Wednesday, January 13, 2010

Opportunity vs Difficulty

Kesukaran adalah peluang. Pertama kali daun mendengar ungkapan ini semasa mengambil subjek management masa muda muda dulu. Memang susah kita nak praktik perkara ini, tetapi ini lah kenyataannya, satu satu kesukaran itu akan memberikan peluang kepada kita. Semasa orang lain menolak perkara ini atau cuba mengelak daripadanya maka kita pula mengambil dia sebagai peluang.

Tanpa mengira dalam apa bidang sekali pun, kesukaran akan menjadi peluang jika kita berjaya melakukannya. Sebagai contoh siapa yang mampu menghafal Al Quran 30 juzuk? memang susahkan, tetapi para hafiz kita berjaya melakukannya dalam masa 3 tahun saja, malah ada yang mengambil masa lebih singkat. Takjub dengan mereka.

"A pessimist sees the difficulty in every opportunity; an optimist sees the opportunity in every difficulty."

 - Sir Winston Leonard Spenser Churchill

Gitu la kan, memang kalau kita tengok satu satu perkara itu satu peluang kita akan bersungguh sungguh, sebaliknya jika kita awal awal dah rasa berat, memang ia pasti berakhir dengan kecewa. Susahnya nak set minda kita ni jadi positif. Semua mesti kena ada minat. Macam orang memancing, kalau memang dah minat memancing 2 jam tunggu, tak de ikan , 3 jam tunggu tak ada ikan, balik kosong, ahad depan pergi lagi, bulan depan pergi lagi. Sanggup tu. Belanja keluar tak kisah asal hati puas. Begitu la kalau niat ada, tujuan ada, matlamat dah tersemat, kita akan sampai ke garis penamat.

Apahal daun macam bermotivasi hari ini? Daun sekarang dalam mood ala ala insaf. Bukan blues atau keroncong, tetapi sedikit rock, baru mula masuk gelangang untuk bersama dengan orang orang yang pakar dalam satu bidang. Jangan peduli kiri kanan, set target, tumpu perhatian, anggap tiada halangan.  Bullseye.



10 comments:

  1. ada juga lelaki kata:
    dia suka wanita yg susah nak dapat
    lagi susah lagi dia kejar
    baru thrill katanya
    betul ke>?
    heeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  2. blue,
    ya ada benar sebab dia nampak peluang bukan kesukaran

    ReplyDelete
  3. saya kalo tetiba rasa down saya akan ingatkan diri saya pd kata2 ini:

    "I am grateful for all of my problems. After each one was overcome, I became stronger and more able to meet those that
    were still to come. I grew in all my difficulties."
    -- J.C. Penney, businessman --

    Dan kata2 ini sememangnya sgt betul sebab saya dah experienced beberapa kali dah...

    p/s: awak mancing kat kemensah best.. dekat jer ngan rumah awak..kat belakang Zoo Negara. Awak penah gi tak? Betul2 kat hutan belakang tu.. And amazingly sekor nyamuk pun takde so blh mancing dgn bahgia kat situ...Try it!

    ReplyDelete
  4. jgn sampai kita lose of opportunity

    ReplyDelete
  5. assalammualaikum

    mesti ada minat dulu.
    minat mencuba...

    ReplyDelete
  6. finaz,
    daun akan cuba sedaya upaya ni, walaupun bukan senang nak mengatasi halangan

    p/s daun memancing dlm kolam pun tak pernah

    mamai,
    daun rasa bertuah dapat peluang ni

    kl,
    waalaikumussalam, daun sedang cuba

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, opportunities comes once in a lifetime...don't lose it..

    ReplyDelete
  8. memang tiada yang sukar untuk didapati... setiap perkara mendatangkan cabaran... terutamanya dalam situasi diri yang agak janggal dalam sesuatu perkara itu...

    namun, bila sudah tercapai hasrat
    leganya hanya gtuhan yang tahu

    more thrill, more wonderful final

    ReplyDelete
  9. Mengambil kesempatan dalam kesempitan ngeeee

    ReplyDelete
  10. lipis,
    waalaikumussalam,
    betul lipis daun sedang berusaha ni

    riesna,
    ya hanya orang orang sama aliran saja memahami kejanggalannya.

    yb,
    ini bukan kesempitan, ini ruang yang besar tapi daun terlalu kecil di dalamnya.

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan