Thursday, November 24, 2011

Terjerat

Entah mengapa semangat untuk up date blog semakin hari semakin pudar, masa atau idea bukan masalah cuma sejak daun berjinak jinak dengan fb tumpuan sudah kurang. Adalah lebih cepat up date fb, cuma dengan satu perkataan mesej kita akan difahami. Bagaimanapun hari ini daun ingin kongsi satu kisah yang boleh memberi pengajaran.

Puan Y, berusia 50 an dah sudah mempunyai cucu. Beliau baru sahaja menyedari beliau telah ditipu melalui internet. Kisahnya bermula bila Puan Y mula berkenalan dengan seorang kawan melalui chat room bernama En X. Pada mulanya perbualan mereka hanya berkisar pada isu isu semasa. Lama kelamaan dia mula merasakan En X mula mengambil berat tentang dirinya. Mereka menjadi lebih mesra. Kali pertama En X meminta pertolongannya, En X memerlukan wang sebanyak RM 3000. Puan Y dengan rela hati telah memindahkan wangnya ke dalam akaun En X sebanyak yang diminta.

Pertolongan itu tidak terhenti di situ sahaja, En X terus terusan memerlukan pertolongan, Puan Y entah macam mana tidak merasakan itu satu bebanan tambahan pula dia orang yang berada. Lidahnya seolah olah tidak berdaya untuk memberitahu orang lain mengenai hubunganya dengan En X, mereka tidak pernah berjumpa, hanya melalui ayat ayat power Puan Y telah memindahkan lebih 60,000 dalam masa kurang dari 3 bulan.

Apabila sudah melepasi jumlah ini , Puan X baru merasakan sesuatu yang tidak kena, En Y mula mengugut akan mencederakan ahli keluaga Puan Y jika dia membuat laporan polis. En X pula masih lagi meminta jumlah yang lebih besar. Tidak mampu menangani maslah ini seorang diri Puan Y nekad membuat laporan polis. Kes ini masih dalam siasatan.

Apa yang boleh kita renungi dari kisah ini, Puan Y seolah olah terpukau dengan En X , tanpa usul periksa begitu mudah memindahkan wang ke dalam akaun En X. Ternyata manusia mudah terpedaya. Nampak mudah tapi adalah teramat susah bagi Puan Y untuk menyatakan tidak pada En X.

Berbual mesra yang pada asalnya hanya perkenalan biasa sudah bertukat menjadi mesin ATM pula. Sebaiknya kita perlu mengelakkan diri dari terlibat dalam perhubungan yanag tidak sihat ini dari mula lagi. Mencari kawan tidak salah cuma bila kita sudah terpesung niat, musibah buruk akan menyusul.
Sesal dulu pendapatan.