Friday, July 2, 2010

Senjata

Perlu ke kita membawa senjata atau apa apa peralatan tajam lain untuk kegunaan waktu kecemasan dalam kereta?  Wah mengapa pula tiba tiba soalan ini timbul ? Bukankah membawa senjata tajam tu dilarang? Soalan ini timbul sebab daun tiba tiba teringat pisau komando yang ada kat rumah. Beli kat chow kit, bukan la pisau komando betul tapi boleh la kalau setakat nak potong kepala lembu.

panjang lebih sekaki, muat letak dalam beg ni

pisau komando betul

Ramai juga orang bawa pepper spray sebagai senjata tapi sempat ke nak spray kalau dah panik?

muka sapa ni, kesian dia

Ada juga orang bawa kayu baseball, yang ni boleh bawa, bukan senjata merbahaya, boleh letak dalam kereta, kalau ada samseng kat tengah jalan tu, parking keta rapat sangat macam tak nak bagi kita keluar, kayu baseball ni boleh guna untuk ketuk lampu dia.
kalau kena kepala ni sah tak bangun

Bagaimanapun ketiga tiga benda ni tak ada dalam keta daun, yang ada steering lock je, yang ini semua orang pun ada.
ini pun boleh tahan keras kalau ketuk boleh meninggal

Bagaimanapun ada satu lagi benda yang berguna tapi dah rosak, selalu guna untuk menembak cicak, sekarang dah insaf. Beli kat Rantau Panjang. Kalau time mat rempit wong weng wong weng malam malam kawasan ini tu, rasa nak tembak je, tapi tak boleh guna yang ni, ini cuma boleh mematikan cicak je, kalau kena orang cuma cedera ringan je.

spring dah terkeluar, rosak


ini kena ada lesen, boleh apply ke?

6 comments:

  1. wah... ada pengalaman yang traumatik ke.. siap berfikir hendak membawa senjata ni

    ReplyDelete
  2. salam. saya tak syorkan bawa apa-apa senjata lebih2 lagi pistol yang sebenar tu. pepper spray tu boleh jugalah. kalau makan kat kedai mamak ke, boleh juga guna nak bagi lauk tu sedap sikit.

    yang penting, mencegah itu lebih baik. jangan pergi tempat2 yang tak sepatutnya pergi. jangan merayau2 tengah malam. jangan acah2 orang dsb.

    ReplyDelete
  3. kl,
    tak de pun terfikir, pisau tu guna untuk potong kelapa muda kat rumah je

    en al,
    tak pernah pula bawa semua tu,lagi pun daun banyak masa di rumah dah tua tua ni nak merayau pun tak larat

    ReplyDelete
  4. Berdoa..itupun senjata kan!!!..

    ReplyDelete
  5. buat macam saya jer..
    pouch saya, letak teropong besi kecik tue.

    Beratnya..kalau hayun kat kepala orang, memang boleh pitam empat hari dua malam..

    nampak innesen gak..
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. sha,
    ya betul, doa senjata orang islam

    aijinz,
    teropong kecik? ermmm nanti google

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan