Sunday, June 20, 2010

Maggi oh Maggi

Dulu masa kecil kecil daun memang tak makan maggi, langsung tak ada selera, masa kat asrama pun daun tak makan, orang bagi free pun daun tak mahu apa lagi beli, masa tu kawan kawan kalau hari cuti pukul 10 pagi dah rendam maggi, rindu kata mereka. . Dalam locker mereka memang ada stok. Maggi bukan makanan yang baik untuk kita, semua orang pun tahu, bukan elok pun makan makanan segera macam ni.


Berpuluh tahun daun tak makan, bagaimanapun sejak setahun dua ni entah macam mana tekak daun boleh menerima maggi. Entah bila mulanya daun tak ingat, mungkin juga peranan iklan kari berapi di tv ketika itu. Setakat ini hanya maggi kari sahaja yang boleh diterima, perasa lain memang gagal memenuhi citarasa. Maka di sini, boleh dibuat kesimpulan berapa lama pendirian kita mungkin satu hari akan berubah juga. Bak kata orang orang sedang bercinta, sila muntah, sedangkan pantai lagi berubah ini kan pula manusia.

Persoalan yang timbul sekarang kenapa kita boleh berubah?
  • Kita manusia lemah, betapa kuat pegangan kita bila sekelip mata kita lalai hancur semua. Daun mungkin terpedaya dengan iklan maggi yang menghirup mangkuk itu. Hebat mereka marketing.
  • Kita manusia lemah, jika kita di pihak memujuk orang, ada masa dan ketika orang juga mempunyai titik lemah mereka.

9 comments:

  1. cuba try mee goreng segera jenama SEDAP yang plastik kaler putih tu..

    mula mula rebus mee pastu goreng scramble egg.. masukkan mee dengan perencah pastu goreng sekejap... fuhhh... mantap...

    ReplyDelete
  2. bukan megi jer. mcm2 benda kat iklan tv tu kalu bleh nak try kan? kuat betul penangan

    ReplyDelete
  3. adzman,
    daun cuba jauhkan diri, maggi tu tak bagus..cukup la jenama kari je...

    tijah,
    kurangkan tengok tv ni...

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan

    Kalau di ikutkan semua fastfood memang tak elok dimakan tapi kadang2 dah banyak sangat produk diiklankan di tv kita pun ingin mencuba.

    ReplyDelete
  5. zaitun,
    memang kita mudah menerima apa apa iklan

    ReplyDelete
  6. aku dr dulu sampai la ni mmg suka megi. kadang2 gi kedai makan pun order megi. hehe.


    .

    ReplyDelete
  7. jika caranya betul, semuanya akan layu..jemput bca entri terbaru sy mengenai rasuah..boleh layu dibuatnya...

    ReplyDelete
  8. Pak man kalau tak ada selera nak makan nasi, sekali-sekala cari maggi juga.

    ReplyDelete
  9. tm,
    ramai peminat maggi, kedai mamak tu ramai orang order maggi

    sahrom,
    tajuk apa ni?

    pak man,
    ada orang dua ari sekali makan maggi

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan