Tuesday, October 27, 2009

Blog vs Buku

Baru tahun ni ana terlibat dgn blog. Sebelum ni ana lebih banyak buang masa baca buku,lepak kat kedai buku, ada yang beli, ada yang baca di situ sampai habis. Tak habis sekali ,pergi lain kali sambung lagi,sambung lagi, sampai habis. Maklumla buku mahal mahal (konon konon)tak mampu beli.


Memandangkan sekarang ni kita dah nak hujung tahun, bulan 10 pun dah nak habis. Tiba masa jengok jengok resit buku yang dibeli. Senang nanti nak kira income tax, budget pun dah keluar. boleh la kira2 berapa kena tahun ni. Sedikit kecewa, kerana resit tahun ni tak sampai pun rm 200 berbanding tahun lepas rm 600. Beberapa buku lagi ada belum terbaca sebab sekarang sibuk baca blog.

Kunjungan ke kedai buku juga dah kurang, selalu ana suka ke kunikuniya klcc,mph great eastern atau kedai kedai buku jln tar. Sekarang pergi pun yang dekat dekat je, jusco,the mines, tapi tak lepak lelama. Beli pun yang bawah rm 40 ringgit je. Kalau lebih baca situ sampai habis.
Ada ke orang lain perangai macam ni ?

Sejak berblog ni juga,banyak masa buang depan skrin ni, yang pasti ana lebih banyak membaca dari menulis. Membaca tetiap hari, menulis kalau masa free. Ana tertanya tanya apa perkerjaan bujangsusah sebenarnya. Bagaimana dia boleh menulis begitu laju 2 atau 3 entry satu hari. Begitu juga blogger beruwang yang tak kering kering idea. Ana tak pandai berpuisi tapi heran bagaimana mamai mendapat ilham.Kalau nak pecah perut baca je blog
tijah pasti tidak mengecewakan. Ramai lagi blogger yang ana follow memasing ada stail sendiri. Cuma ana tak suka blog colour pink berbunga bunga,tak tau kenapa?

15 comments:

  1. saya pun kurang tekun mmbaca sejak berblogging.. :)..

    tpi kebelakangan ini banyak juga beli buku.. ada 2 3 tak habis baca lagi.. :)

    ReplyDelete
  2. aku pun dah tak tgk tv sebab main blog... mcm ko dah kurang baca buku ler

    nasib baik paper aku beli gak ler nak baca berita kan

    ReplyDelete
  3. hantu makan,
    tak tau la bila nak habis baca buku bulan lepas beli ni

    ah fatt,
    paper memang beli..hari2

    ReplyDelete
  4. baca buku la best che la..oleh sebab aku jarang beli buku maka aku baca blog..tak kisah yang macam mana pasti ada sesuatu di situ. aku suka warna hijau damai tapi blog aku hitam hehehe

    ReplyDelete
  5. tak kisah janji bukan pink bunga

    ReplyDelete
  6. Membaca itu jambatan ilmu...:)

    Saya pun hairan juga ada blogger boleh publish 2-3 entries satu hari, tak sempat nak baca...

    ReplyDelete
  7. saya juga tertanya2 apakah pekerjaan bujang susah sebenarnya. kalau bujang senang tu lainlah ! terima kasih kerana menemukan saya dengan Tijah.

    *nasib baik blog saya tak warna pink ...

    ReplyDelete
  8. haa....ada org ngumpat saya yerrr?? wakakakaa...

    ReplyDelete
  9. mana ado jah, den promote ado. ko kan berjiran untung2 open house levender jompot ko.

    ReplyDelete
  10. che la
    t.kasih che la kerana menemukan saya di alam siber dengan orang setaman. dulu saya pernah juga terfikir tentu ada orang lain di taman ini yang punya blog. memang benarlah sangkaan saya.

    tapi tijah tu dah jauh ke depan, pengikut dia dah ramai. dia dah established. saya baru setahun jagung. tak apa, saya ikut dia dari belakang pakai 2 pelan ... i.e pelan-pelan.

    ReplyDelete
  11. sapo pun tak boleh lawan tijah, ko bilang nak resepi apo, tijah ado, clik ajo blog dio

    ReplyDelete
  12. org yg tulis 3....4...entry sehari tu ..memang bloger tegar la tu....

    takat sehari 1 entry.. ok la.... cite pun tak ngarut2..

    pink bunga2?.. emm tu org pompuan nye la kot....

    tak pe ... belajar le menyukai blog tersebut..huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. herannya macam mana dia boleh buat 3..4.. kita satu pun puas fikir

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan