Monday, January 4, 2010

8.30 - 5.30

Bangun pagi, kalau hari kerja memang tak pernah lewat, tapi kalau hari hari cuti tu ada masanya terbabas juga. Kerja office ni memang ginilah, bangun pagi, mandi, gitu gini, pergi kerja, clock in, tunggu lunch, petang clock out, balik. Mudah je kan. Tak ada pening pening, cukup bulan angkat gaji, bayar hutang. Bulan depan pun gitu juga. Tahun depan pun gitu juga. Sedar tak sedar tua gini je.

Dah masuk tahun lain hari ini, boss pun dah hulurkan form appraisal, boss tak ada bonus ke? increment berapa % ?, kalau tak ada bonus tak payah lah boss susah susah tanya banyak banyak, kpi ini membazir kertas je, satu helai dah cukup la, buat apa banyak banyak helai. Kita kan nak jimat cermat.

Dah tu form ni boss suruh kita isi dulu, kalau kita letak markah tinggi boss tanya kenapa? kalau letak rendah boss tanya juga kenapa? Daun dah kira kira daun nak letak tiga suku je. Tinggi sangat tak, rendah sangat pun tak. Kalau boss nak potong lagi pun tak kisah la, rezeki boleh datang dalam berbagai bagai bentuk. Kadang kadang duit hanya datang singgah dalam poket kita, dia berpindah kepada orang lain kejab tu juga.

8 comments:

  1. yg bab duit dtg dlm pelbagai bentuk tu saya setuju. Bab ia blh berpindah milik pun sy setuju..
    Pendek kata saya setujulah suma n3 nih hehe..

    ReplyDelete
  2. agree sgt yg kadang kala duit singgah dipoket saja.. ibu saya kata itu menunjukkan kita saluran rezeki orang lain, bilamana duit itu kita tak dpt nikmati sepenuhnya.. :)

    sebab itu hidup tidak boleh terlalu kedekut.. mungkin secara tidak disedari, kita simpan rezeki orang lain. mcm haji bakhil, derma anak yatim pun berkira (betul ke reference cerita labu labi saya ni)

    ReplyDelete
  3. finaz,
    daun cemas lah nak buat n3 finaz asyik setuju je..

    hantu makan,
    ya betul semua tu betul, ada duit mudah datang mudah pergi, ada duit susah datang susah pergi

    ReplyDelete
  4. kerja makan gaji ni memang betullah kata orang ... makan dulu, gaji kemudian.

    ReplyDelete
  5. ya, memang makan dulu gaji hujung bulan

    ReplyDelete
  6. dulu style kais pagi makan pagi...
    rentak tradisional gitu...

    sekarang style modern lak...
    kais sepanjang bulan, makan ujung bulan...
    ikut2 sama gak peritnyer...

    bukan kerja ajer begitu daun, meniaga pun sama...

    hari2 masuk duit income..
    hujung bulan dok kena kuar byr bil2, sewa kedai, kos barang, gaji perkerja... blah-blah-blah

    sedar2 tinggal lima puluh sen jer dalam akaun bank
    gimana tu... hehe

    itulah lumrah kehidupan modern

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah. Terima kasih kerana follow Echam.com. Kita ni memang satu persinggahan untuk benda yang nama duit. Dapat kat kita kejap je pastu akan bertukar tangan..

    ReplyDelete
  8. riesna,
    teringin juga nak tahu sasterawan bagaimana pula caranya rezeki mereka

    echam,
    kehidupan kita memang begitu

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan