Friday, January 15, 2010

Kualiti

Hari ini entah kenapa tekak daun rasa nak makan asam pedas. Di kawasan ini banyak asam pedas tapi kalau indon yang masak, kureng la rasanya. Tak asli, mereka mempunyai cara masakan yang agak lain. Lalu daun ke Kampung Baru, teringat sana ada satu kedai yang menu utamanya asam pedas, tengahari orang selalu ramai, dah lama tak pergi ke sana. Last pergi beberapa tahun lepas. Beli ikan sekor dan sedikit ulam. rm 6.50. Malangnya rasanya tak sama dengan dulu, ada yang kurang, ada yang tak cukup gitulah. Bagaimanapun habis juga masuk dalam perut daun.


Daun impikan masakan nya macam ni, tapi tadi lain pula rupanya, agaknya tukang masaknya dah lain, tak apa lah rezeki juga dapat makan, ada orang tak dapat makan pun hari ini.
Sekarang rasa kenyang sangat, rasa macam ingin berlunjur kaki, pejamkan mata sekejab, tambah tambah pula sekarang boss tak ada, out station. Kalau lah boleh lena di kerusi ini, alangkahkah bertuahnya.

8 comments:

  1. 1. awak pernah try tak makan asam pedas dgn blackpepper rose sauce.. perrggghhhh! sedapnyaaa..

    2. actually asam pedas bukan favorite saya tp bp sauce tulah bg kick sikit lauk tuh hehe..
    U should try it Daun!

    3. hari tuh saya ingatkn awak lelaki, sorry yer hehe..(maybe sbb cara pnulisan awak yg santai sgt kot) Anyway saya suka sangat.. Frens ok! hehe..

    p/s: saya pulak yg gelak 6 harakat skrg bila tringatkn yg sy suh awak beli washer machine utk ur wife (haha!)

    ReplyDelete
  2. finaz,
    1.nanti daun cuba lain kali
    2.asam pedas pun bukan favourite daun cuma sesekali tukar menu
    3.ramai orang mendefinasikan daun berwatak kasar, memangpun
    4.daun nak beli juga tapi tak tau bila

    ReplyDelete
  3. Uishh..dah terbau-bau asam pedas nih...

    ReplyDelete
  4. sha,
    kalau yang indon masak tak bau best dia guna cili boh je

    ReplyDelete
  5. asam pedas aku suka kalau mak dan wife aku buat ajer

    ReplyDelete
  6. mamai,
    memang la makan kat kedai tak best

    ReplyDelete
  7. lena sekejap tak peer. lena lama balik umah. he he he.

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan