made in thailand
made in thailand
made in thailand
Pula mencari mesin atm yang tetepi jalan susah nak jumpa selepas keluar dari kl. Singgah Raub susah juga sebab hujan, terpaksa singgah Kuala Lipis, duit dalam poket ada la lebih kurang seratus je, bahaya juga tak de duit ni,tak pernah sampai Kuala Lipis, cantik rupanya pekan Lipis ni, bangunan bangunan pun nampak bercat baru. Kemudian terus cari masjid berhenti sembahyang,lepas tu tak berhenti dah,ingat kan sempat sampai rumah buka posa. Masa orang azan baru melepasi kawasan Gua Musang. Cari kedai tepi jalan berenti..
..letih la nak upload semua...ngantuk dah ni

gambar curi dari google
Biskut raya baru beli 2 jenis, rembat kat area office je ,esok kena ronda lagi. Ini kan sekali hadap pun boleh habis bila balik kampung. Esok kena berkejar ke Jalan Masjid India sekejab, rembat apa yang patut, balik.. tak kuasa lelama kat tempat orang ramai. Air cond dah dibaiki tadi melayang la beberapa ratus, mana ada baiki air cond sepuluh ringgit. Apa lagi list nak kena buat ni....Basuh baju lagi.....?
nasi kerabu
Hujung hujung ramadhan ni selera pun kurang, dengan kelajuan paling minima berjaya juga menghabiskan sepinggan nasi ni. Nasi kerabu ni memang tak boleh lawan yang kakak ana masak. Kalau dia masak ana akan makan dengan kelajuan maksima. Biasa la kat kl ni mana nak cari kerabu daun serai, daun kesum, kacang panjang, bunga kantan dll lagi, kat kl ni kerabunya daun kobis dengan taugeh je... mana nak rasa sedap. Sambal kelapanya pula kedekut bawang dengan ikan, tak rasapun serai hiris. Apa-apa pun dah selamat dimakan. Tunggulah balik kampung ni makan yang original.
Kat luar tu dah berdentum dentum bebudak main mercun, surau dan masjid dah semakin surut, yang mana dulu ada khemah dah diturunkan, makmum dah semakin kurang. Kedai service kereta semua penuh. Kereta ana dah berapa lama rosak air cond,cadangnya esok baru nak baiki, kut pula mandi dalam kereta balik kampung nanti kalau cuaca panas. Semuanya nak dibuat esok, tukar duit seringgit esok juga, tadi dah pergi bank duit seringgit habis, tak sempat pula nak ke bank yang lain.
Baju raya? Ana bukan orang yang pakai baju baru di hari raya, orang bukan tau pun tu baju lama. Pakai je yang mana ada, zaman tu dah berakhir lama. Kasi lah bebudak pula. Mengenangkan ada selonggok baju nak dibasuh ni. Mohon diri dulu.