Sunday, March 27, 2011

Ukur baju di badan sendiri

Berapakah pendapatan yang cukup untuk hidup di Kuala Lumpur? Memang tak ada jawapan yang tepat untuk soalan ini. Setiap orang mempunyai beban tanggungan yang berbeza. Pula ada orang mempuyai hutang yang berjela kalau ditulis. Semua perlu dilangsai setiap bulan. Hidup bergantung kepada gaji bulanan. Habis bulan habis gaji, ada juga belum habis bulan dah habis gaji. Lebih teruk lagi tiap tiap bulan menambah hutang, memang tak selari dengan gaji yang bertambah sekali setahun.

Daun kenal sepasang suami isteri yang kerja kerajaan. Setiap hari ke office bermotosikal. Tengahari balik makan dirumah bersama anak anak, jarang makan di luar. Oleh kerana tinggal dan kerja Kuala Lumpur banyak belanjanya, meraka berjimat cermat. Mereka bernasib baik kerja kerajaan agak longgar peraturan keluar masuk office. Kerja swasta macam daun ni kalau tiap tiap hari masuk lewat ada yang jeling nanti. Boleh cari altenatif lain untuk jimat cermat, kalau rajin boleh bawa bekal.

Pada hari gaji pasangan ini akan mengeluarkan semua baki yang ada dalam akaun masing masing dan menyimpannya di akaun bersama. Bermakna mereka masih mempunyai baki pada hari gaji. Mereka mulakan bulan baru dengan gaji pada bulan tersebut dan pada akhir bulan mereka akan membuat perkara yang serupa. Tidak hairan mereka boleh membeli kereta cash tanpa hutang. Tidak ada hiasan yang melampau dalam rumah. Cukup makan dan tidur pun lena.

Ada orang malu nak bawa motorsikal, standard mereka pakai kereta,walaupun sebenarnya nak bayar ansuran kereta pun tersangkut sangkut. Bila ke supermarket pula malu nak tolak troli yang tak penuh, nak jaga muka, penuhkan dengan barang barang yang tak perlu. Lepas tu bayar pakai kad kredit. Hutang tu. Bukan tak peka tapi tak sedar.
elok pakai baju yang sesuai dengan kita

Tuesday, March 22, 2011

Cukai Terlebih Bayar

Perkataan yang paling seronok di dengar. Tahun lepas daun hantar e-filing dua minggu sebelum tarikh tutup, sudahnya dekat dua bulan baru dapat cek. Kawan daun yang hantar dalam minggu kedua bulan march dapat lebih awal, lebih kurang dua minggu saja cek sampai. Tahun ni dah dua minggu daun hantar tapi sampai hari ni belum ada lagi surat dari lhdn. Tiap tiap hari buka peti surat tu. Bayang dia belum nampak lagi.

Bagaimanapun, jika tunggu hari terakhir baru nak hantar, jangan terperanjat kalau tahun depan baru dapat cek.


Wednesday, March 2, 2011

Mudahnya berhutang

Lamanya tak up date, dah lebih sebulan. Memang ingin up date tiap tiap hari tapi ada saja halangan, harap daun akan tulis juga walau sebaris ayat. Hari ini ada sikit peluang daun ingin kongsi cerita tentang hutang. Hutang apa lagi kalau bukan kad kredit. Dulu daun pernah cerita ingin menamatkan beban ini secepat mungkin. Alhamdulillah tercapai juga hasrat itu. Bukan sebulan tapi bertahun baru selesai. Terasa lega tiada lagi hutang kad yang perlu dibayar. Juga bukan mudah menjayakan misi ini.

Niat untuk tidak menggunakan kad ini timbul beberapa tahun lepas, daun mula dengan langkah memotong satu kad, habis bayar tutup akaun. Kemudian potong lagi satu kad, habis bayar tutup akaun. Seterusnya, bila dah tak ada kad macam mana nak hutang lagi. Cash and carry. Kalau rasa tak mampu jangan beli. Tengok pun jangan. Kata kata kawan daun " tak mati pun aku tak pakai kad kredit" memang membakar semangat.

Memang mudah berhutang tapi membayarnya memang sakit. Mula menggunakan kredit kad sejak tahun 1998 gitu, dah banyak interest yang daun sumbangkan kepada citibank,maybank dan public bank. Mereka semakin kaya. Kalau setakat membayar minima 5% tu memang tak bergerak pun hutang. 0.05  itu menghampiri kosong, seolah solah tak bayar pun kalau campur interest. Jadi menyedari daun memang tak mampu nak berhutang kenapa berani memegang kad?



nasib baik beban itu telah berjaya dilepaskan