Monday, August 31, 2009

Menu Merdeka

Hari Merdeka ni, tak ramai orang kat param taman ni, ramai orang balik kampung. Boleh la pergi param Sungai Besi. Selalu hari biasa memang sesak susah parking. Eloknya pergi dengan motor je kalau setakat nak beli kuih tu. Lain lah kalau nak beli ayam panggang 5 ekor. Param Sungai Besi ni ramai penjualnya orang tetua, banyak kuih konsevetif kat sini. Pula ramai penjualnya orang Kelantan. Kalau nak beli solok lada, akok,lompat tikam,kerabu sare, buah mulong, onde-onde ada di sini. Orang Kelantan tak lalu makan karipap buka puasa, he he...


Orang-orang yang jual kuih kat sini dah lama berniaga. Cuba tanya dah berapa tahun, mesti dia kata masa Najib belum jadi menteri akak dah berniaga. Kat Masjid tu ramai beratur panjang nak ambil bubur lambok. Ada orang suka, ada orang tak suka bubur lambok ni. Ana memang tak suka. Orang bagi free pun memang tak makan la. Minta maaf. Pusing-pusing pusing-pusing, ni je yang dibeli, kat rumah dah masak.

Ni kuih abuk-abuk, (kalau tak silap dengar la)tak pernah makan. Baru nak cuba. Sagu dan kelapa di dalam. (Macam kurang masak sagu ni pak cik)

Ni pula pulut panggang. Pak cik tu cakap kat dalam letak serunding. Orang Kelantan tak letak kelapa, dia letak serunding, Tapi kenapa Pak cik.. bila balik rumah buka semuanya kelapa? Pak cik penipu. Tak baik ..Pak cik.. puasa-puasa ni menipu. Saya suka yang serunding Pak cik. Jauh tau Sungai Besi tu kalau pergi dengan kereta toll rm 2.60 Pak cik, ni nasib pakai motor senang parking. Tak pasal pasal Pak cik nak kena sumpah ni.

Ni gulai kawah. Ramainya orang beli kat kakak ni. Betul-betul kat depan pejabat pos tu, Tempat lain pun ade juga tapi tak ramai orang. Cuba la sikit. "Kak bagi rm 3.00 je, lauk lain dah masak kak." (dalam hati...kak, menu saya hari ni ikan goreng dengan goreng pucuk paku je kak). Itu saja menu hari ni. Air soya lupa beli. Singgah kat param kat rumah, nasib baik la budak yang jaga parking tu tak kena belasah dengan helmet. Elok-elok orang tanya, "Sini boleh parking? " "Boleh. Sini rm 2.00 jauh sikit 1.50 setengah. " "Betul ni bayar?" " Betul. " Nasib baik puasa. Menyirap darah. Terus belah. Tak payah la minum soya ari ni. Apahal bayar pula selalu tak de pun AJK taman ni ambil duit parking. Penagih ke yang jaga parking ari ni. Esok memang ana report kat pengerusi.

9 comments:

  1. salam Che La, hari nie 1st taim makan lompat tikam.. (terdgr kat radio, nie kueh paling top dlm bln puasa). kuih org kelantan rupanya. Mmg sedap, manis dan lembek2 sejuk gitu.. jd laju je la masuk dlm tekak. Che La asal mana?

    ReplyDelete
  2. ambo ogre kelate baru 10 taun lebih dok kl tapi belum lupa diri lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam...di tempat saya kuih abuk-abuk tu kira terkenal juga, sedap tapi saya suka pulut panggang

    ReplyDelete
  4. orang kelantan suka yang letak serunding,kelapa tak laku.

    ReplyDelete
  5. kuih abuk-abuk tu memang aku suka

    ReplyDelete
  6. terkenang masa kita tinggal kat Sg Besi camp ... selalu pi Sg Besi town beli barang barang ...

    theRose

    ReplyDelete
  7. BTW .. what is param???

    theRose

    ReplyDelete
  8. param = pasar ramadhan bahasa blogger

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan