Sunday, August 16, 2009

Kedai buka hari ni

Hari Ahad, seperti biasa ana buka kedai. Kalau ade orang datang ade la. kalau tak de ana buat kerja rumah macam biasa. Senangkan buka kedai kat rumah. Rasa mengantuk tidur je. Rasa nak cuci baju, cuci. Baju kotor ade selonggok tu. Bukan tak nak beli mesin basuh. Nak, tapi sampai sekarang belum beli beli lagi. Sabarlah, bukan susah pun basuh tangan, sental je. Lagi pun kita bukan kerja sawah ke, baiki kereta ke atau kerja kontrak. Setakat kerja office tu, celup celup berus sikit ok la.

Hari ni ade la orang datang, bukan orang jauh, dekat nun dari Bukit Mahkota. Datang nak urut kaki dan bekam. Siap minta diskaun tu. belum apa-apa lagi, tak tengok harga kat dinding tu? Ana dah tampal berapa lama kat situ. Jangan. Nasib baik la sedara mara. Tak boleh marah marah. Sabar separuh daripada iman... Kalau tak cukup duit boleh datang lain kali. Minggu depan pun buka juga kedai. Tiap-tiap minggu buka.

Urut kaki ni tak la lama sangat, dalam 30 ke 40 minit je. Bekam pun tak lama sangat kalau 7 cup tu tak sampai 40 minit siap la, yang jadi lama tu borak lebih, sebab ramai orang takut. Bukan sakit sangat pun. Orang penampar lagi sakit. tung tang tung tang dah siap boleh balik.. lain kali boleh datang lagi. Ni ... kalau duduk je atas kerusi ni... siap la...


Bekam pun ada yang duduk kat kerusi ada yang baring, kalau setakat 7 cup tu duduk je, lain lah kalau yang buat 20 ke 30 cup. Sila baring ya, kalau low blood pressure tu ade yang tak tahan nak pitam. Relax relax....jangan takut... kita rest dulu...

nanti kalau dah siap hilang semua nervours. Selalunya kalau dah habis baru bunyi suara, orang yang first time buat tu diam je. Dah habis baru lega. "Oooooooooo macam gini je... ingat macam mana...." itu la komen yang selalu orang cakap.

2 comments:

  1. very sterile ... mengalahkan bilik dr yang selalu visit masa sikit ... terpikat dengan room divider .. mana beli ??

    theRose

    ReplyDelete
  2. room divider beli kat selayang tapi sayang kedai tu dah tutup. Ini pun beli dgn kawan dia ada dua customer hadiah

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan