Tuesday, August 25, 2009

Al Quran, disimpan atau dibaca?

Sudah beberapa hari kita berpuasa, rata-rata masjid dan surau penuh, pasar ramadhan juga penuh, Jalan Masjid India lagi penuh, ramai jiran sekeliling kita renovate rumah, bertukar langsir,order biskut bebanyak takut ramai tetamu datang nanti. Semua semakin bersedia untuk menyambut Hari Raya. Cuma kita lupa manfaat dan kelebihan di bulan puasa. Kita sibuk untuk menyambut Hari Raya. Sibuk dengan baju raya,kasut raya, tudung raya,songkok raya dan tak lama lagi duit raya.

Kita lupa tuntutan amalan di bulan puasa.Salah satunya membaca Al Quran. Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu, katanya : Rasulullah s.a.w telah bersabda : 'Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas sepuluh kali lipatnya. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf; tetapi alif satu huruf; lam satu huruf dan mim satu huruf.' (HR. At-Tirmidzi, ) Di mana Al Quran? Ada. Ada. Dimana? Di dalam almari, di atas meja, di dalam kereta, tergantung di dinding juga Al Quran. Bilakah di baca? Err......eeerrrrrrrrrr......

Mari kita mencari Al Quran. Setiap rumah ada Al Quran. Belum terlambat untuk bermula. Ana terpanggil untuk mencari berapa Al Quran ada tersimpan tapi tidak di baca.
Ini ana beli di Kampung Baru, lama dah.. memula datang kerja kat KL dulu tahun 1995. Kalau tak silap rm 13.00 dah lama tak buka(sambil menyapu habuk) Helaiannya dah kuning. Teruknya. Simpan tapi tak baca.

Ini pula cantikkan.(sambil menyapu habuk) Bukan beli tapi ana minta kat Kedutaan Arab di Jalan U-thant, Ampang masa bulan puasa kalau tak silap tahun 2000 ke 2001 gitulah. Lama dah. Ana minta beberapa naskah yang terjemahan pun ada. Kita cuma perlu tulis surat cakap nak minta sumbangan Al Quran , satu nama satu naskah, ana tulis beberapa nama ahli keluarga. Kalau awal-awal puasa ni dia orang kasi kurma sekotak. Orang Arab terkenal dengan sifat bersedekahnya di bulan puasa ni. Pun dah berapa tahun tak buka ni.

Yang ni ada letak dalam kereta satu kat dalam kotak satu. (sambil menyapu habuk)Baca tak pun.
Ini pula terjemahan. Made in Indonesia. (sambil menyapu habuk)Memula beli je baca lepas tu tak dah. Dah berlipat-lipat terlalu lama simpan.
Ini pula Iqra' . (sambil penyapu habuk)Ada 6 buku ana belajar kat Kg Baru beberapa tahun lepas. Depan Office Kurnia, Jalan Dorai Samy tu. Dah 10 tahun ingat sekolah Al Quran tu wujud secara percuma. Ditanggung oleh jutawan yang tak mahu dikenali. Dibuka dari Ahad hingga Sabtu. 8 pagi hingga 10 malam. 2 jam seminggu. Kita je yang pura-pura tak ada masa nak datang. Ini pun dah lama tak buka, kalau orang tanya tajwid sekarang, tergagap-gagap.

Ini pula Al Quran dan terjemahan,pun belajar di tempat yang sama.(sambil menyapu habuk) Ada 10 jilid. Malangnya ana belajar sampai jilid 7 saja, stop sebab bulan puasa tahun lepas kelas jam 6 hingga 7 petang cuti sebulan,terus lepas raya tak datang sampai sekarang. Terukkan. Memang tak buka hingga hari ni.
Cuma sesekali ana buka yang ni. Al Quran dan terjemahan. Made In Indonesia. User friendly. Lengkap dengan petunjuk m/s dan Surah. Tak terkial-kial nak cari bila dengar Ustaz Farid Ravi ceramah kat tv.

Ini ana kirim kat kawan masa dia pergi umrah tahun 2000 dulu. Insya Allah yang ni baca hampir setiap hari. Al Quran bertajwid, warna warni ,cantik cuma bacaan ana yang lintang pukang. Cuma yang ni je yang tak berhabuk. Belum terlambatkan untuk mencari dan membaca koleksi Al Quran kita.

5 comments:

  1. al quran sebagai hiasan...sedihnya lagi sedih di baca bila ada kematian dan lagi sedih bila di gunakan untuk halau hantu waaaaaa

    ReplyDelete
  2. peringatan ini untuk kita semua.

    ReplyDelete
  3. Salam Che La, terus trg ckp, di rumah sy, mmg xde bnyak quran, cuma ada 2 shj. 1 quran penuh, 1 tafsir. Quran penuh - diguna utk sy bwa blajar tajwid, quran tafsir - mmg sentiasa ada dgn sy. Dan sy rasa ia bagai shabat karib, tmpat rujukan, tempat "meluah rasa" jika dlm ksedihan, tmpt mncari penyelesaian, ketenangan, juga ia adalah hobi. ANDAIPUN jika ia bukan tuntutan agama utk kita mmbacanya, sy fikir sy mmg suka membaca Al-Quran, setiap hari. Ada keindahan, ada kedamaian, ada ketenangan, ada cerita, ada peringatan, ada kata2 semangat, ada penyelesaian masalah ada segala2nya di situ. Takkan jmpa "sahabat" lain sepertinya..

    ReplyDelete
  4. sedihnya al-quran dibaca utk dipertandingkan...utk dpt hadiah

    ReplyDelete
  5. cik skaf,

    ya betul tu. Ada koleksi banyak tak baca tak guna juga.

    Razak,

    cuba lihat Akedemi Al Quran di tv.
    Apa yang kena dan apa yang tidak kena.

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan