Wednesday, January 6, 2010

Berapa laju?

Setiap kali menyebut pasal laju mesti kita ingat laju kereta atau laju mat rempit kat depan Sogo  tu. Ini bukan laju kenderaan, ini kelajuan makan, berapa laju kita makan? 5 minit, 10 minit atau 3 minit saja. Pagi tadi ada orang memerlukan 30 minit untuk menghabiskan sebungkus mee yang berharga seringgit. Lama tu, kalau makan nasi hidang 5 lauk, 3 sayur, 4 jenis ulam, sambal belacan dan lain lain tu ada juga benarnya 30 minit. Mee kosong seringgit setengah jam, memang mushkil sekali, dia kira satu satu agaknya, tapi itulah lain orang lain style dia.


Ada juga orang makan nasi lemak rm 3.50 dengan segelas teh tarik 5 minit je, agaknya dia lidah plastik atau kerongkong pvc, panas panas pun boleh selamba je telan. Tercekik kita melihatnya. Kelajuan makan ni tak sama setiap orang. Orang yang makan lambat pula letih nak menunggu dia,  kita dah siap dia masih lagi terhegeh hegeh baru separuh pinggan. Itu belum masuk minum air lagi, mahu sekali teguk 5 minit tarik nafas. Nak control ayu kononnya katanya. Penat menunggu.

9 comments:

  1. Dia minta izin dulu....daripada setiap 'helaian' mi, sebelum menjamah....





    :)

    ReplyDelete
  2. betul juga tu cikgu,dia penuh kusyuk

    ReplyDelete
  3. ada 4 kategori orang makan:

    1. banyak, lambat
    2. cepat, sikit
    3. banyak, cepat
    4. sikit, lambat.

    agaknya yang makan mee tu, jatuh kategori yang ke 4 lah tu!

    ReplyDelete
  4. alamak..!! terasa saya hahaha..

    p/s: mee tu tak sedap kot.. Nak buang, tak baik rezeki...huhu

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum daun

    mengunyah 40 kali, petua nak kurus...
    patut saya cuba makan mee begitu..

    ReplyDelete
  6. al lavendari,
    u memang seorang yang pandai

    finaz,
    makan apa apa pun dia memang lambat

    kl,
    ya memang kunyah 40 kali tu ada manfaatnya tapi daun tak sanggup

    ReplyDelete
  7. Mungkin makanan tu tak sedap sbb tu slow je sambil2 cover tekak.. hehhehe

    ReplyDelete
  8. kelajuan itu membunuh.....untuk semua

    ReplyDelete
  9. echam,
    yang sedap pun sama slownya

    mamai,
    he he...boleh apply juga ni

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan