Thursday, October 21, 2010

Sejam

Rata ratanya masa rehat hanya sejam tapi di office daun masa rehat boleh jadi sejam setengah, jam 12.30 dah boleh rehat, selalunya daun lebih suka beli dan makan di office saja, jarang makan di luar. Selalu juga bawa bekal, itu kalau angin rajin datang melanda, sebab dekat dekat kawasan office ni ramai yang jualnya orang indon, daun kurang selera. Masakannya lain dari kita walaupun seakan akan sama.

Kalau dekat dekat rumah tu pagi pagi ramai orang melayu kita yang berniaga, sambar je apa apa yang patut seringgit, kalau beli banyak kang tak habis pula. Kalau beli lebih sampai tengahari pun ada lagi. Perut kecil. Selalunya lepas makan jam 1 ada ceramah kat surau sampai dekat pukul 2 berhenti sembahyang. Hari ini daun tak pergi sebab nak jalan jalan melawat blog orang, ok tak alasan ni? Sejam tu.

masa makan

1 comment:

  1. ceramah dan apa saja pengisian rohani dapat meningkatkan kualiti kerja. antara ciri budaya kerja yg sgt elok dibudayakan.

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan