Friday, August 6, 2010

Kerja Kerja Kerja

Kebanyakan orang yang kerja pejabat cuti pada hari Sabtu tetapi masih banyak lagi syarikat yang bekerja pada hari Sabtu, itu kira ok la lagi sebab memang setiap minggu pejabat mereka beroperasi 6 hari seminggu.  Bagaimanapun malang bagi orang yang pejabatnya bekerja 5 hari seminggu tetapi pada hari Sabtu dia terpaksa pergi juga ke pejabat, kalau tak pergi, hari isnin nanti nak angkat muka pun tak sempat.

bila nak habis ni?

Kerja, kerja, kerja, kita mengeluh bila kita banyak kerja, kita juga mengeluh bila tak ada kerja nak buat. Sepatutnya kita bersenang senang di rumah pada hari Sabtu tetapi kita terpaksa melupakan agenda lain kerana terpaksa melangkah kaki dengan berat hati ke pejabat.  Kasihan mereka, tentu tidak mempunyai masa rehat yang cukup, fikiran pun tak tenang. Kalau duduk di rumah teringat kerja di pejabat, kalau duduk di pejabat pula teringat kain baju banyak di rumah.

Syukur, daun tidak termasuk dalam golongan yang terlalu sibuk ini, Sabtu Ahad masih lagi sempat terbaring depan tv, sebaik keluar dari pejabat pada hari Jumaat semua masalah atau kerja di pejabat di tinggalkan di situ, tunggu Isnin buka hari baru. Hari ini habis hari ini sahaja. Sudah jadi sejarah. Bukan semua orang bernasib baik begini, orang sibuk balik rumah pun masih teringat ingat apa seterusnya, apa seterusnya. Walaupun badan mereka di rumah tapi fikiran masih di pejabat.

4 comments:

  1. salam ukhwah daun...
    alhamdulillah nasib saya baik sikiiiittt dari daun sebab saya kerja 4 hari setengah je seminggu... lepas solat jumaat dah boleh balik ambik anak-anak tusyen atau bawak keluarga makan nasik arab damsyik kat paroi...hihii

    syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. salam kembali,

    seronoknya kalau kerja 4 hari setengah ni, orang yang kerja sendiripun belum tentu dapat cuti panjang gini..

    ReplyDelete
  3. salam,
    kerja balik kerja balik hehehh...

    selamat meyambut ramadhan al mubarak. semoga ramadhan kita tahun ini lebih baik dari tahun2 lepas. amin
    maafkan salah silap akak...

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan