Saturday, October 31, 2009

Kredit kad oh kredit kad,

Di dalam The Star hari ni ada menyiarkan tentang rasa tak puas hati agen2 kredit kad berkenaan langkah kerajaan untuk mengenakan rm 50 keatas setiap kredit kad mulai tahun depan. Pengumuman ini telah menyebabkan permohonan kredit kad baru merosot 80 %. Mereke mendakwa tindakan kerajaan ini akan mengundang kejadian yang lebih buruk kepada orang ramai seperti lebih terdedah kepada penyeluk saku kerana membawa wang tunai yang banyak. Pengeluar-pengeluar kredit kad yang telah lama mengaut keuntungan juga akan terkesan sama.

Mari kita lihat dari perspektif yang lebih baik, mengapa perlunya tindakan ini. Caj rm 50 keatas setiap kad akan mendorong orang ramai mengurangkan bilangan kad yang dimiliki. Cuba lihat di dalam dompet masing masing, berapakah bilangan kredit kad yang ada? Perlukah 5 atau 6 kad untuk seorang? Berapakah hutang yang ada sekarang? Adakah lebih besar daripada pendapatan bulanan? Berapa % kah bayaran setiap bulan berbanding jumlah hutang? Minima?

p/s sudah menampal jumlah hutang di dinding untuk tatapan setiap hari, tapi jumlahnya lambat sangat berkurang.

6 comments:

  1. Kebetulan....
    ckLah baru menggunting sekeping kad visa di bank Jumaat lepas...setelah melunaskan hutang. Legaaaaaaaa...


    Tinggal satu kad.....cukuplah buat tangkal...he..he...

    Terima kasih sudi menjadi blog follower ckLah

    che La...ckLah.....dah dekat tu...

    ReplyDelete
  2. Mujur saya tak ada kad kredit :):)

    ReplyDelete
  3. aku simpan kad kredit jauh2... tak nak bawak

    haha

    ReplyDelete
  4. cklah,
    ana terbaca blog cklah ari tu sebab tu entry ana jadi serius kali ni, konon nak guna bahasa yang betul... tapi tak boleh la ..dah lama tinggal sekolah.

    ab razak,
    untuk travel card memang penting..
    tapi ana dah gunting semua.

    ah fat,
    pernah juga tak bawa kad pergi langkawi,akhirnya pinjam kad kawan

    ReplyDelete
  5. tahu tak bahawa aku tidak mempunyai walau satu credit card...

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan