Friday, January 28, 2011

Mari Menabung

Berita jam 8.00 tadi memberitahu dividen tabung haji untuk tahun lepas adalah 5.5 %. Jumlah yang agak memuaskan. Lalu daun teringat buku tabung haji yang baru di up date pada bulan lepas. Daun hanya up date setahun sekali. Jumlahnya tak ada la banyak tapi lebih baik dari tak ada langsung.

Kesedaran untuk menyimpan ini bermula pada bulan disember 2006. Pada masa itu kalau tak silap musim haji. Seorang ustaz telah berceramah di surau pada waktu makan tengahari. Sebelum ini bukan tak pernah mendengar topik haji tetapi hari itu ustaz Wahidin berceramah dengan bersungguh sungguh dan sesungguhnya apa yang ingin disampaikan telah masuk ke dalam hati daun yang jahil.

Esoknya, terus daun dan seorang rakan pergi ke tabung haji dengan satu niat. Menabung. Selepas itu setiap bulan daun cuba sedaya upaya menambah sedikit demi sedikit. Mulanya daun ke tabung haji dan menunggu giliran untuk meyimpan secara tunai di kaunter, lama kelamaan tak larat lagi nak menunggu, potong melalui maybank2u lagi cepat cuma kena charge rm 1.50, tak kisah la, dari buang masa menunggu, baik guna jalan pintas.

Maka setiap kali akhir tahun daun akan semak baki dan mula berangan angan bila jumlahnya akan bertambah dengan lebih cepat. Dulu apabila menghampiri persimpangan jalan Ampang dan jalan Tun Razak kita akan dapat melihat bangunan tabung haji berdiri dengan megahnya, sekarang tiada lagi, bangunan bangunan baru muncul kiri kanan melindunginya.

4 comments:

  1. Salam Daun,

    Sekarang nak menyimpan di Tabung Haji dah senang tak macam dulu2, masa tu hanya melalui potongan gaji.

    ReplyDelete
  2. ya betul, sekarang semua di hujung jari

    ReplyDelete
  3. hari2 me lalu sinih.. ihiks

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan