Monday, May 3, 2010

Lepas Satu Tugasan

Rasanya macam dah sebulan tak up date blog, memang akhir akhir ni daun busy, konon maka hari ni baru berpeluang menjengok sana sini. Hari ni juga memang rasa nak pergi merayap kat jusco tapi cuaca yang cukup panas hari ni macam tak sesuai pula, baik duduk rumah basuh baju. Kepala pun macam nak berasap, bahang tengahari memang tak boleh tahan.

Hari panas gini memang bagus untuk jemur kain tapi rimas bila kita berada dalam rumah yang tak mampu beli tak ada air cond, bahang panas itu membawa hingga ke malam, maka mula lah daun berangan angan alangkah bagus jika sekarang :
  • Salji tiba tiba turun di sini. Memang angan angan ni gila tapi cuaca panas ni elok kita bayangkan benda benda sejuk. Baru nyaman sikit.

 

  • Tiba tiba daun mendapat hadiah harijadi yang paling diperlukan pada masa sekarang. 3 biji air cond paling canggih jenama LG. Memang tak boleh belah angan angan ni  sebab kali terakhir daun mendapat hadiah hari jadi adalah lebih 10 tahun lepas itu pun key chain saja.


  • Shower di rumah daun menjadi sangat besar dan laju. Memang seronok mandi lama lama musim panas ni. Shower sekarang tekanan air rendah maklum lah air free di negeri Selangor, rasanya mandi gayung lagi puas hati.

Angan angan ni bukan apa, cuma saja saja nak sedapkan hati, sejukkan badan, lama lama berpanas boleh berasap juga. Naik pening kepala kita, agaknya daun perlu ambil cuti, sibuk memanjang tak boleh juga, kalau selalu sangat berangan angan gini agak bahaya, sudah sampai masa berehat sekejab, hari ni rasa ringan sikit kepala sebab satu tugasan sudah selesai, tapi cuaca panas malam ni membuat daun pening, tambah tambah pula tadi daun hentam buah durian. Memang bertambah panas.

6 comments:

  1. aku pun xleh tido ni. baru lepas mandi kol 12.30 mlm. panehhh!

    ReplyDelete
  2. salam daun..rasanya nak tumpang juga angan2 daun tu..dpat aircond satu rumah 4,5 biji..tak kira la jenama ape..janji sejok...dan nyaman..dok rumah...

    ReplyDelete
  3. sama la kita bro lama dah tak update blog bz

    ReplyDelete
  4. tijah,
    ko mandi memalam gini ih ih ih

    kak erna,
    angan angan tu tak tau la bila nak jadi nyata

    mamai,
    daun busy sesikit saja,mamai lagi busy kot

    ReplyDelete
  5. mmd daun kne masukkan air cond nie..klu tak, hangin satu badan nanti hahahaha

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan