Thursday, September 3, 2009

Uban ke?

Dah beberapa hari broadband ni bermasalah. Tak boleh nak bersiaran. Celcom oh celcom... kenapa macam ni? tiap-tiap bulan ana bayar, janganlah naya, rm 68 hinggit sebulan ni. Sakit jiwa mengadap skrin terputus-putus ni. Hari ni baru la ok sikit. Beberapa hari ni juga ana dok membelek rambut, kenapa dah banyak yang putih ni, dulu sehelai dua je. Nampak sangat dah tua, meningkat tua, mengaku je la.
gambar pinjam
Dedulu ada juga inai rambut, kononnya cover uban, bukan apa nanti anak cucu gelak. Lecehnya inai rambut ni, habis kolar baju dan towel semua merah-merah, berhari-hari juga nak hilang tanda kat baju tu. Tapi itu dulu, jahil, sejak terbaca hadis pasal uban beberapa tahun lepas ana tak kisah dah, makin banyak pun tak pa. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda,
لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة
"Janganlah mencabut uban karana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan darjat.”

Family ana memang uban muda, he he... apa nak heran. Cantik apa uban tu, nenek ana dulu putih semua rambutnya, datuk ana pun, mak ana, kakak ana, abang ana, semua la. Tak payah la nak colour,memang tak kena. Bagaimanapun kisah colur rambut ni sila rujuk http://www.zaharuddin.net/

Dipetik daripada http://www.zaharuddin.net/

SOALAN:
Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?

JAWAPAN:
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina’, Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma’ az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.
Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
  1. Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
  2. Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
  3. Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
  4. Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

5 comments:

  1. Salam...

    Dengan uban Allah beri petanda pada orang-orang yang taat padaNYA...tapi ramai pulak cuba menutupnya dgn mencabut atau mewarnakannya

    ReplyDelete
  2. salam Che La, saya pun dah ada uban.. huhu.. dah nampak di celah2 rambut hitam keperangan ini.. (cewah!) selai dua yg bewarna putih...... sob2, mmg dah terasa sgt, diri dah semakin tua. Tapi amalan diri masih juga tak banyak mana.

    ReplyDelete
  3. mamai,
    handsome apa u ada uban

    Razak,
    manusia memang begitu

    Cik Skaf,
    kita meningkat tua

    ReplyDelete

tidak lebih dari 50 patah perkataan