Sunday, September 19, 2010

Raya Orang Kampung

Dah seminggu kan kita menyambut hari raya, ramai orang dah balik kerja semula. Tahun ini daun hanya mengambil cuti tiga hari saja. Sehari sebelum raya, masa tu orang ramai dah balik kampung, maklum cuti sekolah dah mula, macam tak percaya pula bila sampai kat tol Gombak, sunyi macam hari biasa, apa lagi pecut hinggalah ke Kuala Lipis baru nampak kereta beratur. Baru rasa macam nak raya esok.

tak ramai pun orang

Di kampung ada kenduri sikit, biasa la orang kampung masak cincau cincau je, ala ala kadar. Esok pagi pagi selepas sembahyang subuh orang surau datang makan makan, kita jamuan dulu, berapa ramai yang pergi surau seramai tu la yang datang. Kenduri  cukur jambul. Kat kampung kenduri selepas subuh adalah perkara biasa. Kalau kat kl buat selepas subuh mahu haru biru. Kemudian baru la kita ke masjid sembahyang raya. Kat masjid biasa masing masing bawa serba sikit makanan, ada jamuan ringan layan diri selepas sembahyang. Kenyang kan jam baru pukul 9 lebih dah dua kali makan. Kemudian baru masing masing melangkah melawat tanah perkuburan.

tukang kacau bukan tukang masak

Sepanjang hari pertama daun makan banyak jenis makanan, akibatnya daun lapan kali ke bilik termenung. Hari kedua baru acara menziarahi bermula dari pagi hingga ke malam, hari ketiga rehat, hari keempat daun sudah balik kl. Mengenangkan ramai orang orang sejati kl tak berpeluang raya di kampung daun angkut setengah guni buah dokong singgah office sekejab, nasib tiba kl sebelum jam lima petang, kasihan mereka hari raya ke empat dah kerja. Semua jiran ada buah ni, jual pun tak laku, seringgit je sekilo kat tepi jalan tu. Hari hari kelima daun masih cuti, hari mencuci baju, hari ke enam baru daun mula kerja.


sana sini dokong

sapa tak kenal dokong?

8 comments:

  1. SeRial sekilo......murahnya!
    Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ...

    theRose

    ReplyDelete
  3. pakman,
    memang murah, semua rumah ado sapa nak beli jual tepi jalan je la

    adzman,
    ha ha ha kelakar ni..

    the rose
    selamat hari raya

    mamai,
    maaf salah silap... selamat hari raya..

    ReplyDelete
  4. daun, sedapnya dokong.. :)
    SHR dan MZB dri saya.. :)

    ReplyDelete
  5. hantu makan,
    selamat hari raya.. maaf zahir batin

    ReplyDelete
  6. salam daun...
    menurut seorang doktor irodologi dokong dan mangga tidak elok untuk orang yang sedang makan ubat atau menjalani rawatan kanser...

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan