Sunday, July 25, 2010

Cuti sementara

Sudah lama daun tak up date, sekarang ini agak busy, nak merayau blog orang pun tak sempat. Bagaimanapun hari sabtu lepas sempat juga daun melepak pagi sampai petang di sini, bukan bersukan tapi menonton orang bersukan. Tepuk tangan di luar gelanggang pun boleh kira bersukan juga. Sokongan moral tu. Penting. Kalau tak, orang tak ada semangat.  


Sesekali menyokong kawan kawan apa salahnya. Makan free, minum free, kira ok la tu, orang yang bersorak lagi banyak minum air dari orang berlari. Sukan senang daun nak turun padang.  
Untuk seminggu yang akan datang ini juga agak busy, beratus entri yang belum dibaca, tunggu la daun akan baca kemudian

Saturday, July 17, 2010

Baru Setahun

Setahun dulu daun terhegeh hegeh, klik sana klik sini, akhirnya menjadi juga blog ni. Membuat blog sekadar cuba cuba saja, dah lama membaca blog orang rasa nak ada blog sendiri. Melihat blog orang yang cantik cantik teringin nak membuat layout yang cantik malangnya ini saja yang termampu. Orang kata kalau layout cantik pun tapi kalau isinya tak menarik tak ada orang nak baca pun. Tak kisah la, tulis la apa yang kita rasa patut, sapa nak baca itu hak mereka, sapa nak follow pun itu kerelaan mereka.

Daun bukan pandai menulis, semuanya ikut suka saja, ada masa idea ada tapi busy pula, ada masa sepanjang hari free tapi tak ada apa nak tulis. Mati kutu di situ. Selama setahun ini ada 69 orang yang sudi mengikut, mereka ini mungkin baca dan mungkin tak baca, tapi tak kisah la, ramai orang suka menjadi silent reader saja, sama macam daun banyak membaca dari menulis. Komen tu tengok masa ada masa kita rasa perlu komen, ada masa kita rasa tak perlu komen, daun pun kadang kadang takut nak komen, takut menambahkan api marak, tambah tambah kalau entri tu sudah berasap asap.

Melihat orang letak iklan daun pun nak letak iklan, nasib baik pakar it ada menolong memberi panduan. Hasilnya setelah beberapa bulan meletak nuffnang, pendapatan daun ada la rm 8,000 rm 8.00. Kita bandingkan dengan mereka yang tak ada, kalau bandingkan dengan mereka yang ada memang sedih, sebab orang yang famous memang dapat 4 angka sebulan. Ok la tu dari tak ada langsung. Nuffnang daun ni selalu muncul time tengah malam je. Pada masa tu sapa la nak klik. Blog orang nuffnang sentiasa muncul tak pernah hilang sebab mereka post entri laju, daun pula post 3 hari sekali, nuffnang kata baik dia tidur.

Selama setahun ni daun baru jumpa the one and only Tijah, orang lain belum lagi, daun pernah suarakan dulu di sini enam bulan lalu. Sebelum bertemu tijah daun dah membaca semua entrinya, kenal dulu dia dan paling tak tahan bila daun membaca entri kronologi cintanya, daun ketawa berdekah dekah. Bila cakap di telefon terus berkau aku saja macam dah kenal lama. Kalau ada masa nanti kita jumpa lagi.

Sekarang daun agak busy, jarang dapat menulis, lebihnya idea kering tapi daun tak henti henti membaca blog orang. Itu kira ketagih ke?

Thursday, July 15, 2010

Kesibukan

Dalam beberapa hari ni daun agak sibuk, jadi kesibukan ini membuatkan daun tak sempat membaca paper, tak sempat buat entri, tak sempat melawat semua blog kawan kawan dan bermacam macam benda lagi. Hairan juga orang lain pun sibuk tapi mereka masih boleh menulis seperti biasa. Mereka tak kering idea. Ada orang masa rehat setengah jam pun boleh buat entri. Kagum dengan mereka ni, daun pula kalau ada masa lapang sikit baca enti orang dulu, post entri kita kemudian. Bila dah baca orang punya semua, kita pula hilang idea, tak tahu apa nak tulis. Kosong.

Monday, July 12, 2010

Alhamdulillah, Terus...

Apabila kita berada di suatu tempat yang sebelum ini kita tak pernah terfikir akan berada di situ kita merasa terasing. Apabila kita mendapat satu benda yang sebelum ini kita rasa jauh panggang dari api, kita tertanya tanya, macam tak percaya. Betul ke ni?

Kita lupa takdir berada di depan kita. Sepuluh tahun dulu kalau melalui plaza phoenix, jalan memang sesak, tak mau tinggal kawasan berdekatan, susah pagi pagi nak keluar. Sekarang dah lain, tiap tiap hari boleh lalui kawasan itu, jalan pun dah besar. Ada pula altenatif melalui jalan lain. Lama lama kita pun dah biasa.

Sama juga bila kita berada di tempat yang baru, menyesuaikan diri dengan persekitaran pada mulanya memang susah, lama lama kita semakin melupai tempat yang lama.


Seperti orang yang tak pernah mendaki gunung, susah pada mulanya, bila sampai di pertengahan jalan kita didatangi oleh macam macam halangan, menganggu kita supaya berhenti separuh jalan dan turun semula, "perkerjaan ini memang tak sesuai untuk kita. "
"Kita tak cukup kuat"

Itu kata kata gangguan,
Jangan peduli.
 Terus jalan.

Saturday, July 10, 2010

Jimat Cermat

Membaca blog tijah hari ni, daun tetiba teringat macam mana nak berjimat cermat seperti yang pernah di sarankan oleh Azizi Ali, daun baca hampir semua buku buku dia, cuma yang baru baru ni daun dah kurang baca. Dulu selalu juga dengar ceramahnya di tv, sekarang dah semakin kurang daun menonton tv. Pernah juga hadir mendengar ceramahnya di dewan, itu pun company bayar,  free, pergi la. Kalau sendiri nak pergi mahu melayang rm 750 untuk sehari seminar di hotel.

Bab bab gelombang kemelesetan ni memang kita tak tau, bila bila pun boleh datang, sekarang gelombang  ekonomi pun dah macam cuaca, semua dah tak ikut peraturan, dia boleh datang bila bila masa saja, macam musim hujan sepanjang tahun hujan, panas pun sepanjang tahun panas, tak kira negeri mana, semua kena.  Dulu orang ingat pantai timur je banjir, sekarang pantai barat pun boleh banjir, Kuala Lumpur hujan 3 jam pun banjir, itu kuasa tuhan.

Semua perkara boleh berlaku bila bila masa, berbalik kepada jimat cermat tadi, Azizi berkata kita kena mengurangkan interest sebanyak mungkin,  kita kena bayar rumah atau kereta 2 kali sebulan, lagi cepat kita kurangkan hutang lagi bagus. Masalahnya rata rata orang bayar sekali je sebulan, mana nak cari 2 kali sebulan, sekali itu pun ramai yang sangkut. Sebab interest ni tak pernah tidur, dia bergerak setiap hari.

Dia juga kata kalau kita tak mampu nak bayar hutang kereta dalam masa setahun, kita memang tak layak memiliki kereta, sah ramai orang marah, mana kita nak mampu setahun hutang, sekarang orang cari hutang sembilan tahun. Lagi lama hutang lagi orang senyum tanpa sedar interest sedang berganda ganda.  Orang dengan bangga akan beli kereta baru dengan hutang paling lama. Kereta sebenarnya hanya kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B, tidak lebih daripada itu.
yang mana kita mampu milik?

Dalam bab makan makan dan jalan jalan pula, kita sepatutnya keluar shopping dengan perut kenyang, makan dulu di rumah. Ini jarang orang buat, orang selalu keluar shopping dengan selera yang besar dan kemudianya makan juga besar. Macam mana nak jimat cermat? Dalam ketiga tiga contoh di atas memang tak mampu daun ikut. Untuk berjimat cermat memang memerlukan disiplin yang tinggi, bukan setakat hangat hangat tahi ayam, sehari dua je ikut lepas itu niat pun hilang.

Begitu juga dalam bab menyimpan duit, berapa ramai orang menyimpan dulu sebelum berbelanja. Termasuk juga orang yang sedang menulis ini. Jadi macam mana kita tak cakap duit kita nak simpan seratus pun tak ada. Kalau ada pun bila beberapa bulan saja memang akan  ada saja godaan datang. Dalam berjimat cermat disiplin memang tidak boleh berdolak dalih. Itu yang daun gagal buat.

Tak tahu di mana silapnya ramai orang kata : "Kau sah duit banyak". walaupun mati mati kita mengaku tak ada, orang tetap mengiyakan. Macam mana?

Thursday, July 8, 2010

Ada rezeki tu

Semalam, Alhamdulillah ada rezeki, ada sedikit increment, lega rasanya. Walaupun hanya ciput tapi sekurang kurangnya ada. Ada orang langsung tak ada. Syukurla. Kalau bab bab duit ni kita selalu bandingkan dengan orang yang lebih dari kita.

"Untung si polan bin si polan tu, banyak duit dia"

Itu yang selalu kita dengar, jarang pula kita dengar orang berkata:

 "Kita bernasib baik masih lagi dapat makan, ada orang langsung tak dapat makan"

Sebenarnya rezeki ini datang dalam berbagai bagai bentuk, daun selalu ulang ulang ayat ini untuk mengingatkan diri sendiri walaupun kadang kadang tu untuk menyedapkan hati.  Ada orang banyak pendapatannya tapi banyak pula keluarnya. Masuk poket kiri keluar poket kanan. Sentiasa ada saja perkara yang datang menimpa semuanya duit, duit dan duit.

Ada orang sikit je pendapatannya tapi sentiasa cukup makan, lena tidurnya dan tiada hutang. Hidup pun tenang. Aman. Rezeki mereka mungkin datang dalam bentuk yang berlainan, bukan duit semata. Tiba tiba  teringat pula hutang kredit kad yang masih lagi berbaki, kononnya beberapa bulan lepas akan selesai dalam sekitar bulan 6 tapi ada saja halangan untuk membayar jumlah penuh. Itu namanya belum ada rezeki lagi untuk bebas hutang. Bagaimanapun Alhamdulillah sudah semakin kurang.

Monday, July 5, 2010

Derma

Pada petang ahad, sedang daun bersenang lenang melayan blog, tiba tiba pintu diketuk,

Kok kok kok
Tiba tiba saja ada orang muncul depan pintu, ingatkan orang banci, maklum la sekarang iklan banci selalu ada disiar di tv
Saya bukan jurujual, saya hanya ingin kongsi gambar ini.

Seorang lelaki cina itu menunjukkan gambar gambar orang orang tua dan orang kurang upaya, sah mahu minta derma, dia juga menunjukkan senarai orang orang yang telah derma dan tanda tangan mereka, tanpa banyak soal daun tunjuk tangan,

Sekejab

Daun memberi sedikit duit

Terima kasih

dan dia terus belah,


Memang kita disuruh memberi kerja sama kepada individu yang datang untuk tujuan banci, tapi dalam masa yang sama juga mungkin ada orang mengambil peluang ini untuk meminta derma dari rumah ke rumah.

Friday, July 2, 2010

Senjata

Perlu ke kita membawa senjata atau apa apa peralatan tajam lain untuk kegunaan waktu kecemasan dalam kereta?  Wah mengapa pula tiba tiba soalan ini timbul ? Bukankah membawa senjata tajam tu dilarang? Soalan ini timbul sebab daun tiba tiba teringat pisau komando yang ada kat rumah. Beli kat chow kit, bukan la pisau komando betul tapi boleh la kalau setakat nak potong kepala lembu.

panjang lebih sekaki, muat letak dalam beg ni

pisau komando betul

Ramai juga orang bawa pepper spray sebagai senjata tapi sempat ke nak spray kalau dah panik?

muka sapa ni, kesian dia

Ada juga orang bawa kayu baseball, yang ni boleh bawa, bukan senjata merbahaya, boleh letak dalam kereta, kalau ada samseng kat tengah jalan tu, parking keta rapat sangat macam tak nak bagi kita keluar, kayu baseball ni boleh guna untuk ketuk lampu dia.
kalau kena kepala ni sah tak bangun

Bagaimanapun ketiga tiga benda ni tak ada dalam keta daun, yang ada steering lock je, yang ini semua orang pun ada.
ini pun boleh tahan keras kalau ketuk boleh meninggal

Bagaimanapun ada satu lagi benda yang berguna tapi dah rosak, selalu guna untuk menembak cicak, sekarang dah insaf. Beli kat Rantau Panjang. Kalau time mat rempit wong weng wong weng malam malam kawasan ini tu, rasa nak tembak je, tapi tak boleh guna yang ni, ini cuma boleh mematikan cicak je, kalau kena orang cuma cedera ringan je.

spring dah terkeluar, rosak


ini kena ada lesen, boleh apply ke?

Thursday, July 1, 2010

Adat Berjiran

Hari ini daun tak keluar lunch, sebab dah bawa bekal, jadi ada masa nak mengomel di sini. Tadi ada baca pasal jiran, maklum sejak kebelakangan ini daun rasa macam nak naik angin saja dengan jiran sorang ni. Elok kita menarik nafas. Mari tengok apa yang diceritakan dalam adat berjiran ni.

  • Hormat menghormati. Macam mana nak hormat menghormati ni, kita jarang jarang jumpa. Masing masing duduk senyap, hormat sesenyap saja.
  • Sentiasa bermuka manis. Daun ni jatuh dalam kategori muka tak manis. Kalau terserempak pun nak buat buat muka manis macam tak kena je.
  • Bertegur sapa. Ini yang payah. Macam mana nak sapa kalau berselisih bayang pun susah.
  • Ziarah menziarahi. Oooooo ini agak susah, payah kita nak mengziarahi orang yang tidak mesra alam. Muka pun tak pernah nak tunjuk lama lama.
  • Berbaik sangka. Memang daun selalu berbaik sangka, bunyi kong kong kong, keng keng tu daun andaikan dia berlatih drum tapi dia guna tukul.
  • Bertolak ansur. Ya, betul kalau dia memang nak berlatih drum guna tukul kenapa kita ada masalah, kita cuma perlu pekak kan telinga. Buat buat tak dengar.

  • Bermaaf maafan. Memang daun sentiasa memaafkan dia walaupun dia sentiasa mengetuk tengah tengah malam.
  • Menutup keaiban jiran. Eh,.... mana ada apa apa, daun tak tau apa apa pun yang tak baik. (panggg)
  • Memberi keutamaan kepada jiran terdekat. Ternyata betul ni, jiran terdekat la yang selalu hulur tupperware, jiran jauh tak sampai tangan.
  • Memelihara pandangan ke rumah jiran. Rumah jiran semua ada langsir tak nampak mereka, mereka pun tak nampak kita. Kalau nampak pun kita kata tak nampak.
  • Sedia memberi pertolongan dan bantuan. Ini sudah mesti. Jiran la selalu kita minta tolong, kita tolong dia ada ke?
  • Mendoa keselamatan dan kejayaan jiran. Memang, betul ni, semoga jiran daun ni selamat dan berjaya dalam perkerjaan yang baik baik saja.
  • Mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan takziah bila ditimpa musibah. Kita sentiasa nak yang terbaik untuk kita dan mereka.