Entah mengapa semangat untuk up date blog semakin hari semakin pudar, masa atau idea bukan masalah cuma sejak daun berjinak jinak dengan fb tumpuan sudah kurang. Adalah lebih cepat up date fb, cuma dengan satu perkataan mesej kita akan difahami. Bagaimanapun hari ini daun ingin kongsi satu kisah yang boleh memberi pengajaran.
Puan Y, berusia 50 an dah sudah mempunyai cucu. Beliau baru sahaja menyedari beliau telah ditipu melalui internet. Kisahnya bermula bila Puan Y mula berkenalan dengan seorang kawan melalui chat room bernama En X. Pada mulanya perbualan mereka hanya berkisar pada isu isu semasa. Lama kelamaan dia mula merasakan En X mula mengambil berat tentang dirinya. Mereka menjadi lebih mesra. Kali pertama En X meminta pertolongannya, En X memerlukan wang sebanyak RM 3000. Puan Y dengan rela hati telah memindahkan wangnya ke dalam akaun En X sebanyak yang diminta.
Pertolongan itu tidak terhenti di situ sahaja, En X terus terusan memerlukan pertolongan, Puan Y entah macam mana tidak merasakan itu satu bebanan tambahan pula dia orang yang berada. Lidahnya seolah olah tidak berdaya untuk memberitahu orang lain mengenai hubunganya dengan En X, mereka tidak pernah berjumpa, hanya melalui ayat ayat power Puan Y telah memindahkan lebih 60,000 dalam masa kurang dari 3 bulan.
Apabila sudah melepasi jumlah ini , Puan X baru merasakan sesuatu yang tidak kena, En Y mula mengugut akan mencederakan ahli keluaga Puan Y jika dia membuat laporan polis. En X pula masih lagi meminta jumlah yang lebih besar. Tidak mampu menangani maslah ini seorang diri Puan Y nekad membuat laporan polis. Kes ini masih dalam siasatan.
Apa yang boleh kita renungi dari kisah ini, Puan Y seolah olah terpukau dengan En X , tanpa usul periksa begitu mudah memindahkan wang ke dalam akaun En X. Ternyata manusia mudah terpedaya. Nampak mudah tapi adalah teramat susah bagi Puan Y untuk menyatakan tidak pada En X.
Berbual mesra yang pada asalnya hanya perkenalan biasa sudah bertukat menjadi mesin ATM pula. Sebaiknya kita perlu mengelakkan diri dari terlibat dalam perhubungan yanag tidak sihat ini dari mula lagi. Mencari kawan tidak salah cuma bila kita sudah terpesung niat, musibah buruk akan menyusul.
Sesal dulu pendapatan.
Thursday, November 24, 2011
Tuesday, September 27, 2011
Cuti panjang
Lebih tiga bulan hilang. Ada orang tanya, mana pergi? Memang dah lama betul tak up date blog ni. Kebelakangan ni daun agak busy, banyak perkara yang nak diselesaikan. Tak ada idea langsung nak cerita walau sebaris ayat. Rasa kekok nak menulis blog setelah bercuti panjang. Blog orang jarang melawat apalagi blog sendiri. Hari ini daun mulakan dengan semangat yang sedikit. Harap esok boleh menulis lebih panjang.
Ada beberapa keping gambar yang boleh menceritakan seribu perkataan. Daun ambil masa bulan puasa yang lepas, tahun ini diberi rezeki, daun berpeluang mengerjakan umrah. Mengunjungi Madinah dan Makkah adalah tidak sama dengan berkunjung ke tempat tempat lain, kita akan rindu untuk ke sana lagi. Tidak pernah jemu.
Ada beberapa keping gambar yang boleh menceritakan seribu perkataan. Daun ambil masa bulan puasa yang lepas, tahun ini diberi rezeki, daun berpeluang mengerjakan umrah. Mengunjungi Madinah dan Makkah adalah tidak sama dengan berkunjung ke tempat tempat lain, kita akan rindu untuk ke sana lagi. Tidak pernah jemu.
tawaf
cuaca panas tidak pernah menghalang
orang beratur untuk bergunting
satu satunya Universiti di Makkah, Ummul Qura
menara zam zam waktu malam
Menara Zam Zam waktu siang
bersihnya jalan di Madinah
jemu masakan arab, kfc pun boleh buka puasa
Masjidil Haram yang dirindui
makan apa yang ada, itu rezeki
Alhamdulillah
Monday, June 6, 2011
Sana kenduri sini kenduri
Sekarang musim cuti sekolah ni, ramai sangat orang buat kenduri, jauh, dekat, ada yang sempat pergi, ada juga yang terpaksa kita tak pergi. Bukan sengaja tak nak pergi tapi macam macam hal yang tak dapat dielakkan menghalang.
Pergi ke majlis kenduri ni bukan semata mata nak makan, lebihnya nak jumpa kawan kawan. Sembang sembang, kadang kadang tu duduk lama lama tak nak bangun bangun, sampai orang yang belum makan lagi pun jeling jeling.
Pergi ke majlis kenduri ni bukan semata mata nak makan, lebihnya nak jumpa kawan kawan. Sembang sembang, kadang kadang tu duduk lama lama tak nak bangun bangun, sampai orang yang belum makan lagi pun jeling jeling.
Musim panas macam sekarang ni elok sangat kalau tuan rumah sediakan abc atau cendul ke? Sejuk sikit badan, sambil sembang, sembang, sembang tambah semangkuk lagi.
tak cukup?
Alhamdulillah
Sunday, May 22, 2011
Di mana mana
Hari ini sebelum sampai rumah daun singgah membeli char kuew teow di tepi jalan, masa tu selepas maghrib, brother yang berniaga tu membentangkan sejadah dan tikar di tepi keretanya. Sembahyang di tepi jalan, sudah lama tak nampak pemandangan macam ni.
"Minta maaf terpaksa tunggu saya"
"Minta maaf terpaksa tunggu saya"
Kemudian dia ketung ketang mengetuk kuali. Bukan senang nak mencari makan di kl ni, siangnya kerja office malammya menjual char kuew teow sampai jam 12 malam. Gigih mereka bekerja tapi tak lupa membentangkan sejadah sekejab. Orang orang macam ni patut kita tabik. Semoga rezekinya berganda ganda. Kalau la ada pemandangan macam ni ada di pasar pasar malam alangkah bagusnya.
Orang yang senang senang duduk kat rumah pula melengah lengah waktu.
Wednesday, May 18, 2011
Semua Boleh
Tadi daun ke Sg Besi, mengambil baju yang ditempah 2 minggu lepas. Semua ok, jahitan bagus, masa pun tepat seperti yang dijanjikan, harga berpatutan. Puas hati lah kira kiranya, tukang jahitnya orang bangla. Saja la tanya,
" mana belajar jahit?
"Bangladesh"
"Berapa lama belajar?
"Tiga tahun"
Sudah berapa lama tinggal Malaysia?
"4 tahun?
"Berapa lama baru boleh cakap Melayu?
"Tiga tahun?"
"Apa baju boleh jahit?
" Semua boleh, uniform, baju melayu, baju kurung, kemeja, F1,kebaya, jubah, semua boleh, apa apa boleh, kasi contoh saya boleh buat, saya tengok aa orang melayu satu saja boleh jahit, kalau orang lelaki jahit baju melayu saja, kalau perempun baju perempuan, dia tak boleh buat semua, kita semua boleh. Semua kita boleh jahit."
" Errr, di sini ada jual resit kah?
" Ada"
" berapa satu"
" 10 ringgit"
" Kasi dua"
" mana belajar jahit?
"Bangladesh"
"Berapa lama belajar?
"Tiga tahun"
Sudah berapa lama tinggal Malaysia?
"4 tahun?
"Berapa lama baru boleh cakap Melayu?
"Tiga tahun?"
"Apa baju boleh jahit?
" Semua boleh, uniform, baju melayu, baju kurung, kemeja, F1,kebaya, jubah, semua boleh, apa apa boleh, kasi contoh saya boleh buat, saya tengok aa orang melayu satu saja boleh jahit, kalau orang lelaki jahit baju melayu saja, kalau perempun baju perempuan, dia tak boleh buat semua, kita semua boleh. Semua kita boleh jahit."
Panjang lebar dia beri jawapan dan jawapan dia itu ada betulnya. Ini kali pertama cuba orang bangla jahit, selalu orang melayu yang jahit, nun dekat medan mara, janji sebulan pergi sebulan tak siap, pergi lagi butang pula tak siap. Lain di suruh lain jadi, sakit hati berganda ganda. Sedang daun interview tukang jahit itu tiba tiba ada dua mamat tentera terjenguk jenguk.
" Ada"
" berapa satu"
" 10 ringgit"
" Kasi dua"
Lantas dia mengeluarkan dua resit kosong dan terima wang 20 ringgit, kita tahu sendiri apa mamat tentera itu nak buat dengan resit kosong dan tukang jahit itu pula memakai kopiah.
Pokoknya semua boleh.
Subscribe to:
Posts (Atom)


