Thursday, December 29, 2011

Tunailah zakat

Untuk penutup tahun ini perkara yang paling utama perlu diselesaikan adalah menunaikan zakat pendapatan. Alhamdulillah sudah terlaksana.  Kepada yang terlupa ada masih ada masa. Sedikit atau banyak bukan persoalannya, yang penting kewajipan mengeluarkan sedikit dari pendapatan kita.  Langkah seterusnya simpan resit untuk mengisi borang income tax tahun depan.

* entah mengapa idea tiba tiba hilang akibat jarang up date

Thursday, November 24, 2011

Terjerat

Entah mengapa semangat untuk up date blog semakin hari semakin pudar, masa atau idea bukan masalah cuma sejak daun berjinak jinak dengan fb tumpuan sudah kurang. Adalah lebih cepat up date fb, cuma dengan satu perkataan mesej kita akan difahami. Bagaimanapun hari ini daun ingin kongsi satu kisah yang boleh memberi pengajaran.

Puan Y, berusia 50 an dah sudah mempunyai cucu. Beliau baru sahaja menyedari beliau telah ditipu melalui internet. Kisahnya bermula bila Puan Y mula berkenalan dengan seorang kawan melalui chat room bernama En X. Pada mulanya perbualan mereka hanya berkisar pada isu isu semasa. Lama kelamaan dia mula merasakan En X mula mengambil berat tentang dirinya. Mereka menjadi lebih mesra. Kali pertama En X meminta pertolongannya, En X memerlukan wang sebanyak RM 3000. Puan Y dengan rela hati telah memindahkan wangnya ke dalam akaun En X sebanyak yang diminta.

Pertolongan itu tidak terhenti di situ sahaja, En X terus terusan memerlukan pertolongan, Puan Y entah macam mana tidak merasakan itu satu bebanan tambahan pula dia orang yang berada. Lidahnya seolah olah tidak berdaya untuk memberitahu orang lain mengenai hubunganya dengan En X, mereka tidak pernah berjumpa, hanya melalui ayat ayat power Puan Y telah memindahkan lebih 60,000 dalam masa kurang dari 3 bulan.

Apabila sudah melepasi jumlah ini , Puan X baru merasakan sesuatu yang tidak kena, En Y mula mengugut akan mencederakan ahli keluaga Puan Y jika dia membuat laporan polis. En X pula masih lagi meminta jumlah yang lebih besar. Tidak mampu menangani maslah ini seorang diri Puan Y nekad membuat laporan polis. Kes ini masih dalam siasatan.

Apa yang boleh kita renungi dari kisah ini, Puan Y seolah olah terpukau dengan En X , tanpa usul periksa begitu mudah memindahkan wang ke dalam akaun En X. Ternyata manusia mudah terpedaya. Nampak mudah tapi adalah teramat susah bagi Puan Y untuk menyatakan tidak pada En X.

Berbual mesra yang pada asalnya hanya perkenalan biasa sudah bertukat menjadi mesin ATM pula. Sebaiknya kita perlu mengelakkan diri dari terlibat dalam perhubungan yanag tidak sihat ini dari mula lagi. Mencari kawan tidak salah cuma bila kita sudah terpesung niat, musibah buruk akan menyusul.
Sesal dulu pendapatan.

Tuesday, September 27, 2011

Cuti panjang

Lebih tiga bulan hilang. Ada orang tanya, mana pergi? Memang dah lama betul tak up date blog ni. Kebelakangan ni daun agak busy, banyak perkara yang nak diselesaikan. Tak ada idea langsung nak cerita walau sebaris ayat. Rasa kekok nak menulis blog setelah bercuti panjang. Blog orang jarang melawat apalagi blog sendiri. Hari ini daun mulakan dengan semangat yang sedikit. Harap esok boleh menulis lebih panjang.

Ada beberapa keping gambar yang boleh menceritakan seribu perkataan. Daun ambil masa bulan puasa yang lepas, tahun ini diberi rezeki, daun berpeluang mengerjakan umrah. Mengunjungi Madinah dan Makkah adalah tidak sama dengan berkunjung ke tempat tempat lain, kita akan rindu untuk ke sana lagi. Tidak pernah jemu.

tawaf

cuaca  panas tidak pernah menghalang


orang beratur untuk bergunting

satu satunya Universiti di Makkah, Ummul Qura

menara zam zam waktu malam
Menara Zam Zam waktu siang

bersihnya jalan di Madinah

jemu masakan arab, kfc pun boleh buka puasa

Masjidil Haram yang dirindui

makan apa yang ada, itu rezeki

Alhamdulillah

Monday, June 6, 2011

Sana kenduri sini kenduri

Sekarang musim cuti sekolah ni, ramai sangat orang buat kenduri, jauh, dekat, ada yang sempat pergi, ada juga yang terpaksa kita tak pergi. Bukan sengaja tak nak pergi tapi macam macam hal yang tak dapat dielakkan menghalang.

Pergi ke majlis kenduri ni bukan semata mata nak makan, lebihnya nak jumpa kawan kawan. Sembang sembang, kadang kadang tu duduk lama lama tak nak bangun bangun, sampai orang yang belum makan lagi pun jeling jeling.

Musim panas macam sekarang ni elok sangat kalau tuan rumah sediakan abc atau cendul ke? Sejuk sikit badan, sambil sembang, sembang, sembang tambah semangkuk lagi.


tak cukup?
Alhamdulillah

Sunday, May 22, 2011

Di mana mana

Hari ini sebelum sampai rumah daun singgah membeli char kuew teow di tepi jalan, masa tu selepas maghrib, brother yang berniaga tu membentangkan sejadah dan tikar di tepi keretanya. Sembahyang di tepi jalan, sudah lama tak nampak pemandangan macam ni.

"Minta maaf terpaksa tunggu saya"

Kemudian dia ketung ketang mengetuk kuali. Bukan senang nak mencari makan di kl ni, siangnya kerja office malammya menjual char kuew teow sampai jam 12 malam. Gigih mereka bekerja tapi tak lupa membentangkan sejadah sekejab. Orang orang macam ni patut kita tabik. Semoga rezekinya berganda ganda. Kalau la ada pemandangan macam ni ada di pasar pasar malam alangkah bagusnya.

Orang yang senang senang duduk kat rumah pula melengah lengah waktu.


Wednesday, May 18, 2011

Semua Boleh

Tadi daun ke Sg Besi, mengambil baju yang ditempah 2 minggu lepas. Semua ok, jahitan bagus, masa pun tepat seperti yang dijanjikan, harga berpatutan. Puas hati lah kira kiranya, tukang jahitnya orang bangla. Saja la tanya,
" mana belajar jahit?
"Bangladesh"
"Berapa lama belajar?
"Tiga tahun"
Sudah berapa lama tinggal Malaysia?
"4 tahun?
"Berapa lama baru boleh cakap Melayu?
"Tiga tahun?"
"Apa baju boleh jahit?
" Semua boleh, uniform, baju melayu, baju kurung, kemeja, F1,kebaya, jubah, semua boleh, apa apa boleh, kasi contoh saya boleh buat, saya tengok aa orang melayu satu saja boleh jahit, kalau orang lelaki jahit baju melayu saja, kalau perempun baju perempuan, dia tak boleh buat semua, kita semua boleh. Semua kita boleh jahit."

Panjang lebar dia beri jawapan dan jawapan dia itu ada betulnya. Ini kali pertama cuba orang bangla jahit, selalu orang melayu yang jahit, nun dekat medan mara, janji sebulan pergi sebulan tak siap, pergi lagi butang pula tak siap. Lain di suruh lain jadi, sakit hati berganda ganda. Sedang daun interview tukang jahit itu tiba tiba ada dua mamat tentera terjenguk jenguk.

" Errr, di sini ada jual resit kah?
" Ada"
" berapa satu"
" 10 ringgit"
" Kasi dua"

Lantas dia mengeluarkan dua resit kosong dan terima wang 20 ringgit, kita tahu sendiri apa mamat tentera itu nak buat dengan resit kosong dan tukang jahit itu pula memakai kopiah.

Pokoknya semua boleh.

Saturday, April 30, 2011

Naik angin

Hari ni pagi pagi lagi daun dah kemas apa yang patut. Lantai bilik air perlu diketuk dah ditukar lain, inilah padahnya bila banyak pasir dari simin. Orang  buat rumah ni nak untung banyak, cincai je sudahnya kita yang terpaksa baiki. Janji dengan tukang nak datang hari ni, jadi daun nak tangguhkan perkara lain. Utamakan yang penting dulu. Sejam tunggu, nak nampak muka, telefon tak angkat angkat, akhirnya jam sepuluh lebih baru dapat dikesan. " Minta maaf saya lupa, saya sekarang buat rumah orang lain, tak boleh tinggal, lain hari la saya datang, esok ke?"

Rasa nak naik angin je, senang je janji, tapi lupa, tua tua ni nak marah orang lebih lebih pun tak boleh.Sabar sabar je. Rimas duduk di rumah sebab rasa nak melenting, daun pergi PWCT, tengok tengok buku hilang sikit rasa geram. Minggu lepas pergi sejam je, sempat beli 3 buah buku, orang sangat ramai, nak berjalan pun susah. Hari ni orang lagi ramai sebab esok hari akhir, tetapi sebab nak hilangkan rasa marah duduk di rumah, redah juga. Ronda ronda semua tingkat, angkat 8 buah buku. Balik.

Pesta buku tahun ni, itu je buku yang daun beli, cukup la sampai tahun depan. Banyak masa dengan baca blog. Baca buku ni agak berat, lambat nak habis. Tukang ni, susah susah, cari orang lain la.

Sunday, April 10, 2011

Buat buat busy

Hari ini daun pergi kursus. Oleh kerana pengetahuan daun dalam bidang internet ni ciput saja, daun saja saja daftar kursus buat laman web. Up date blog pun sekarang selalu lembab. ada hati pula nak belajar buat laman web. Sudahnya hari ni daun pening, rupanya bukan mudah nak buat satu laman web ni. Mungkin kalau yang pakar tu pejam mata je. Rasanya mungkin berbulan bulan baru siap ni. Product pun belum ada, semua pakai acah acah je.

Tapi elok juga, sekurang kurang nya ada benda baru yang nak diteliti. Semenjak akhir akhir daun agak busy dengan banyak benda lain.

Sunday, March 27, 2011

Ukur baju di badan sendiri

Berapakah pendapatan yang cukup untuk hidup di Kuala Lumpur? Memang tak ada jawapan yang tepat untuk soalan ini. Setiap orang mempunyai beban tanggungan yang berbeza. Pula ada orang mempuyai hutang yang berjela kalau ditulis. Semua perlu dilangsai setiap bulan. Hidup bergantung kepada gaji bulanan. Habis bulan habis gaji, ada juga belum habis bulan dah habis gaji. Lebih teruk lagi tiap tiap bulan menambah hutang, memang tak selari dengan gaji yang bertambah sekali setahun.

Daun kenal sepasang suami isteri yang kerja kerajaan. Setiap hari ke office bermotosikal. Tengahari balik makan dirumah bersama anak anak, jarang makan di luar. Oleh kerana tinggal dan kerja Kuala Lumpur banyak belanjanya, meraka berjimat cermat. Mereka bernasib baik kerja kerajaan agak longgar peraturan keluar masuk office. Kerja swasta macam daun ni kalau tiap tiap hari masuk lewat ada yang jeling nanti. Boleh cari altenatif lain untuk jimat cermat, kalau rajin boleh bawa bekal.

Pada hari gaji pasangan ini akan mengeluarkan semua baki yang ada dalam akaun masing masing dan menyimpannya di akaun bersama. Bermakna mereka masih mempunyai baki pada hari gaji. Mereka mulakan bulan baru dengan gaji pada bulan tersebut dan pada akhir bulan mereka akan membuat perkara yang serupa. Tidak hairan mereka boleh membeli kereta cash tanpa hutang. Tidak ada hiasan yang melampau dalam rumah. Cukup makan dan tidur pun lena.

Ada orang malu nak bawa motorsikal, standard mereka pakai kereta,walaupun sebenarnya nak bayar ansuran kereta pun tersangkut sangkut. Bila ke supermarket pula malu nak tolak troli yang tak penuh, nak jaga muka, penuhkan dengan barang barang yang tak perlu. Lepas tu bayar pakai kad kredit. Hutang tu. Bukan tak peka tapi tak sedar.
elok pakai baju yang sesuai dengan kita

Tuesday, March 22, 2011

Cukai Terlebih Bayar

Perkataan yang paling seronok di dengar. Tahun lepas daun hantar e-filing dua minggu sebelum tarikh tutup, sudahnya dekat dua bulan baru dapat cek. Kawan daun yang hantar dalam minggu kedua bulan march dapat lebih awal, lebih kurang dua minggu saja cek sampai. Tahun ni dah dua minggu daun hantar tapi sampai hari ni belum ada lagi surat dari lhdn. Tiap tiap hari buka peti surat tu. Bayang dia belum nampak lagi.

Bagaimanapun, jika tunggu hari terakhir baru nak hantar, jangan terperanjat kalau tahun depan baru dapat cek.


Wednesday, March 2, 2011

Mudahnya berhutang

Lamanya tak up date, dah lebih sebulan. Memang ingin up date tiap tiap hari tapi ada saja halangan, harap daun akan tulis juga walau sebaris ayat. Hari ini ada sikit peluang daun ingin kongsi cerita tentang hutang. Hutang apa lagi kalau bukan kad kredit. Dulu daun pernah cerita ingin menamatkan beban ini secepat mungkin. Alhamdulillah tercapai juga hasrat itu. Bukan sebulan tapi bertahun baru selesai. Terasa lega tiada lagi hutang kad yang perlu dibayar. Juga bukan mudah menjayakan misi ini.

Niat untuk tidak menggunakan kad ini timbul beberapa tahun lepas, daun mula dengan langkah memotong satu kad, habis bayar tutup akaun. Kemudian potong lagi satu kad, habis bayar tutup akaun. Seterusnya, bila dah tak ada kad macam mana nak hutang lagi. Cash and carry. Kalau rasa tak mampu jangan beli. Tengok pun jangan. Kata kata kawan daun " tak mati pun aku tak pakai kad kredit" memang membakar semangat.

Memang mudah berhutang tapi membayarnya memang sakit. Mula menggunakan kredit kad sejak tahun 1998 gitu, dah banyak interest yang daun sumbangkan kepada citibank,maybank dan public bank. Mereka semakin kaya. Kalau setakat membayar minima 5% tu memang tak bergerak pun hutang. 0.05  itu menghampiri kosong, seolah solah tak bayar pun kalau campur interest. Jadi menyedari daun memang tak mampu nak berhutang kenapa berani memegang kad?



nasib baik beban itu telah berjaya dilepaskan

Friday, January 28, 2011

Mari Menabung

Berita jam 8.00 tadi memberitahu dividen tabung haji untuk tahun lepas adalah 5.5 %. Jumlah yang agak memuaskan. Lalu daun teringat buku tabung haji yang baru di up date pada bulan lepas. Daun hanya up date setahun sekali. Jumlahnya tak ada la banyak tapi lebih baik dari tak ada langsung.

Kesedaran untuk menyimpan ini bermula pada bulan disember 2006. Pada masa itu kalau tak silap musim haji. Seorang ustaz telah berceramah di surau pada waktu makan tengahari. Sebelum ini bukan tak pernah mendengar topik haji tetapi hari itu ustaz Wahidin berceramah dengan bersungguh sungguh dan sesungguhnya apa yang ingin disampaikan telah masuk ke dalam hati daun yang jahil.

Esoknya, terus daun dan seorang rakan pergi ke tabung haji dengan satu niat. Menabung. Selepas itu setiap bulan daun cuba sedaya upaya menambah sedikit demi sedikit. Mulanya daun ke tabung haji dan menunggu giliran untuk meyimpan secara tunai di kaunter, lama kelamaan tak larat lagi nak menunggu, potong melalui maybank2u lagi cepat cuma kena charge rm 1.50, tak kisah la, dari buang masa menunggu, baik guna jalan pintas.

Maka setiap kali akhir tahun daun akan semak baki dan mula berangan angan bila jumlahnya akan bertambah dengan lebih cepat. Dulu apabila menghampiri persimpangan jalan Ampang dan jalan Tun Razak kita akan dapat melihat bangunan tabung haji berdiri dengan megahnya, sekarang tiada lagi, bangunan bangunan baru muncul kiri kanan melindunginya.

Monday, January 24, 2011

Sementara masih ada

Hari ini surau besar di office daun akan ditutup, tiada lagi ceramah agama yang ada setiap hari pada waktu makan, nanti yang tinggal hanya surau kecil yang ada di besement parking. Kena menapak jauh sikit. Bertahun tahun surau besar tu tersedia di situ, yang datang mendengar ceramahnya hanya segelintir orang, pula orang yang sama saja setiap hari. Orang lebih suka keluar makan jauh jauh atau pun melayan facebook waktu rehat.

Apabila sesuatu yang dah biasa kita ada tiba tiba tak ada, kita terasa kehilangannya. Beberapa hari lepas AJK surau mengemas semua Al Quran dan memasukkan ke dalam kotak untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Sedih kerana terpaksa berpindah ke tempat yang lebih kecil. Management terpaksa melepaskan kemudahan ini kerana separuh dari kakitangan sudah berpindah ke branch lain. Jadi untuk tujuan tujuan keuntungan beberapa kemudahan terpaksa ditarik balik.

Kita tak sedar kita ada beruntung sehinggalah keuntungan itu tiada lagi.

7 Hari Seminggu

Alangkah senangnya hidup jika hari Sabtu dan Ahad kita boleh bersenang lenang, tidur bangun jam sebelas lepas tu bangun terus makan. Peluang tu tak ada lagi jika umur kita dah meningkat dan ada tanggungjawab lain yang perlu disegerakan. Lepak lepak sebegini hanya untuk kanak kanak saja, orang tua macam daun tak ada peluang lagi.

Ada orang hujung minggu la hari berehat, hulur kaki menonton tv, ada orang hujung minggu paling busy atau cuba cuba nak jadi busy, dari pagi sampai petang, tak henti henti. Sekarang jam sudah hampir 12 malam, sudah masa daun bawa berehat.

Friday, January 21, 2011

Diet tak betul

Semasa mengemas meja hari ni daun jumpa salinan screening test yang dibuat dua bulan lepas, keputusannya hampir sama saja dengan tahun sebelumnya, bmi ok,blood pressure ok,urinalysis ok,glucose pun ok, cuma yang agak kantoi sikit ialah kolestrol, 5.56 mmol/L.Bagus juga office daun setiap tahun ada buat ujian ni secara percuma, kalau nak harapkan kita ke hospital memang tak tahu bila.

Mengapa kolestrol tinggi? Ini ada kena mengena dengan tabiat makanan setiap hari. Nak kata setiap pagi makan nasi lemak dengan teh tarik, memang tak ada tapi setelah dikaji kaji memang daun banyak cekik ikan bilis dan telur. Itu kan paling senang dimasak sedap dimakan. Daun dinasihatkan selalu makan oat, makanan yang paling rasa tak sedap tu dan senaman 3 kali seminggu. Ini yang susah nak buat.

pura pura sedap

Jadi bulan lepas daun dah beli oat, telan walaupun tak suka, senaman? daun masih mencari cari masa, walaupun sebenarnya bukan tak ada masa untuk bersenam tapi keinginan bersenam tu yang tak ada. Diharap tahun depan keputusannya akan bertukar lebih baik.


Monday, January 17, 2011

Ayat Ayat Salesman

Akhir akhir ini ramai pula orang telefon daun, entah dari mana dia dapat nombor. Tujuan mereka sama, nak offer kad kredit atau nak jual insuran. Mereka akan menyusun ayat ayat power, membaca skrip yang diberi oleh orang yang berpengalaman, mereka berusaha untuk mendapat persetujuan kita untuk berkata YA.

Oleh kerana daun dulu pun pernah juga buat kerja lebih kurang gini, jadi daun akan gelak sorang mengenang skrip mereka itu. Ada yang nampak sangat tengah baca skrip, belum lancar lagi, ada yang suara terketar ketar tapi ada juga yang dah pro, mereka ini usaha juga memujuk walau kita dah berkali kali kata, no thank you.

Sila cari jawapan untuk mematahkan ayat ayat ini.
  1. Selamat pagi puan, saya Ms x dari syarikat y ingin mengambil sedikit masa puan, puan free ke sekarang? Boleh saya teruskan bercakap atau boleh saya telefon sekejab lagi?
  2. Puan, Saya Ms x dari syarikat y, puan adalah orang yang terpilih dalam senarai kami, kami ingin memberi puan peluang untuk menyertai program yang kita ada. Boleh saya teruskan puan?
  3. Puan, Saya Ms x dari syarikat y.Tahniah puan, berdasarkan rekod kami puan seorang pelanggan kami yang baik. Jadi kami ingin menawarkan kad visa... bla bla bla...
  4. Puan, bla bla bla.......
  5. Puan, bla bla bla....
Letih, daun dah lebih mendengar ayat ayat ini. Penat.

Saturday, January 8, 2011

Kena Pada Masanya

Musibah itu datang pada masanya, kita  kadang kadang tidak sedar. Hari ini tiba tiba pula keta rosak pagi pagi. Memang rasa agak kecewa tapi bila difikir fikirkan, nasib baik rosak hari ni, bukan minggu lepas, dimana daun sangat sangat sibuk. Kalau berlaku minggu lepas alamak memang banyak perkara yang akan sangkut.

Seminggu di tahun baru, tak terasa berlalu, matlamat baru, baru saja bermula, harapannya tahun ini daun dapat melepasi segala halangan seperti tahun lepas. Bukan senang tapi tidak mustahil. Keletihan, petang tadi yang agak santai, sempat juga melelapkan mata sekejab.

Monday, January 3, 2011

Mission accomplished

Akhirnya, hari ini daun menarik nafas panjang, setahun berlalu, misi utama 2010 telah tercapai, sekarang boleh tidur dengan senyuman. Jadi semalam daun dah memulakan operasi mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah. Paling utama sekali menebang pokok betik yang menyemakkan mata di depan rumah. Tinggi melangit, nak ambil buah pun dah tak sampai. Elok ganti dengan pokok pendek pendek sahaja. Sebulan ni memang sibuk mengalahkan tauke beras. Rumah dah lama tak berkemas, nasib baik tak ada orang datang, kalau tak mesti kena kutuk.

Tahun ini, daun tidak mensasar azam yang tinggi, elok kita bahagi bahagikan kepada pecahan yang kecil, supaya tidak semput dikemudian hari. Maka di hari yang pertama ini, diistiharkan azam untuk bulan Januari ialah:

Perang habis habisan terhadap kad kredit. Kesemua kad telah daun gunting dan buang, cuma hutangnya saja yang ada belum habis terbayar. Jangan malu malu nak menyatakan jumlahnya. RM 315.45 Sudah bertahun tahun hasrat untuk melangsaikan hutang ini tertangguh tangguh. Halangannya memang banyak dan kadang kadang tak mampu kita elak. Cukup payah menahan godaan menggunakan kad ini, tapi setelah kita potong kad, godaan itu berkurang. Tahun lepas daun tidak sekalipun menggunakan kad sebab semua kad sudah dipotong tahun sebelumnya.

Bagaimana untuk mencapai matlamat ini?
Senang saja, setiap kali bertemu dengan Public Bank daun akan berhenti dan menyumbang wang. Mesin itu sentiasa bersedia untuk menelan duit kita walaupun RM 10, kalau 15 kali lalu Public bank, sekurang kurangnya RM 150 dah selesai. Memang senangkan.

Bayangkan setelah lebih sepuluh tahun membayar hutang kad kredit setiap bulan, tiba tiba bulan depan tak ada lagi baki yang perlu dibayar. Rasa tak sabar sabar nak melalui public bank sekarang dan menyumbang rm 10,