Monday, August 31, 2009

Menu Merdeka

Hari Merdeka ni, tak ramai orang kat param taman ni, ramai orang balik kampung. Boleh la pergi param Sungai Besi. Selalu hari biasa memang sesak susah parking. Eloknya pergi dengan motor je kalau setakat nak beli kuih tu. Lain lah kalau nak beli ayam panggang 5 ekor. Param Sungai Besi ni ramai penjualnya orang tetua, banyak kuih konsevetif kat sini. Pula ramai penjualnya orang Kelantan. Kalau nak beli solok lada, akok,lompat tikam,kerabu sare, buah mulong, onde-onde ada di sini. Orang Kelantan tak lalu makan karipap buka puasa, he he...


Orang-orang yang jual kuih kat sini dah lama berniaga. Cuba tanya dah berapa tahun, mesti dia kata masa Najib belum jadi menteri akak dah berniaga. Kat Masjid tu ramai beratur panjang nak ambil bubur lambok. Ada orang suka, ada orang tak suka bubur lambok ni. Ana memang tak suka. Orang bagi free pun memang tak makan la. Minta maaf. Pusing-pusing pusing-pusing, ni je yang dibeli, kat rumah dah masak.

Ni kuih abuk-abuk, (kalau tak silap dengar la)tak pernah makan. Baru nak cuba. Sagu dan kelapa di dalam. (Macam kurang masak sagu ni pak cik)

Ni pula pulut panggang. Pak cik tu cakap kat dalam letak serunding. Orang Kelantan tak letak kelapa, dia letak serunding, Tapi kenapa Pak cik.. bila balik rumah buka semuanya kelapa? Pak cik penipu. Tak baik ..Pak cik.. puasa-puasa ni menipu. Saya suka yang serunding Pak cik. Jauh tau Sungai Besi tu kalau pergi dengan kereta toll rm 2.60 Pak cik, ni nasib pakai motor senang parking. Tak pasal pasal Pak cik nak kena sumpah ni.

Ni gulai kawah. Ramainya orang beli kat kakak ni. Betul-betul kat depan pejabat pos tu, Tempat lain pun ade juga tapi tak ramai orang. Cuba la sikit. "Kak bagi rm 3.00 je, lauk lain dah masak kak." (dalam hati...kak, menu saya hari ni ikan goreng dengan goreng pucuk paku je kak). Itu saja menu hari ni. Air soya lupa beli. Singgah kat param kat rumah, nasib baik la budak yang jaga parking tu tak kena belasah dengan helmet. Elok-elok orang tanya, "Sini boleh parking? " "Boleh. Sini rm 2.00 jauh sikit 1.50 setengah. " "Betul ni bayar?" " Betul. " Nasib baik puasa. Menyirap darah. Terus belah. Tak payah la minum soya ari ni. Apahal bayar pula selalu tak de pun AJK taman ni ambil duit parking. Penagih ke yang jaga parking ari ni. Esok memang ana report kat pengerusi.

Saturday, August 29, 2009

Penangan Nasi Beriani

Sudah beberapa hari KL hujan petang. Ini bermakna sesak la jalan. Berbuka ala-ala kadar je. Sampai rumah dah tak sempat. Untuk mengelakkan tak sempat nak singgah lelama kat Param. Sempat juga beli nasi beriani kat belakang Bangunan Mas.
Gambar dari google
Memang laku gerai ni. Kalau hari biasa jangan harap la mesti Q panjang, tadi elok je tak ramai orang. Agaknya orang datang petang-petang kot bulan puasa ni. Kat sini setiap hari jumaat ade pasar siang . Macam macam ada. Elok cuci-cuci mata lunch hour. Petang pula cuaca elok,awal sampai rumah. Selepas je buka puasa, (tak sempat nak ambil gambar nasi beriani ni pinggan pun dah basuh.)sempat sandar-sandar kejap, terus magrib dan isyak. Kononnya malam ni tak payah lah pergi tarawih sebab nak tengok Nur Kasih. Satu-satunya drama siri TV3 yang sarat dengan mesej dan pengajaran. Jarang kita tengok TV3 ni siar drama siri yang bagus, selalunya tebal make-up dari bakat lakunan.

Dah habis isyak tengok jam. Eh.. awal lagi la... lagi sepuluh minit pukul 9.00 sempatlah baring kejab. Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.......... Tetiba terjaga tengok jam. La baru pukul 12.30 kenapa awal jaga ni lambat lagi sahur. Pejam balik. Buka mata balik. Eh.... Nur Kasih dah habis. Terlepas Nur Kasih.......Niat tak baik tak diizin Tuhan.

Pengajaran:
  • Jangan nak berniat menyimpang. Nur Kasih tu kalau terlepas boleh tengok kat internet. Mytv3 kan ade. Sembahyang terawih lain hari lain lain pahalanya, tak de ulangan dah. Tunggu tahun depan kalau panjang umur.

  • Jangan mudah Lupa.Tahun lepas dah insaf dah... makan nasi beriani kat Restoren Insaf, Jalan TAR. Pengsan macam ni juga lepas isyak.

Tuesday, August 25, 2009

Al Quran, disimpan atau dibaca?

Sudah beberapa hari kita berpuasa, rata-rata masjid dan surau penuh, pasar ramadhan juga penuh, Jalan Masjid India lagi penuh, ramai jiran sekeliling kita renovate rumah, bertukar langsir,order biskut bebanyak takut ramai tetamu datang nanti. Semua semakin bersedia untuk menyambut Hari Raya. Cuma kita lupa manfaat dan kelebihan di bulan puasa. Kita sibuk untuk menyambut Hari Raya. Sibuk dengan baju raya,kasut raya, tudung raya,songkok raya dan tak lama lagi duit raya.

Kita lupa tuntutan amalan di bulan puasa.Salah satunya membaca Al Quran. Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu, katanya : Rasulullah s.a.w telah bersabda : 'Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf.' (HR. At-Tirmidzi, ) Di mana Al Quran? Ada. Ada. Dimana? Di dalam almari, di atas meja, di dalam kereta, tergantung di dinding juga Al Quran. Bilakah di baca? Err......eeerrrrrrrrrr......

Mari kita mencari Al Quran. Setiap rumah ada Al Quran. Belum terlambat untuk bermula. Ana terpanggil untuk mencari berapa Al Quran ada tersimpan tapi tidak di baca.
Ini ana beli di Kampung Baru, lama dah.. memula datang kerja kat KL dulu tahun 1995. Kalau tak silap rm 13.00 dah lama tak buka(sambil menyapu habuk) Helaiannya dah kuning. Teruknya. Simpan tapi tak baca.

Ini pula cantikkan.(sambil menyapu habuk) Bukan beli tapi ana minta kat Kedutaan Arab di Jalan U-thant, Ampang masa bulan puasa kalau tak silap tahun 2000 ke 2001 gitulah. Lama dah. Ana minta beberapa naskah yang terjemahan pun ada. Kita cuma perlu tulis surat cakap nak minta sumbangan Al Quran , satu nama satu naskah, ana tulis beberapa nama ahli keluarga. Kalau awal-awal puasa ni dia orang kasi kurma sekotak. Orang Arab terkenal dengan sifat bersedekahnya di bulan puasa ni. Pun dah berapa tahun tak buka ni.

Yang ni ada letak dalam kereta satu kat dalam kotak satu. (sambil menyapu habuk)Baca tak pun.
Ini pula terjemahan. Made in Indonesia. (sambil menyapu habuk)Memula beli je baca lepas tu tak dah. Dah berlipat-lipat terlalu lama simpan.
Ini pula Iqra' . (sambil penyapu habuk)Ada 6 buku ana belajar kat Kg Baru beberapa tahun lepas. Depan Office Kurnia, Jalan Dorai Samy tu. Dah 10 tahun ingat sekolah Al Quran tu wujud secara percuma. Ditanggung oleh jutawan yang tak mahu dikenali. Dibuka dari Ahad hingga Sabtu. 8 pagi hingga 10 malam. 2 jam seminggu. Kita je yang pura-pura tak ada masa nak datang. Ini pun dah lama tak buka, kalau orang tanya tajwid sekarang, tergagap-gagap.

Ini pula Al Quran dan terjemahan,pun belajar di tempat yang sama.(sambil menyapu habuk) Ada 10 jilid. Malangnya ana belajar sampai jilid 7 saja, stop sebab bulan puasa tahun lepas kelas jam 6 hingga 7 petang cuti sebulan,terus lepas raya tak datang sampai sekarang. Terukkan. Memang tak buka hingga hari ni.
Cuma sesekali ana buka yang ni. Al Quran dan terjemahan. Made In Indonesia. User friendly. Lengkap dengan petunjuk m/s dan Surah. Tak terkial-kial nak cari bila dengar Ustaz Farid Ravi ceramah kat tv.

Ini ana kirim kat kawan masa dia pergi umrah tahun 2000 dulu. Insya Allah yang ni baca hampir setiap hari. Al Quran bertajwid, warna warni ,cantik cuma bacaan ana yang lintang pukang. Cuma yang ni je yang tak berhabuk. Belum terlambatkan untuk mencari dan membaca koleksi Al Quran kita.

Saturday, August 22, 2009

Air Kelapa Muda dan Perubatan

Selamat Berpuasa. Hari pertama puasa cuaca bagus tak la panas, hujan lagi ada. Ana selalu minum sebiji buah kelapa di hujung minggu. Hari ni puasa tak sempat pula nak beli kelapa. Selalunya ana akan beli sebiji untuk bawa balik dan minum kesemuanya. Tak payah letak gula atau ais. Minum macam tu je. Tak kembungpun perut walau minum sebiji.
gambar dari google
Cuma ana selalu letak seketul garam kasar. Ada orang panggil garam jantan. Tak kenal garam kasar? Nanti ana pergi dapur ambil kejab. gambar dari dapur sendiri
Ni bukan yang beli dalam plastik. Selalunya dalam guni, boleh beli kilo. Ana beli kat pasar Sungai Besi sekilo 50 sen je. Maklum la ana kan orang kampung lebih selesa pakai garam ni daripada garam halus. Ori.
Air kelapa ni bagus untuk perubatan. Ia boleh meneutralkan racun dalam badan kita, melancarkan air kencing, dah minum sebiji memanglah lancar dan juga boleh mengurangkan rasa panas badan. Orang dedulu minum air kelapa muda je kalau deman, tak de nak berkejar ke klinik. " kalau dah makan ubat klinik tu ..tak payah la minim air kelapa nanti tawar ubat tu. " datuk ana dulu selalu ingatkan. "ya ya.." tak boleh dua-dua sekali.

Cuba kita bayangkan macam mana pokok kelapa yang tinggi tu boleh ada air dalam buahnya. Kejadian tuhan memang tak tercapai akal kita nak fikirkannya. Ia dah diiktiraf sebagai penawar. Air kelapa ada potasium yang tinggi dan entah apa-apa lagi yang ana tak pandai nak huraikan dalam bahasa sains. Bagaimanapun dia memang dah jadi amalan ana dari dulu.

Wednesday, August 19, 2009

Refleksologi dan Kaki Kita

Kaki? Ramai orang ambil mudah pasal kaki. Cuba tengok kaki memasing. Kita tak kisah pasal kaki hinggalah kaki kita sakit. Boleh kah berjalan tanpa kaki ? memandu tanpa kaki? naik tangga tanpa kaki? Semuanya menggunakan kaki. Pentingnya kaki kita sedar bila ia tak dapat digunakan untuk sementara atau selama-lamanya. Kaki mempunyai titik-titik urat saraf yang berhubungan dengan organ-organ dalam tubuh kita yang mempunyai tindakbalas bila diurut.


Orang dulu-dulu jarang berkasut, mereka kerap berkaki ayam dan dengan sendiri titik- titik sarat terurut. Bila berjalan atas permukaan kasar dengan sendiri juga akan terkena titik-titik tertentu dan ini melancarkan peredaran darah pada organ dalam tubuh kita. Zaman sekarang mana ada orang berjalan tanpa kasut, semuanya melindung kaki dari tercedera. Berkasut pula ada yang tinggi 3 inci, menambahkan lagi ketidakseimbangan badan dan merosak kaki. Kecantikan lebih diutamakan dari kesihatan. Kaki tidak terjaga. Perjalanan darah tidak lancar dan organ-organ terganggu.

Mari kita tengok titik-titik di kaki.

Sebenarnya, ana tak pandai nak cerita dengan serius macam ni, selalunya bila ana mengurut. Fokus. Kalau orang tanya banyak-banyak tu ana bagi tengok gambar yang dah ana framekan. Mengurut perlukan konsentrasi. Melayan soalan-soalan ini kadang-kadang menganggu. Contohnya kenapa selalu sakit kepala?Ini ada kaitan selalu memakai kasut tinggi dan ketat yang juga menpengaruhi saraf hidung,telinga,leher,mata,bahu,dada dan beberapa organ lagi.

Urutan tidak akan sembuh dengan sekali, ia mesti dengan jadual yang teratur dan bantuan faktor pemakanan juga membantu. Makan jangan pantang jumpa. Kerjasama pesakit memang perlu. Ada juga yang degil tu.. Menjaga kaki bermakna menjaga kesihatan kita. Kaki juga telah menyebabkan ana terjebak dalam bidang ini. Pengalaman sakit kaki dan m.c selama 43 hari mencetus keinsafan tentang kebesaran Tuhan. Dia yang memberi penyakit dan Dia juga yang menyembuhkan penyakit. Allahu Akhbar. Tuhan Maha Besar. Kepada Dia kita mohon sembuh dan Hanya Dia yang menyembuhkan.

Mohon cuti sebulan

Esok lusa dah puasa. Ana ada beli buku baru. Buku ni dijual di surau jadi tak ade resit nak claim income tax. Tak apa lah itu tak kisah, yang penting baca dan faham isi buku ni. Puasa: Menghurai Kemusykilan Berkaitan Puasa. Soal jawab sebanyak 560 mukasurat. Cukup untuk baca sebulan ni. Mari kita tengok apa yang berkaitan dengan pekerjaan ana
m/s 453
Q: Apakah puasa seorang yang berbekam dan melakukan bekam ke atas orang lain terbatal jika dilakukan pada siang hari bulan Ramadan.
A: Orang yang melakukan bekam ke atas orang lain dan orang yang berbekam, puasa mereka berdua terbatal, bagaimanapun mereka mesti menghindarkan diri daripada makan dan minum sepanjang hari sebagai memuliakan bulan Ramadan. Mereka hendaklah menggantikan puasa itu

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Orang yang melakukan bekam dan orang yang berbekam orang lain kedua-duanya puasa mereka terbatal."- riwayat oleh Abu Daud:2367
Ya. Sebab itu kedai ana ditutup bulan puasa. Memalam tak payah lah datang ana nak ke masjid kalau tidak pun mengadap pc.
Urusan refleksologi, mandi wap dan bekam ditutup sepanjang bulan puasa, lepas raya baru buka. Kepada yang janji nak datang tapi sampai sekarang tak datang-datang tu minta maaf la jangan datang bulan puasa. Banyak urusan lain yang boleh ana buat di bulan puasa,kalau nak datang juga bawa makanan je. (kejam tu)
Eloklah kita kurangkan aktiviti lain di bulan puasa ni. Ramai orang ambil masa puasa ni mengaji 30 juzuk. Ana tak pernah habis pun 30 juz dalam bulan puasa. Tak sempat. Ngam-ngam setahun boleh la. Itu pun baru beberapa tahun kebelakangan ni. Dulu-dulu tak ingat pun nak mengaji ni. Sejak krisis pertengahan umur baru tahu insaf sikit.

Sunday, August 16, 2009

Kedai buka hari ni

Hari Ahad, seperti biasa ana buka kedai. Kalau ade orang datang ade la. kalau tak de ana buat kerja rumah macam biasa. Senangkan buka kedai kat rumah. Rasa mengantuk tidur je. Rasa nak cuci baju, cuci. Baju kotor ade selonggok tu. Bukan tak nak beli mesin basuh. Nak, tapi sampai sekarang belum beli beli lagi. Sabarlah, bukan susah pun basuh tangan, sental je. Lagi pun kita bukan kerja sawah ke, baiki kereta ke atau kerja kontrak. Setakat kerja office tu, celup celup berus sikit ok la.

Hari ni ade la orang datang, bukan orang jauh, dekat nun dari Bukit Mahkota. Datang nak urut kaki dan bekam. Siap minta diskaun tu. belum apa-apa lagi, tak tengok harga kat dinding tu? Ana dah tampal berapa lama kat situ. Jangan. Nasib baik la sedara mara. Tak boleh marah marah. Sabar separuh daripada iman... Kalau tak cukup duit boleh datang lain kali. Minggu depan pun buka juga kedai. Tiap-tiap minggu buka.

Urut kaki ni tak la lama sangat, dalam 30 ke 40 minit je. Bekam pun tak lama sangat kalau 7 cup tu tak sampai 40 minit siap la, yang jadi lama tu borak lebih, sebab ramai orang takut. Bukan sakit sangat pun. Orang penampar lagi sakit. tung tang tung tang dah siap boleh balik.. lain kali boleh datang lagi. Ni ... kalau duduk je atas kerusi ni... siap la...


Bekam pun ada yang duduk kat kerusi ada yang baring, kalau setakat 7 cup tu duduk je, lain lah kalau yang buat 20 ke 30 cup. Sila baring ya, kalau low blood pressure tu ade yang tak tahan nak pitam. Relax relax....jangan takut... kita rest dulu...

nanti kalau dah siap hilang semua nervours. Selalunya kalau dah habis baru bunyi suara, orang yang first time buat tu diam je. Dah habis baru lega. "Oooooooooo macam gini je... ingat macam mana...." itu la komen yang selalu orang cakap.

Friday, August 14, 2009

Puasa

Bulan puasa tak berapa hari lagi nak mula. Ada sesapa belum habis ganti puasa. Ganti dulu, jangan sesekali sebut pasal raya atau order biskut raya. Dulu datuk ana cukup marah kalau sebut pasal raya sebelum puasa. Raya hanya untuk orang yang berpuasa. Yang tak puasa jangan lebih-lebih. Mengenangkan puasa tak lama lagi ni, ana terkenang menu yang selalu jadi hidangan masa sahur. Simple.
menu sahur untuk seorang
Kenapa tak cukup ke? Tak kenyang? Kita nak puasa bukan nak menjamu selera. Ade sesapa tak puas hati dengan menu ni. Cuba la sekali. Jangan complain dulu. Selain sesuai untuk jimat cermat, paling elok untuk yang nak berdiet. Memang gerenti la kalau sebulan sahur macam ni, berbaloi -baloi. Cuba la ya..

Thursday, August 13, 2009

Apa salah handphone ini?



Hari ni ana tertinggal handphone. Free. Tak ade orang kacau. Bukan orang call banyak cuma ramai pengacau,penyibuk tentang handphone ini. Bila nak tukar? Bila nak tukar? Handphone yang dah tua ini telah banyak berjasa. Walaupun tak ade kamera,tak ade bluetooth tapi dah lama berkhidmat. Tak pernah rosak. Ini pun beli second hand rm 100.00 sebab yang lama tu jatuh dalam baldi masa basuh kain. Kenapa nak beli baru? Ini belum rosak, masih baik. Kenapa membazir? Dia orang ni semua tak ade kerja. Dengki. Itu belum tengok kereta ana yang akan mencapai umur 11 tahun Oktober ni. Belum lagi dengar niat ana tak mahu tukar langsir raya ni walau pun langsir tu dah umur lebih 3 tahun. Apa salahnya basuh je langsir tu. Kalau buat langsir setakat nak suruh orang puji lawa tu... tak payah la. Lagipun rumah ana ni tak kena kalau letak langsir yang lawa sangat. Tak padan dengan rumah. Begitu juga dengan handphone ni, ana bukan orang yang suka bergambar atau guna sangat bluetooth ni, maklum lah orang tua. Selagi yang ni boleh guna, tak rosak jangan harap nak beli baru... (Kedekut ke ni?) Ini bukan kedekut... tak membazir. Jangan salah faham...Siapa nak kutuk tu sila kan ....

Friday, August 7, 2009

Mengapa tulis blog?

Ana bukan orang yang suka tulis dairi, berpuisi atau pun ada something yang ingin dikongsi. Ana kurang bercakap, tak suka bergambar, cuma suka membaca dan memerhati. Mengapa sekarang ana tulis blog?Mengapa tak dari dulu? Mushkil... (betul ke ejaan ni). Dulu ana hanya membaca, membaca buku, jarang membaca blog, cuma tahun ni ada banyak masa free. Beberapa bulan membaca blog orang terjebak pula menulis blog ni. Blog politik memang ana tak suka, bak kata kawan ana " tak menyumbang kepada KDNK kita" , so kenapa perlu menyumbang masa kita.. Betul Pah?

Dulu orang menulis dairi dan meyorok dairi..dah tulis sorok pula takut orang baca atau terjumpa. Naya... dairi selalunya rahsia..Sepanjang hidup ana tak menulis dairi. Ana tak tergolong dalam kaum yang jiwang-jiwang, bunga-bunga atau layan layan perasaan ni. Dairi ade cuma untuk tulis hutang. Duit keluar duit masuk..senang nak kira income tax akhir tahun. Zakat sekali (sekarang dah insaf) Dulu masa tinggal ramai-ramai di kg baru ana tak pernah kunci pintu bilik keluar rumah. Tak ada rahsia dan tak ada gambar untuk diselongkar. Duit pun tak simpan bawah bantal.

Thursday, August 6, 2009

Mengapa orang tidur masa ceramah agama?

Selepas lunch ana ke surau. Setiap hari ada saja ceramah agama selama sejam. Hari ini tajuknya tentang Sejarah Islam. Cerita tentang zaman nabi-nabi dan para sahabat dulu-dulu. Masuk je surau ana nampak 4 orang sedang tersenguk-senguk di tepi dinding. Tidur rupanya. Ada juga yang kusyuk mendengar. Ana memanglah... bab sejarah ni memang k.o . Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dulu masa sekolah pernah juga dapat 37/100 sampai kena panggil masuk bilik pengetua. Hebat kan. Berbalik kepada cerita surau tadi... kenapa orang tidur masa ni? masa ustaz tengah berceramah. Tepi-tepi dinding memang orang dah booking awal senang nak tenggekkan kepala. Silih berganti mata orang ni celik mata orang sebelah pula pejam, ada juga yang terus-terusan tidur.


Tapi herannya hari sebelum ustaz lain cita pasal nikah kawin tak ade yang tidur. Banyak pula soal-jawabnya. Yang banyak tanya pula abang-abang yang dah nak pencen. Untuk rujukan anak -cucu katanya. Sebetulnya surau jadi tempat tidur sebab:



  1. Lepas makan perut memang dah kenyang waktu ni paling sesuai tutup mata.

  2. Lepas ambik wuduk pakai telekung macam selimut terus

  3. Air cond surau memang sejuk terlampau

  4. Kena pula hari ni tajuk sejarah

  5. Confirm tidur.

  6. Nota tolong salin nye nanti pinjam...

Monday, August 3, 2009

Sesaknya Hospital


Hari ni balik dari office ana ke Ampang Puteri, konon nak melawat kawan. Jam 3 dia dah sampai AP untuk berehat di sana setelah mendapat surat dari klinik panel. Malas nak telefon dia kat ward mana ana terus menuju ke Kaunter. Opssssss ana ditahan oleh nurse, semua yang masuk di scan dulu ..tembak kat dahi.. ok... ok boleh masuk... Tanpa buang masa ana dengan confident tanya di kaunter "Di mana bilik si polan bin si polan" Minta maaf tak ade nama ni.. Haaaaaaaa

macam mana boleh tak ada? Ana terus call kawan ni... "Kau kat mana?"." Aku masih di Emergency lagi.... orang ramai..." Laaaaaaaaaa lamanya.... tak masuk ward lagi. Ana terus menuju ke emergency ... Memang betul... ramai betul orang kat sini setengahnya pakai mask...

Penuh sesak hospital... agak2nya hospital lain macam ni juga ke? GH jangan tanya... pengsan dulu baru dipanggil masuk jumpa doktor. Sekarang kan time H1N1.


Ana tengok muka kawan ana dah merah padam. ehhhh kalau kau tak tahan kau tidur je kat lantai mesti dia bagi kau masuk ward dulu... he he ...memang tiada pilihan lain tunggu je la ... doktor dah ambil darah cuma nak tunggu result. Tunggu punya tunggu dah jam 6.30 baru di panggil lagi.... maaf ye katil penuh... ambil mc dulu 3 hari ... nanti datang baik untuk cek darah sekali lagi. balik rehat kat rumah ya.........


Laaaaaaaa kalau setakat nak bagi mc tak payah la tunggu berjam... baik balik rumah dari tadi......

panas bertambah panas...Begitu lah keadaan hospital ketika ini... pergi la hospital mana sekali pun... Orang takut flu, takut deman semua orang takut..... takut mati.........