungkin juga peranan iklan kari berapi di tv ketika itu. Setakat ini hanya maggi kari sahaja yang boleh diterima, perasa lain memang gagal memenuhi citarasa. Maka di sini, boleh dibuat kesimpulan berapa lama pendirian kita mungkin satu hari akan berubah juga. Bak kata orang orang sedang bercinta, sila muntah, sedangkan pantai lagi berubah ini kan pula manusia.

Persoalan yang timbul sekarang kenapa kita boleh berubah?
  • Kita manusia lemah, betapa kuat pegangan kita bila sekelip mata kita lalai hancur semua. Daun mungkin terpedaya dengan iklan maggi yang menghirup mangkuk itu. Hebat mereka marketing.
  • Kita manusia lemah, jika kita di pihak memujuk orang, ada masa dan ketika orang juga mempunyai titik lemah mereka.

Saturday, June 19, 2010

Kerja Tertangguh

Hari Sabtu, hari yang tak kerja tapi banyak kerja nak kena buat, daun bukan orang yang suka pakai timetable tapi memandangkan ada beberapa tugasan yang perlu disegerakan maka terpaksa menjadi budak sekolah sekejab. Kita cari timetable di sini.
Selalunya banyak kerja yang perlu kita buat sengaja kita buat buat lupa atau memang betul betul lupa. Harap minggu ni daun berjaya menyelesaikan beberapa perkara tanpa bertangguh lagi. Kerja pertama  hari sabtu ini di mulai dengan cuci baju jam 9.30, blogging di tangguh sementara hingga jam 4.00 petang.

Thursday, June 17, 2010

Terbalik?

Hari ini daun ada terima email, mari lah kita sama sama membacanya untuk renungan sekejab.

11 AMALAN YANG TERBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang

amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah

terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh

Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut

dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah

sebagai contoh amalan yang terbalik:-


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati

selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan

seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di

mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk

keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga

tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan

belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir

makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim

yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum

dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam

berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak

dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau

ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya

kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke

kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi

makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas

dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,

pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu

perbuatan yang terbalik.


4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan

nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,

sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang

supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat

malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah

seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang

berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan

setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa

adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di

bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri

sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri

pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari

bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat

kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.

Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau

anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu

hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru

tuisyen sanggup dibayar sebulan RM200.00 tapi kepada Tok Guru Quran nak

bayar RM15.00 sebulan pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan

kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran

atau bersolat dari tidak lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,

mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi

peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak

ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,

rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.


10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,

bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan

yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias

untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga

kurang bahagia.


11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk

gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak

benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak

forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima

hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita

menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut

selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan

peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun

satu ayat." (Riwayat Bukhari)


Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua insyaallah

Wassalam

Thanks & Regards

Mohamad Zulkifli

Information Management & Statistics Division

Malaysian Industrial Development Authority (MIDA)

7th Floor, Block 4, Plaza Sentral, KL Sentral

50470 Kuala Lumpur.



Tel: 22673633

Fax:22742857

Tuesday, June 15, 2010

Kita Ketinggalan ?

Ahad lepas daun ke Low Yat, meronda mencari apa apa yang patut, dah beli apa disenaraikan terus balik. Sesungguhnya Low Yat bukan sesuai lagi untuk daun. Semakin hari semakin maju teknologi it ni, tak mampu kita nak mengejarnya. Kebanyakan yang mengunjungi Low Yat adalah orang orang muda, orang orang tua hanya menemani anak dan membuat bayaran saja. Budak budak sekarang memang bertuah celik mata sahaja mereka telah berada di alam it. Zaman kita kita dulu komputer belum lagi begitu meluas penggunaannya, hingga pejabat pos pernah buat iklan yang gila gila hebat, satu rumah satu komputer. Mahu komputer order saja daripada odasaja sdn bhd, sekarang tak tau apa status company tu.

Dua hari ini daun ada course, excel, kalau budak budak sekolah sekarang dengar, mesti  dia gelak. Memandangkan minggu ni daun ada masa free boleh lah meluangkan masa bersama sama sekumpulan orang yang lebih kurang sama dengan daun, kami adalah orang orang yang lembab it hadir untuk belajar, bagaimanapun yang lebihnya makan. Belajar dua hari dengan penuh gelak ketawa kerana kita semua banyak tak tahu dari tahu. Seronok juga ketawa dengan kebodohan sendiri.

Daun memang tabik kepada mereka yang dah pencen tapi masih berusaha untuk belajar di hujung minggu, mereka kerja keras, maklum la bukan senang belajar dengan mempunyai banyak tanggungjawab lain. Ada juga orang yang lebih berumur lagi cepat tangkap berbanding orang lebih muda. Mereka fokus dalam apa apa perkerjaan. Tak banyak menyimpang ke arah lain. Apabila melihat kesungguhan mereka daun rasa sangat ketinggalan. Daun belum lagi pencen tapi daya kesungguhan terkebelakang. Ketinggalan.

Saturday, June 12, 2010

I Follow U

Keseronokan membaca blog ini kadang kadang banyak mengambil masa kita yang sepatutnya untuk membuat kerja lain. Kita boleh bertahan berjam jam mengadap pc sampai lupa makan minum, lupa membaca buku bagi mereka yang sepatutnya membaca buku, menangguh mencuci baju bagi yang ada dua baldi untuk basuh pada malam ni. Terukkan.

Mengapa kita dan mereka sanggup berbuat begitu? Kita sudah terkena candunya. Banyak jenis blog yang ada di sini.

Ada blog yang memang kerjanya marah marah, kutuk kutuk saja, daun ada juga follow mereka, mereka marah marah sebab ingin melepaskan kemarahan, meluahkan perasaan yang mungkin kalau dilemparkan dalam bentuk lain akan menjadi lebih parah. Marah marah begini juga akan menyedarkan kita, kadang kadang kita juga seperti mereka melemparkan kemarahan tanpa menapis terlebih dahulu, sebagai penulis bila kita baca semula atau orang lain memberi komen, kita mula kendur dan sejuk, kita juga akan sedar terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padannya. Blog begini ramai pula pengikutnya. Pembaca pula akan sedar bila kita menulis begini, begini pandangan orang, bila kita kata begini, begini pandangan orang, kedua dua pihak boleh mengambil pengajaran jika kita memberi respon yang sewajar, menyimbah minyak ke api tidak akan menyelesaikan masalah. 

Ada blog yang 100 % cerita tantang benda yang baik baik saja, pengikut pun semua ala ala ustazah dan ustaz juga. Banyak selit ayat ayat Al Quran dan hadis.  Semua tentang mengajak orang ke arah kebaikan, tinggalkan semua larangan, daun ada juga follow. Memang kita cuba menjadi pengikut yang baik, cuma masalahnya, kita hanya follow saja tapi jarang membaca. Bagaimana nak mengambil iktibar?

Ada blog yang macam macam ada, sejuk ada panas ada, semua rojak. daun juga follow. Mereka ini ada masa jadi pemarah, ada masa jadi penyabar, sifat manusia memang begitu. Kita selalu melakukan kesilapan dan kita juga selalu mengulanginya lagi. Kesedaran kita hanya sementara. Kita silap dan silap lagi. Blog mampu menyerlahkan sifat kita yang tersembunyi, mendedahkan yang tersimpan, memberitahu yang rahsia dan menyuarakan yang bisu. Terjebak dalam alam ini memang melekakan. Masa yang terhad menghalang daun membaca setiap entry yang daun follow. Bagaimanapun sekarang daun sedang membaca satu blog yang menarik, dijangka daun akan mengambil masa berbulan untuk memahaminya dari entry yang pertama.

Wednesday, June 9, 2010

Tangan di atas lebih baik..

Kita selalu melihat kejadian sebegini, bukan sekali, di mana mana pun berlaku, di pasar malam memang selalu ada. Bila kita tengah tengah laju berjalan tetiba kaki tersekat kerana di depan kita ada orang cacat duduk bersimpuh, dengan kaki tempang, dengan anak kecil menyusu, siap bertongkat lagi. Mereka ini meminta sedekah.

Ramai orang yang bersimpati menghulur derma, ramai juga yang hanya melihat, terus melangkah pergi, mereka fikir kenapa perlu bagi duit kepada mereka ini, entah entah ini semua ada geng mereka sendiri, satu group pasar malam sini, satu group ke food court sana. Sindiket mencari wang secara mudah ini ada di mana mana.

Bagaimanapun kita selalu lupa bahawa tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah. Ini adalah hadis nabi. Pertama kali daun mendengar hadis ini di sekolah rendah dulu.

Dari Hakim bin Hizam r.a katanya: ”Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulakanlah memberi kepada keluargamu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika kaya. Sesiapa yang memohon dipelihara (agar ia tidak sampai meminta-minta) Allah akan memeliharanya dan sesiapa yang memohon dicukupkan (agar ia tidak bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya.”

(al-Bukhari)

Kita semua lupa, daun juga lupa, setiap kali melintas di hadapan orang orang yang meminta sedekah sebegini, kita hanya memandang tanpa menyumbang. Sindikit atau tidak adalah persoalan mereka. Menyumbang adalah usaha kita usaha kita untuk bersedekah. Sedekah yang telah dijanjikan ganjaran pahala walaupun sedikit sumbangan kita.

Memberi tidak hanya bermakna menghulurkan wang, sumbangan tenaga juga pertolongan, selepas memasukkan seringgit ke dalam tabung surau, kita menghulurkan tabung itu kepada setiap orang. Bukan semua orang sanggup tebal muka mengutip derma macam ni, ataupun apabila kawan kita meninggal kita rela hati mengutip derma satu pejabat, itu juga sumbangan, kita tangan yang di atas.

Di rumah kita mesti ada barang yang kita beli tetapi tidak lagi menggunakannya lagi, mungkin esok lusa ajal kita sampai, elok juga kita sedekah kan apa yang patut, selagi barang itu boleh memberi manfaat kepada orang lain mengapa tidak kita menjadi tangan yang di atas?

Jika tidak mempunyai apa apa benda atau barang untuk sumbangan, masa, idea atau sedikit ilmu yang kita ada kalau boleh memberi manfaat kepada orang lain apa salahnya berkongsi. Sentiasa berfikir untuk menjadi tangan yang di atas akan mengikis sikap bakhil kita.

Monday, June 7, 2010

Happy birthday to me

Bukan hari ni tapi semalam, hari ini daun ada terima kad dari kawan office, eh,.. macam budak sekolah pula.. dah lama betul daun tak ada terima kad, daun pula bukan jenis orang yang menyambut hari jadi. Apa apa pun terima kasih la, walaupun tak ada hadiah.

Malam itu baru je daun nak melelapkan mata jam 12.00 malam ada sms masuk, sapa pula tengah tengah malam sms ni? ada pula budak office ucap selamat hari jadi. Malas nak layan, daun cuma kata,.... tido daa... sungguh keji kan... langsung tak menghargai orang ingat kat kita..

Alkisahnya daun sudah meningkatkan umur apabila masuk sahaja tahun baru, jadi tak payah tunggu tarikh lahir. Jadi sudah 6 bulan daun anggap daun dah meningkat umur dari tahun lepas dan 6 bulan lagi daun akan bertambah lagi setahun. Memandangkan tarikh lahir daun dekat dengan tarikh lahir Agung, maka ramai juga kawan kawan ingat, cuma daun sendiri kadang kadang lupa. Hari jadi ni daun cuma ingat bila kita mengisi borang, selalunya nak tarikh lahir, selain daripada tu rasanya tak perlu nak ingat.

Hadiah? Mana ada, tak payah la hadiah hadiah.

Sunday, June 6, 2010

Membuang masa atau mengisi masa ?

Di hujung  minggu macam macam cara orang menghabiskan masa terluang.  Ada orang suka menonton wayang, membaca buku, mengemas rumah, berkebun dan macam macam lagi. Ada juga orang yang cakap hujung minggu la dia tak ada masa, dari celik mata sampai tutup mata, setiap minit ada saja kerja yang nak di buat. " Mana ada masa, paper pun tak sempat nak baca" mereka kata. Dua puluh empat jam tak pernah cukup, terutama hari minggu.

Ada orang hari minggu la hari yang paling membosankan, tak tau apa nak buat, tak tau mana nak pergi. Mereka ni suka duduk di rumah, menonton tv sepanjang hari, tak pun melayan internet pagi sampai malam. Begitu saja masa berlalu, minggu berganti minggu bertahun tahun tak ada apa apa yang berubah.

Ada juga orang hari minggu la masa yang dinantikan nantikan, macam macam kerja boleh dibuat, part time sana, part time sini, cari duit, tak pun ambil kelas di hujung minggu, belajar, memajukan diri dalam apa apa bidang sekali pun tak akan rugi.

Minggu ini adalah minggu yang daun rasa sangat ringan kepala, maka semalam daun menghabiskan masa 6 jam melayan keyboard ni. Memang dah lama tak merayau ke blog orang, mengacau fb kawan kawan. Sesekali menyerang mereka memang mengambil masa yang lama.

Esok, daun mulai busy semula, bagaimanapun daun masih berharap dapat up date lebih kerap.

Friday, June 4, 2010

Cuti cuti lagi?

Minggu depan akan bermula cuti sekolah akan bermula, maka soalan yang paling popular sekarang ialah:

Kau tak cuti?
Tak balik kampung?
Tak pergi bercuti?

Letih nak menjawab soalan mereka ni. daun bukan cikgu, pantang sekolah cuti, kita pun cuti. Cikgu pun ada yang masih kerja masa sekolah cuti..

Thursday, June 3, 2010

Keikhlasan Kita Keikhlasan Mereka

Hari ini daun berjumpa seorang ustazah, mengajar di sekolah kafa, malamnya mengajar mengaji di surau. Berborak sedikit sebanyak tentang kerjanya mengajar mengaji di sebelah malam, tergerak hati daun untuk bertanya berapakah yuran yang dikenakan ke atas seorang murid sebulan? Seminggu dia mengajar tiga kali. Kebanyakan murid muridnya bawah 12 tahun.

Ini bukan lah pertama kali daun mendengar jumlah yang sebegini. Ustazah ini hanya mengenakan bayaran rm 10.00 sebulan, itu pun ada juga yang memberi rm 5.00 sahaja, daun tidak terkejut.  Mereka, orang orang yang sebidang dengannya lebih mengharapkan ganjaran pahala berbanding pulangan dalam bentuk kewangan. Ikhlas lebih dari segala galanya.

Pernah dulu daun mendengar ceramah dari ustaz Badrul Amin, katanya kita kalau  sekali ke Tesco, dalam troli penuh barang, bila sampai di kaunter kita bayar beratus ratus, kita sanggup untuk makanan dan lain lain keperluan,  kita juga sanggup menghantar anak anak mengaji atau menjemput ustaz datang ke rumah. Ustaz pula datang dengan motor buruk, premm.. pem.. pem...pem....berapa kita kasi mereka sebulan? rm 20 sahaja. Kita sanggup. Ustaz pula tak banyak cerita, ustaz ikhlas, tidak minta lebih, ustaz tidak sampai hati menerima.

Kesanggupan kita menerima atau membenarkan keadaan ini berlaku sudah menjadi perkara biasa. Tiada siapa yang komplen.  Berapakah nilai rm 10.00 sebulan sekarang?