Monday, October 5, 2009

Dimana dia..?

Masa bulan puasa hari tu tetiap hari kita makan kuih. Tak kira lah apa nama kuih tu, tepung pelita ke, onde onde ke, buah mulong ke, lompat tikam ke, cendul ke,kepek idong ke, butir nangka ke, semualah.. kuih muih yang berasaskan beras. Tepung beras tu kita beli kedai je yang dah siap paket. Sekarang semua dah dalam plastik, balik tuang je berapa banyak.

Zaman dedulu, mana ada beli kedai semua buat sendiri, masa ana kecil kecil dulu, petang petang bulan puasa. Tak ada la kerja lain. Nak lari tak boleh, kena buat juga ni, aktiviti mengisar tepung beras. " Rendam beras secupak" mak ana cakap. Secupak tu, dedulu mana ada kira kilo, cupak terus, banyak tu. Memang sah la nak buat kuih apa apa, nanti edar kan kat jiran jiran 5 buah rumah. Rendam dalam setengah jam,"Kisar ni sampai habis" maka aktiviti mengisar beras pun bermula. Masuk kan satu sudu.. kisar, masuk satu sudu.. kisar, tak boleh bebanyak terus nanti tepung jadi kasar,kuih tak cantik. Ni lah part yang menjemukan. sesambil mendengar radio,rtm je ada, juruhebah dulu glamour suara je, paling ana suka aziz singah, banyak berlakun drama radio dulu.

Bila dikisar, beras yang lembut rendam air tadi akan pecah pecah halus, turun ikut salurannya
jatuh dalam bekas yang ditadah. Tepung ni nanti baru dibuat kuih. Gigih orang delulu buat kuih, panjang prosesnya. Pewarna ada satu colour je, hijau daun pandan yang ditumbuk, tak macam sekarang pakai pewarna beli kedai. Balik raya hari tu ana cari cari dimana pengisar ni sekarang. Last sekali nampak beberapa tahun lepas,lama dah, dah jadi lapik tiang rumah. Raya hari tu tak ada pula.

Dah lama dilupakan pengisar ni, generasi sekarang pun tak kenal dah. Baru baru ni pergi beraya kat rumah jiran...... ini dia.......dia tiada lagi di department dapur.

:

:

:

:
saya dah berpindah department-landscaping

8 comments:

  1. buat barang antik memang bagius tu...mana nak cari lagi benda nie semua

    ReplyDelete
  2. hehehe. pindah dept ni ada naik gaji tak?

    ReplyDelete
  3. waaaaa, hebatnya sempat menghancur beras, saya the closest ngan barang lama was nengok nenek pakai batu giling.. :)..

    ReplyDelete
  4. mamai,
    dulu barang ni guna, sekarang tak siapa peduli..

    tijah,
    den pun tak ada naik gaji ni...

    hantumakan,
    dulu kilang tepung beras tak da lagi,

    ReplyDelete
  5. salam che La.

    hehe tergelak saya. Akhirnya Ke situ tempatnya pengisar tu ya? ..hehe.. jgn x tau skang batu giling pun dah tukar department, dah x kt dapo lg, tapi kat ruang tamu - sblah TiVi.

    ReplyDelete
  6. orang kelantan tak de pakai batu giling, pakai lesung je..
    lama dah tak nampak batu giling tu..

    ReplyDelete
  7. kat belakang dapur saya ada batu giling ... jenuh jugak lah dulu menggiling sambal ...terrer jugak tau saya menggiling ... hehehehe .. nak buat macamana dulu kami tak pakai blender :-) sekarang semuanya main tekan jer ...

    theRose

    ReplyDelete
  8. the rose,
    tak pernah giling sambal, tumbuk je

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan