Monday, January 24, 2011

Sementara masih ada

Hari ini surau besar di office daun akan ditutup, tiada lagi ceramah agama yang ada setiap hari pada waktu makan, nanti yang tinggal hanya surau kecil yang ada di besement parking. Kena menapak jauh sikit. Bertahun tahun surau besar tu tersedia di situ, yang datang mendengar ceramahnya hanya segelintir orang, pula orang yang sama saja setiap hari. Orang lebih suka keluar makan jauh jauh atau pun melayan facebook waktu rehat.

Apabila sesuatu yang dah biasa kita ada tiba tiba tak ada, kita terasa kehilangannya. Beberapa hari lepas AJK surau mengemas semua Al Quran dan memasukkan ke dalam kotak untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Sedih kerana terpaksa berpindah ke tempat yang lebih kecil. Management terpaksa melepaskan kemudahan ini kerana separuh dari kakitangan sudah berpindah ke branch lain. Jadi untuk tujuan tujuan keuntungan beberapa kemudahan terpaksa ditarik balik.

Kita tak sedar kita ada beruntung sehinggalah keuntungan itu tiada lagi.

No comments:

Post a Comment

tidak lebih dari 50 patah perkataan