Friday, May 28, 2010

Naik Naik Naik, Semua Naik...

Tengok je paper hari ni daun terus terbayang apa akan jadi ye, tahun depan ni..langkah jimat cermat macam mana lagi yang harus kita buat...
  • Gula. Nasib baik daun bukan penggemar minuman manis manis atau pun makanan manis manis, betul ke ni? betullll.... gula dua kilo bawa dari kampung masa kenduri hari tu tak habis habis lagi, yang pasti harga minuman akan naik kalau tak pun milo yang kita order kat kedai tu rasa macam air sejuk je.
  • Petrol. Sah la makin sardin lagi la kl sentral yang sedia sedia sardin tu. Pagi pagi petang petang, nak nak hala ke KLCC tu, bagaimanapun daun lebih selesa berkenderaan sendiri, daun tak suka menunggu, lagi pun semput la nak kejar mengejar train ni.
  • Gas. Nak kena beli dapur minyak tanah ni, tak pun dapur arang, hari hari bakar ikan masin dua ekor cukup la, kepala simpan petang. Dapur kayu sah tak sesuai untuk orang kl ni, nak cari kayu kat mana?.
  • Tol. Dulu boleh juga letak nama samy velu, sekarang tak boleh lagi. Nak marah sapa lagi, makin ramai la orang beli motor, cuba tengok kedai motor sekarang sesak je orang.
  • Hospital. Bayaran rm 1 tu pun ramai orang tak bayar, keluar ward gitu je, apa lagi rm 3, ramai lagi yang lari ni.
  • Pendidikan. Ini tak reti la pula macam mana, cikgu cikgu mesti lagi faham, apa yang free yang tak ada lagi tu?

13 comments:

  1. Sudah sewajarnya pengurusan kewangan menjadi subjek utama di sekolah. Kita mungkin generasi yang tidak diajar semua itu kecuali mengikutinya melalui ceramah dan taklimat secara tidak formal. Saya antara yang kagum dengan kaum Cina yang bijak mengurus kewangan mereka. Mungkin persekitaran mereka yang terbabit dengan bidang perniagaan atau budaya mereka yang lama mengajar banyak perkara mengenai wang dan cara mengurusnya.

    ReplyDelete
  2. Kalau gula naik harga kuih dan minuman semua naik. Jadi walaupun Daun tak kuat ambil gula, tapi akan terkena tempiasnya juga.

    Yg lain2 tu Daun dah terangkan dgn baik.

    huhuhu

    ReplyDelete
  3. salam daun..tang tol dan minyak tu,..nak naik motor akak ni dah tua,..mau patah pinggang berulang hari2..nak pencen pulak..nanti duit habis buat bayar hutang rumah je..
    hadapi aje la..gula aje yang kurang guna kat rumah ni..

    ReplyDelete
  4. pok li,
    memang betul tu, kecik kecik lagi mesti dah tau perkara penting macam ni

    yb,
    lamanya tak nampak...

    k erna,
    ada orang sampai pencen terpaksa buat gitu, tak ada pilihan.

    kl,
    memang sama dengan gula juga

    ReplyDelete
  5. kalau semua nak naik tak apa dengan syarat segala bayaran cukai, lesen, permit, yuran dsb yang kita bayar kena turun juga.

    ReplyDelete
  6. Gula naik harga, kuih keria, kuih loyang, air tebu, air milo, teh tarik pasti naik.

    Minyak Petrol : konfem naik yang lain pun akan naik same.

    Gas : Minyak tanah pun mahal Daun oiii.. sebab dia datang dari sumber yang sama, petroleum..

    Tol : kekerapan penggunaan tol agak kurang, tapi sekali sekala guna memang terasa gak aa..

    Hospital : kita start joging, kurangkan gula, kurangkan santan, kurangkan minyak dan cuba hindari hospital...errr..tapi kalau nak terberanak..err...

    Pendidikan : ..errr..apekah signifikan tentang pendidikan?.. bukan yuran sekolah dari dulu memang mahal ker??..

    ReplyDelete
  7. yb,
    mana ada gitu, mereka nak naik semua tak larat kita nak kejar nanti

    aujinz,
    daun pun dah lupa harga minyak tanah tu, lama dah tak beli.

    ReplyDelete
  8. upah gunting rambut pun naik..hee

    ReplyDelete
  9. sha,
    semua la, hujan je yang turun

    ReplyDelete
  10. semua naik
    tak pernah turun

    ReplyDelete
  11. hantaran pun dah naik ghiteww.. uhuhu

    ReplyDelete
  12. hans,
    kita tunggu dan lihat apa jadi tak lama lagi

    en_me,
    entah la, ini pun satu perkara juga.

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan