Tuesday, November 16, 2010

Esok Hari Raya

Hari ini daun kerja, jalan pun clear je pagi tadi, ramai orang dah cabut balik kampung agaknya. Tahun lepas daun tak balik kampung Raya Haji, tahun ni pun tak balik. Kalau raya pada hujung minggu best juga boleh cuti lama sikit balik kampung. Sehari je cuti, tak ada la balik kampung, cuti pun tinggal ciput je.

Orang kata Raya Haji ni lebih meriah di Kelantan, kenapa tak balik ? sebenarnya meriah tak meriah tu bergantung kepada berapa orang yang ada di rumah, kalau dua tiga kerat je balik kampung tak meriah juga. Tahun ni ramai yang tak dapat balik kampung. Jadi senang senang kira daun beraya di sini saja.

Sini pun meriah juga, pagi pergi sembahyang raya, balik kita makan apa yang ada. Meriah Raya Haji yang sebenarnya lebih bermakna kepada mereka yang sedang mengerjakan haji, tidak tidak pun bagi orang yang pernah mengerjakan haji, mereka pasti terpanggil untuk ke sana lagi.

Bila giliran kita? Dah daftar kat Tabung Haji?

5 comments:

  1. Salam Daun,

    Ramai orang kata di Kelantan dan Terengganu Hari Raya Aidiladha meriah.

    Tapi rasanya itu dulu. Sekarang tak lagi. Dulu hari raya haji pun kita saling menziarah saudara mara. Sekarang tidak lagi.

    ReplyDelete
  2. Daun,
    Selamat menyambut Aidiladha...

    ReplyDelete
  3. kunang kunang,
    meriah kalau ramai, kalau tak ramai yang balik kg tak meriah la

    echam,
    selamat hari raya.

    ReplyDelete
  4. salam aidil adha. aiseh. terlambat plak sket wish.

    ReplyDelete
  5. tijah,
    salam, bila nak datang kl ni?

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan