Saturday, April 10, 2010

Tersangkut di UPM

Salah satu perangai gila daun ialah suka mencuba perkara yang orang lain tak suka buat, contohnya menduduki peperiksaan SPA, ada orang kata dan tanya soalan ini:
  • Eh, boleh lagi ye umur macam kita kita ni apply kerja gomen?
  • Buat apa kau pergi exam, kau kan dah lama kerja swasta?
  • Rajin kau ya, nak baca buku, nak jawab soalan soalan sekolah semula.
Jawapan kepada soalan itu ialah senang saja.
  • Eh, mana ada tua lagi umur pencen kerja gomen kan 58 tahun. kan kan?
  • Otak daun dah lama berkarat, sesekali elok juga service, maklum hari hari tekan kakulator otak dah beku nak kira congak congak ni.
  • Tak la rajin mana, saja memeriahkan dewan exam tu, ramai apa orang tua baca buku sekolah.
Maka hari ini sekali lagi daun menduduki exam SPA, dah banyak kali pergi exam ni, tapi masih tak pandai pandai lagi jawab soalan terutama bab soalan matematik. Kali ini exam di MAEPS( Malaysia Agro Exposition Park Serdang), berdekatan Mardi HQ, ini lah pertama kali melangkah masuk ke MAEPS, beberapa hari sebelum daun dah datang untuk survey jalan dan kira jarak dari rumah. Tak jauh mana cuma 15-20 minit saja dari rumah. Malangnya pagi tadi jarak masa itu tidak seperti yang dijangkaan. Daun dah keluar sejam awal, konon bolehla rehatkan minda dulu sebelum exam. Sampai saja depan Milon, jalan tiba tiba tersangkut di situ, maka dengan kelajuan kura kura kereta daun merangkak rangkak. Mata asyik tengok jam saja.

Di radio juga ada orang memanggil memberitahu keadaan jalan ke tol UPM sangkut, ada pemanggil memberitahu di Mardi ada exam hari ni, sila ambil jalan lain. Di dalam hati daun ingat tak ada peluang la nak service otak hari ni, keadaan jalan yang memang menaikkan darah ni memang tak dapat dielakkan lagi, jalan ke UPM hanya selorong tu je, nak kiri tak boleh kanan tak boleh, Keadaan hujan pagi tadi memang menambahkan kesesakan. Daun pandang kiri kanan semua kereta menghala ke UPM terus ke Mardi semuanya masing masing cuba nak potong memotong tapi jalan yang sempit memburukkan lagi keadaan. Muka masing masing nampak kelat. Pada pagi tadi juga ada satu kereta rosak Myvy WPY XXXX betul betul dekat simpang UPM, kenapa dia tak rosak pada hari lain. Tanda tanya di situ.

Dari simpang ke UPM menghala ke Mardi memang tak ada tetamu lain, semua nak ke MAEPS, semua calon calon exam yang memang bersemangat tetapi dalam hati mereka menyumpah nyumpah dengan keadaan trafik yang macam semut. Exam bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 4.20 petang tapi pada jam 9.00 pagi simpang UPM pun belum lepas. Akhirnya jam 10.12 sampai juga di dewan A, bukan daun seorang saja yang lewat tetapi beratus ratus orang lain juga lewat. Ada juga rasa nak balik tapi alang alang datang bersesak elok cuba tanya boleh ke masuk dewan lagi. Beberapa orang ibubapa merungut rungut di tempat parking kereta dengan tindakan SPA memberi tempat yang tak sepatutnya menjadi pusat exam. Jumlah calonnya pula bukan sedikit berkumpul di sini.

Semua dewan nampak macam penuh dan calon calon asyik menjawab soalan masing masing, kami di arahkan ke Dewan D pula, semua yang sampai lewat tak payah ikut dewan di dalam borang tawaran, sila masuk ke Dewan D sahaja, maka berduyung duyung golongan sampai lewat  masuk ke dewan D. Sila ambil kerusi sendiri dan duduk di meja kosong. Exam juga di lewatkan kepada 9.30 pagi kerana ramai orang sangkut di UPM. Semasa orang lain sudah hampir habis menjawab kertas 1, daun baru nak mula. dalam pada itu ramai lagi calon calon yang baru sampai, disebabkan meja dah penuh, mereka hanya duduk di kerusi menjawab seolan, bayangkan menjawab soalan dengan menandakan A B C dan D dengan pencil 2B di atas paha. Kesihan mereka. Bilangan yang menjawab atas paha itu bukan 10 orang.

Pada masa ini daun terfikir, alangkah baiknya kalau ada kamera boleh ambil gambar, malangnya daun masih menggunakan handphone tanpa kamera. Apabila paper pertama telah habis, calon calon yang menjawab di atas paha diarahkan menarik kerusi dan menyelit di mana mana meja orang lain. Wah, exam gaya santai ni, pada masa tu, ada juga calon sempat membuka beg dan menyuap kuih ke mulut.  Suasana dewan sudah menjadi padat. Masing masing kusyuk dengan menjawab kertas sendiri. Jelasnya bukan dewan ini saja yang padat dewan dewan lain juga sesak, daun nampak banyak gerai gerai di luar menjual makanan menunggu.



Macam pesta pula bila waktu rehat, masing masing bercerita tentang kesesakan, gerai makan penuh di mana mana, bukan saja orang jauh yang lambat, orang yang dekat pun sampai lewat. Kes kelewatan ini difahami oleh para pengawas, mereka membenarkan semua calon mengambil semua kertas dan memberi masa tambahan kepada mereka. Peperiksaan berakhir sejam lebih lewat dari jadual. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku, pada pendapat daun dewan ini tidak sesuai untuk tujuan peperiksaan, semua orang akan datang pada masa yang masa dan menumpu kepada satu jalan sehala saja, tempat ini memang bagus untuk pameran dan expo tetapi bukan tempat peperiksaan. Expo orang akan datang setiap masa, orang tu datang orang ni balik tapi untuk exam semua orang kena datang pada masa yang sama. Bukan ada kenderaan yang boleh sampai ke dalam dan bukan semua orang mempunyai kemudahan untuk sampai pada masa yang ditetapkan. SPA sila ambil perhatian.

Semasa perjalanan pulang daun melihat ramai orang menapak berjalan kaki menuju ke UPM, jarak yang jauh. Mengenang zaman muda muda dulu sebelum memiliki kereta daun memahami masalah mereka. Daun mempelawa 2 orang perempuan yang berjalan kaki dengan lajunya kalau nak tumpang. " Terima kasih, terima kasih" kata meraka. Seorangnya dari Kota Damansara transit di rumah kawanya di Sri Serdang, dia bersama 3 lagi calon lain pagi tadi menaiki teksi dari Komuter Serdang ke MAEPS menempuh kesesakan jalan dengan tambang rm 20, seorang dari Klang juga menaiki teksi pagi tadi seorang diri dengan tambang rm 30 ringgit. Apa nak buat bayar saja, kata mereka.

Setelah beberapa kali menduduki exam yang melibatkan SPA ini, daun ingin memberi nasihat yang mungkin berguna.
  • Sentiasa menyemak lawam web SPA untuk meklumat tepat kerana SPA pernah mengirim dua surat panggilan exam pada daun di pusat exam yang berlainan pada tarikh yang sama.
  • Membawa i/c dan alat tulis yang cukup yang cukup kerana menjawab 200 soalan objektif dalam masa 40 minit memang memenatkan dan tak sempat nak menajam pencil.
  • Sentiasa menyediakan salinan skrol ijazah, transkrip penuh dan sijil SPM yang disahkan kerana surat panggilan mungkin datang di saat saat akhir, kita mesti tak sempat nak buat persediaan.
  • Meninjau jalan ke pusat exam dari rumah sebelum hari exam untuk mengelak jalan sesak dan pilih jalan yang paling dekat.
  • Datang awal ke pusat exam, kalau tinggal di Rawang, sila datang 3 jam awal,boleh singgah sembahyang subuh di Masjid UPM sebelum ke MAEPS.
  • Usah pedulikan ucapan dari pengawas di hadapan, kita tumpukan kepada menjawab soalan sebaik dapat soalan. Sebagai orang dewasa kita sudah tahu mengisi borang dengan pencil 2B        





  • Sekian sahaja lapuran hari ini. Otak dah penat.




16 comments:

  1. uishh..penatnya baca n3 aok kali nih..

    ReplyDelete
  2. tak pernah ada pengalaman sedemikian rupa..
    menarik gak membacanya.
    periksa di atas kerusi je... memang pelik gak

    ReplyDelete
  3. heheh...acik pun nk tulis citer peksa spa ni gak...tk pe...acik version lain, walopun hampir sama pengalaman kita arini.

    ReplyDelete
  4. daun..bila baca dari awal dah aga dah..mesti yang mengambil peperiksaanya..ramai.
    macamana la..kerusi meja tak disediakan mengikut jumlah calon..nasib baik yang nak periksa ni..semuanya..bersemangat waja..sanggop tempoh segala rintangan...

    ReplyDelete
  5. lupekanje,
    exam ni banyak timba pengalaman, bagus kalau pergi banyak kali

    k erna,
    mungkin mereka ingat calon yang datang sikit saja tapi tabik kepada mereka yang bersemangat waja ni

    ReplyDelete
  6. daun.. experiance kite memang sama :p cuma saya awal 12 minute dari daun.. nasib baik jer lengkap dapat kerusi-meja, tak de la menenyeh borang omr tu atas peha..

    ReplyDelete
  7. Salam Ziarah,

    1st time datang blog ni. nasib baik 'exam gaya santai' ni buka beg cari kuih muih buatnya dia bukak beg cari semua nota.. camner???

    ReplyDelete
  8. my heart,
    di alu alukan datang sini,
    santai sebab pengawas pun tak terjaga ramai sangat org, time tu mana sempat buka notanya

    ReplyDelete
  9. hai ku,
    ini bukan setakat exam tapi juga ujian kesabaran untuk semua calon

    ReplyDelete
  10. tahniahlah kerana daun masih bersemangat mengambil peperiksaan SPA. Semoga berjaya kali ni.

    Pameran MAHA dipindahkan ke Hulu Selangor kali ni. Mungkin exam SPA pun patut dipindahkan ke sana. Kalau bukan musim pilihanraya, tempat tu mcm tempat jin bertendang. Sure tak jam hehehe

    ReplyDelete
  11. alhamdullilah...sy selamat ambik ujian SPA...tapi kesian rakan yg lain seawal pukul 7 berada di lebuh raya masih tidak melepasi tol upm kerana kesesakan...ujian seksyen pertama dah pun terlepas...bila terlepas 1 paper...maka walaupun tidak bg tau...tapi itu sudah menunjukkan kegagalan utk semua paper....bg saya...pusat peperiksaan memainkan peranan penting...duduk banting hantar ke upm..sangatlah jauh...buat disekolah bg saya adalah lebih afdal...buat kawan² yg tak dapat ambik..try nest time..ingat rezeki Allah nk bg ada dimana²...

    ReplyDelete
  12. yb,
    jangan lah jahat, susah kalau yb nak ke sana hantar atikah nanti

    anom,
    kerajaan memang sengaja menguji calon, sapa yang berhati waja nak exam lagi memang kena bermalam di upm agaknya tahun depan

    ReplyDelete
  13. Aok sangkut diUPM.. kome dulu pernah sesat kat sana..

    ReplyDelete
  14. relevan,
    kesian no, luas sangat la upm tu

    ReplyDelete
  15. selalunya kalau tersangkut ni, kalau orang terjun dari atas !

    ReplyDelete
  16. en al,
    sangkut ada banyak jenis, daun dah sangkut dengan blog en al, tiap tiap hari baca

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan