Wednesday, January 27, 2010

Tiada suara

Orang mengenali daun sebagai orang yang tak banyak cakap, sombong dan tidak peramah. Lebih baik daun mengiyakannya, kalau kita menidakkan, orang masih keras mengatakan ya. Kenapa susah susahkan diri, biarlah meraka dengan anggapan mereka. Kita tak rugi, pendapatan kita tak naik dan hutang kita tak berkurang kerana anggapan mereka itu. Eh, bunyi macam semacam je ni. Abaikan. Abaikan.

Sebenarnya daun memang tak pandai nak mengeluarkan kata kata dengan jumlah yang banyak. Semuanya ringkas ringkas, tidak ada niat melencung, straingt to the point. Bagi sesetengah orang ia membosankan, bagi daun kalau ada short cut kenapa nak lalu jalan jauh. Kata sesetengah orang, daun tak ada suara. Tak payah la nak sembang, daun bukan suka layan orang. Itu kata orang. Daun iyakan saja. Daun tahu daun ada suara.

Tak kenal maka tak cinta, geli mengucapkan ayat ini. Sebetulnya mungkin daun memerlukan masa mengenali orang. Kalau nak kira statistik, daun memang tak ada kawan rapat, semua kira jauh jauh. Orang yang mengenali akan mengatakan daun mempunyai suara dan orang yang baru mengenali mengatakan sebaliknya. Tiada masalah besar disini. Percayalah.

8 comments:

  1. kawan kat blog jelah senang. Tak yah ckp2. Tulis jer... hehe..

    ReplyDelete
  2. hidop daun!!
    takpe, pedulikan apa org nak kata, janji daun bhgia...be urself k...

    ReplyDelete
  3. finaz,
    ya la tak payah jumpa kan

    jmr,
    dah lama silent reader jmr

    ReplyDelete
  4. percaya..namanya manusiakan ..ada bermacam ragam..tak jadi soal dan tak jadi masalah..janji daun adalah tetap daun..

    ReplyDelete
  5. Salam daun,
    Sapa kata daun tak dak sora? Diam daun ada isi. Aku rasa terpulang mcm mane org nak "tackle"je. So far,banyak cerita2 daun yg masuk akal ape...lawak pun ok, aku paling kuat ketawa rasanye walaupun tak pernah lagi la berguling2. Org lain tu maybe tak faham daun. Lirik mata daun pun sebenarnye adalah kata2 yg tak semua org dapat baca. Diorang kena pi kursus NLP la tu,kan...pedulikan daun. kenapa nak susah2 pikir apa yg org pikir pasal kita!

    ReplyDelete
  6. aku akan banyak cakap bila orang lain diam hehehehe

    ReplyDelete
  7. erna,
    sokong erna

    ina,
    apa lirik lirik mata ni, tak biasa pakai ni

    mamai,
    kadang kadang kalau org diam daun juga diam.

    ReplyDelete
  8. Daun...ngan menulis pun kita dah "bersuara".. kan?...

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan