Monday, January 17, 2011

Ayat Ayat Salesman

Akhir akhir ini ramai pula orang telefon daun, entah dari mana dia dapat nombor. Tujuan mereka sama, nak offer kad kredit atau nak jual insuran. Mereka akan menyusun ayat ayat power, membaca skrip yang diberi oleh orang yang berpengalaman, mereka berusaha untuk mendapat persetujuan kita untuk berkata YA.

Oleh kerana daun dulu pun pernah juga buat kerja lebih kurang gini, jadi daun akan gelak sorang mengenang skrip mereka itu. Ada yang nampak sangat tengah baca skrip, belum lancar lagi, ada yang suara terketar ketar tapi ada juga yang dah pro, mereka ini usaha juga memujuk walau kita dah berkali kali kata, no thank you.

Sila cari jawapan untuk mematahkan ayat ayat ini.
  1. Selamat pagi puan, saya Ms x dari syarikat y ingin mengambil sedikit masa puan, puan free ke sekarang? Boleh saya teruskan bercakap atau boleh saya telefon sekejab lagi?
  2. Puan, Saya Ms x dari syarikat y, puan adalah orang yang terpilih dalam senarai kami, kami ingin memberi puan peluang untuk menyertai program yang kita ada. Boleh saya teruskan puan?
  3. Puan, Saya Ms x dari syarikat y.Tahniah puan, berdasarkan rekod kami puan seorang pelanggan kami yang baik. Jadi kami ingin menawarkan kad visa... bla bla bla...
  4. Puan, bla bla bla.......
  5. Puan, bla bla bla....
Letih, daun dah lebih mendengar ayat ayat ini. Penat.

3 comments:

  1. Salam daun...semoga sihat selalu

    Kat opis lama saya dulu ada salesman masuk nak jumpa seseorang dalam opis tu... tak lama lepas tu sorang demi sorang mengadu henpon hilang la, wallet hilang la... rupa-rupanya sambil-sambil dia menunggu tu sempat jugak dicapainya barang2 atas meja kawan2 lain... hampeh betul...

    ReplyDelete
  2. salam Daun.

    Saya kalau terima call macam ni, selesai saja 'intro' mereka, akak pun cakap terus terang. 'Saya kurang berminat benda2 macam ni sebab duit pun tak banyak sangat,, saya tak kerja. Maaf yer.

    ReplyDelete
  3. abi
    ni kena pasang cctv


    kunang kunang,
    kalau cakap gini pandai pula dia potong kita balik

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan